Nasihat dari Mahaguru Bisnes Puan Ainon Mohd buat keputusan bisnes ikut cara Rasulullah SAW

Puan Ainon Mohd adalah Guru Bisnes yang sangat dihormati dan mempunyai ramai anak murid yang berjaya. Pada seminar Lima Guru Bisnes beliau telah berkongsi beberapa ilmu menarik antaranya :

Ilmu Bisnes Pertama

Abdul Rahman Auf datang bertemu Rasulullah SAW untuk mengadu ketidak puas hatian beliau terhadap Khalid Al Walid. Bagi menenangkan keadaan Baginda menceritakan dua kebaikan Khalid Al Walid kepada Abdul Rahman Auf dan kemudian menceritakan dua kebaikan Abdul Rahman kepada Khalid Al Walid.

Puan Ainon Mohd kata kalian sebagai bos boleh ambil ikhtibar dari kisah ini apabila dua orang staff mengadu. Jangan menyelidik siapa salah siapa betul tetapi ceritakan dua kebaikan yang ada pada kedua-dua pada waktu berasingan.

Puan Ainon juga kata lelaki yang berpoligami juga boleh guna formula ini. Apabila dua isteri mengadu katakan pada isteri muda “kakak kau tu banyak pengorbanan dari zaman susah sehingga Abang berjaya macam sekarang dan itu sebabnya kau suka pada abang dan kau boleh pakai kereta honda.” Pada isteri pertama pulak katakan “Darling janganlah marah pada isteri kedua sebab dia pandai bahasa English dan padai buat paper work itu sebabnya Abang boleh dapat projek juta-juta”.

Satu dewan tergelak besar.

puan_ainon_mohd

Ilmu Bisnes Kedua

Antara membela kebenaran dan mengekalkan silaturahim mana yang lebih penting?

Apa pendapat kalian?

Menurut Mahaguru Bisnis Puan Ainon Mohd dari kajian beliau melihat Rasulullah SAW akan meletakkan menjaga silaturahim sebagai ranking pertama berbanding membela kebenaran di ranking ke enam.

Biarkan orang kata kita bodoh asalkan kita dapat menjaga silaturahim sebagaimana sunnah Nabi SAW yang pasti membawa keberkatan dan kejayaan lebih besar kepada hidup kita.

Membela kebenaran walaupun kita benar akan membawa lebih banyak kehancuran dan itu yang sedang berlaku disekeliling kita.

Mengikut perkongsian Pn Ainon enam sifat terpuji Rasulullah SAW mengikut ranking adalah :

1. Menjaga talian silaturahim
2. Bercakap benar
3. Memikul beban orang lain
4. Mengusahakan yang tidak ada (Inovasi)
5. Meraikan tetamu
6. Membela kebenaran

Setiap sifat ini apabila kita amalkan pasti akan membawa kejayaan kepada kehidupan dan perniaga.

puan_ainon_mohd_abs

Ilmu Bisnes Ketiga

Jika kalian ada dua pilihan dan perlu pilih seorang sahaja, seorang yang ringan tangan suka membantu dan seorang lagi kreatif suka berfikir luar kotak dengan macam-macam projek baru.

Mana satu pilihan kalian?

Mengikut ilmu yang diajar oleh Guru Besar Bisnes Puan Ainon.

Dari kajian beliau Rasulullah SAW akan memilih seorang yang ringan tangan suka membantu berbanding seorang lagi yang kreatif dan Inovasi.

Bagaimana kalian?

Di akhir perkongsian Puan Ainon kata :

Orang Bisnis apabila rugi, kena serang dan kena kecam, ketab bibir jalan terus.

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!