Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Siapa yang tak kenal dengan Aqif Azizan? Ketua Pegawai Eksekutif di writetowealth, Copywriter, Penulis buku dan Trainer.
Beliau bertanggungjawab untuk memastikan enjin Write to Wealth terus panas dan bergerak dengan lebih pantas. Berpengalaman luas dalam membantu bisnes-bisnes di Malaysia untuk mencipta mesin duit dan menarik lebih ramai pelanggan.
Antara syarikat di bawah konsultansi beliau berjaya mengubah jualan secara drastik. Dari 5 angka jualan setahun, kini berkembang menjadi syarikat yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 7 angka. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang 12 bulan.
Alhamdulillah, kali ini Aqif Azizan berbesar hati menjadi penulis jemputan untuk berkongsi tips beliau di Denaihati.com. Semoga tips dari beliau ini dapat kita semua manfaatkan.
Sedikit perkongsian dari Aqif Azizan
RM2,500 mungkin nampak sedikit bagi segelintir orang.
Namun, ia cukup bermakna bagi seseorang yang mahu hidup sepenuh masa dengan melakukan apa yang mereka suka – Menulis blog.
Di Malaysia, setiap hari akan ada orang yang berangan-angan untuk hidup dan jana pendapatan sepenuh masa dengan blog.
Soalan seterusnya adalah,
“Bagaimana?”
Terdapat 1 cara yang mudah, terbukti berkesan dan menjadi amalan ribuan blogger di Malaysia dan luar negara.
Cara untuk hidup dan jana pendapatan mewah menerusi blog adalah menerusi ebook.
Membantu pembaca dengan buku digital.
Apakah maksud ebook?
Ia adalah seperti buku yang mengandungi maklumat bermanfaat untuk pembaca. Bezanya adalah ia dibaca menerusi medium digital seperti smartphone, komputer, tablet dan sebagainya.
Kenapa tidak buat duit dengan iklan?
Medium menjana pendapatan yang popular menerusi blog di Malaysia adalah pengiklanan. Terdapat pelbagai isu apabila kita mahu menjana pendapatan mewah menerusi medium pengiklanan.
Pertama – Jumlah pelawat mesti tinggi.
Kedua – Apabila jumlah pelawat sudah tinggi, maka langkah seterusnya adalah mengekalkan jumlah itu secara konsisten.
Ketiga – Kita tidak boleh kawal pendapatan blog. Semuanya bergantung pada pihak pengiklanan.
4 Langkah cepat buat duit dengan ebook.
Bagaimana menjana pendapatan RM3,000 menerusi ebook?
1) Kenal pasti kategori pembaca blog.
2) Kenal pasti masalah pembaca blog.
3) Tulis ebook untuk selesaikan masalah itu.
4) Jual dengan harga penetration.
Langkah 1 hingga 3 sudah dikongsikan oleh kebanyakan blogger. Ia adalah langkah yang sangat penting.
Kata T. Harv Eker (Jutawan),
“If you want to make lots of money, then you must help lots of people.”
Apabila mahu menjual ebook, jangan niatkan mahu duit semata-mata. Niat yang terbaik dan mulia adalah mahu membantu mereka.
PENTING: Cara menjual ebook untuk blogger baru.
Harga penetration bermaksud harga penembusan pasaran.
Jika kita baru mahu menjual ebook, mulakan menjual dengan harga yang rendah.
Sebagai contoh,
1) Untuk 100 unit jualan ebook pertama, kita jual dengan harga RM10.
2) 200 unit jualan seterusnya, kita naikkan harga RM20.
Bagaimana wujudkan pendapatan RM3,000 sebulan secara konsisten.
Bagaimana untuk dapatkan RM3,000 pendapatan setiap bulan secara konsisten.
Ini adalah permainan asas bisnes ebook dan matematik.
Berdasarkan kajian, hanya 10% (maksimum) daripada jumlah pelawat setiap hari di blog akan membeli ebook kita.
Jadi,
1) Jika blog kita mempunyai 100 pelawat sebulan, maka 10 orang akan jadi pembeli ebook setiap hari.
2) 10 pembeli x RM10 = RM100 sehari.
3) Jika momentum ini kekal setiap hari, maka 300 pembeli (10% daripada 3,000 jumlah pelawat blog setiap bulan), akan beli ebook RM10.
4) 300 x RM10 = RM3,000 sebulan.
(NOTA: Ini adalah anggaran kasar. Ia bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pembaca, jenis ebook, dan pelbagai lagi).
Download sekarang: Formula Ebook Best-seller.
Cara memulakan empayar bisnes ebook, dan bertukar menjadi blogger sepenuh masa adalah menerusi ilmu.
Belajar cara-cara untuk:
1) Kenal pasti ebook yang mudah untuk jual 100 unit pertama.
