5 hari di Cambodia yang menyentuh hati

Tahniah kepada X-PO, Rizal, Zul, Mr Bintang, atokk, kulanz, Precious dan Temp. Housewife kerana telah berjaya meneka dengan tepat. Terima kasih juga kepada Umi, Azizwan, Zuhaini dan Ariff yang juga meneka tetapi tidak tepat. Tunggu minggu depan insyallah akan ada satu lagi simple contest untuk meneka Negara yang bakal dilawati.

Tugu Kemerdekaan Kemboja

Aku dan teman-teman menjelajahi Kemboja bermula daripada Siem Rep, Kampung Thom, Kampung Cham, StungTreng, Kratie dan Phnom Penh.

5 hari di kemboja sungguh menyentuh hati. Jika kita di Malaysia hidup yakin dengan pemerintah yang juga orang Islam atau yakin dengan parti Politik yang menjanjikan segala kesenangan tetapi tidak bagi umat Islam di Kemboja. Pemerintah Kemboja tidak meneka umat Islam tetapi umat Islam perlu hidup di atas kaki sendiri tanpa bantuan. Umat Islam di Kemboja hanya yakin kepada Allah swt dan ini menjadikan mereka kuat dan tabah melalui kehidupan yang sungguh mencabar. Majoriti penduduk pendalaman Islam di Kemboja ketinggalan kira-kira 30-40 tahun daripada kita.

Bersyukur sungguh Allah telah memilih aku untuk menziarahi saudara Islam di Kemboja yang sangat memerlukan bantuan daripada saudara Islam dari seluruh dunia. Semuga ziarah ini akan memberi motivasi aku untuk meneruskan perjuangan Hidup Untuk Memberi. Terima kasih kepada teman serombongan Hj. Masrukhin, Hj. Khanafi dan Saudara Shidi yang sudi mempelawa aku bersama-sama untuk meneruskan perjuangan membantu saudara Islam kita di Kemboja. Terima kasih juga kepada teman-teman dari Kemboja Hj Musa, Sukhry, Komry, Hj. Shary dan lain-lain yag sudi melayan kami dengan sabar. Jasa kalian akan disemat di dalam hati dan semuga Allah mempermudahkan perjuangan membina umat Islam di Kemboja.

Kepada teman-teman yang berminat untuk menziarahi saudara kita di Kemboja sila contact, insyallah aku sudi membantu seperti tempat penginapan Islam, Restauran Islam dan lawatan ke Pusat Islam Chambodia. Jika bukan kita yang membantu siapa lagi??

[ad#Mangga 300]

51 Comments

  1. wah! Bang Denai.. bawa lah lagi citer2 dari Kemboja tu..

    Kompuchea sebahagian kemboja.. dahulu zman kegemilangannya.. Islam juga menyerlah disana..

    suburkanlah islam di tanah itu. tanah jajahan sekrang ini. dulu ia menjajah.. akhirnya ia dijajah pula. huhuhu

    1. @maza, melihat angkor watt dan yang lain pasti suatu masa dulu cambodia adalah negara yg termaju berbanding yg lain tapi gitulah hidup ini bagai roda

  2. Uh … tersentuh! Sebab pembantu rumah mak di kampung tu orang Kemboja. Selama ni take for granted aje segala kemudahan yg ada, jarang nak ingat org2 yg kurang bernasib baik, lebih2 lagi yg tinggal di negara lain.
    .-= Precious´s last blog ..Cara Belajar yang Berkesan =-.

  3. terima kasih saudara hadiah tu..

    Semakin jauh pjalanan, semakin banyak pengalaman seseorang.. dan sudah tentu pkongsian spt ni turut sama memberi kesedaran dan manfaat kpd rakan-rakan lain… Mudah-mudahan persahabatan, persaudaran dan persefahaman kita di Malaysia dapat dipereratkan…
    .-= kulanz´s last blog ..Perbezaan Individu =-.

  4. Kita di Malaysia patut bersyukur. Jauh perjalanan, luas pengalaman dan pandangan. Moge kite terus memberi yang terbaik untuk saudara Islam kita.

    p/s – Maaf, saya dah letak link denaihati di blog saya. Boleh ke?

      1. @denaihati, sape2 yg jd pengomen pertama akan dpt ‘hadiah’ ek drp DH..tp salu je x sempat nk jd pengomen pertama 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!