2) Cara cepat untuk siap dan jual ebook.
3) Teknik-teknik berkesan untuk menjual ebook tanpa memaksa pembaca blog kita.
Belajar menerusi “Formula Ebook Best-seller 60 Hari.”
Sila download di sini –>> http://www.writetowealth.my/bisnes-ebook/
PS: Kata Albert Einstein, pelaburan yang digunakan untuk menuntut ilmu adalah pelaburan yang dijamin memberikan pulangan lumayan.
SIAPA PENULIS
Aqif Azizan merupakan blogger sepenuh masa, dan membantu blogger di Malaysia untuk jana pendapatan mewah menerusi bisnes ebook.
533 Comments
ramai org lupa life lg penting dr blog..bile blog daa overtake life..amatla sedih 🙂
p/s get a life 😛
Wau…,blog saya kadangkala punya pelawat 400-500 sehari,kadangkala hingga 800 kalau saya monotize untuk dapat wang memang tip top nih
Curahan rasa ishak @ ..cara membuat cover ebook 3d dengan photoshop
boleh anda coba monetize siapa tahu sukses dan berhasil jana duit banyak dari blog
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Mesjid-Mesjid Cantik Di Indonesia
fenomena ebook ni memang boleh jana pendapatan pada mereka yg serius buat..tapi mak jemah belum tahap tu lagi, masih fokus pada jualan online yg lain..ada kesempatan nanti nak juga cuba buat lebih banyak ebook
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Tips Menjayakan Penyusuan Untuk Ibu Bekerja
aku ni blogger motorsikal, so macam mana pula? kalau blogger retis ke personal maybe ada ebook yang sesuai untuk di jual
Curahan rasa Adi @ ..Honda RC213V-S 2015 Berharga ¥ 20 Juta?
memang Allah telah membukakan dunia buat manusia semoga tidak menjadi fitnah
Curahan rasa risalah @ ..BACAAN SURAT SETELAH AL FATIHAH
Pasti terbaik bisa dapat konsisten 3000 setiap bulannya bisa buat banyak hal terutama beramal
Apalagi kalau disumbangkan ke yatim piatu 1000 ringgit setiap bulannya mestilah semakin bertambah
itulah sebenarnya yang kita dapatkan harta untuk akhirat dengan bersedekah
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Mesjid-Mesjid Cantik Di Indonesia
semua orang boleh buat duit online, tapi jangan buat bnda yang sama macam orang lain buat,,, kene cari or cuba bnda unik skit – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Gegar – Senarai Peserta Akhir Gegar Vaganza 2014
inilah yang menjadi tantangan bagaimana kiat khusus untuk menjadi unik dalam dunia blogger ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Sayyidul Istighfar
wahhh bestnya kalau ada cara nak jana pendapatan sampingan kan teringinnyer laa..
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Teringin gak nak buat ebook sendiri..mungkin makan masa gak la..haha
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Jahit Baju Sekolah Sendiri
Bagus sekali pengisian ilmu ini..semangat saudara aqif cukup cekal..dan aku perhati dia mmg kuat kerja dan ada matlamat sendiri..so x mustahil dia berjaya capai jualan 7 angka.. nk dpt komisen tinggi kena byk buat kajian dan laburkan ilmu. Mcm aku wlpn tak byk income tp apa yg dpt itu sgt2 bermakna dan memberi motivasi utk terus maju..
Curahan rasa Its maey @ ..Kewajaran Menganjurkan Comment Contest
Wah sangat bagus tu dapat RM3000 konsisten setiap bulan, lebih-lebih lagi bagi seorang pelajar seperti saya.
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Jom Aktifkan Mykad
Seronoknya bila dapat pendapatan secara konsisten RM3K setiap bulan… Teringin juga nak merasa pendapatan macam ni melalui blog, tapi masih belum berjaya lagi setakat ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
lepas ni nak cuba juga menulis ebook..tahun depan da start gst lagi banyak duit nak gunakan kan..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Bagaimana orang cina berjaya dalam Amway
Betul tu.. Saya setuju… Kena tulis ebook dan jual.. Baru boleh dapat side income melalui blog… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
ebook harus unik dan nama kita pun harus dah famous macam kitab pink punya en titan
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Mesjid-Mesjid Cantik Di Indonesia
Salam ,
saya tengah belajar untuk kembali bina blog, artikel saudara Aqif Azizan sangat baik untuk konsep dalam isian blog baru saya. Sedang mencari niche word yang boleh jadi tarikan search enjin. Rasanya kena eratkan silaturahim dgn otai spt tuan
Curahan rasa wanluqman @ ..Earthworks
memang perlu kita belajar banyak lagi kepada yang sudah berhasil seperti beliau supaya dapat ilmu lebih banyak
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Mesjid-Mesjid Cantik Di Indonesia
Jana income yg best tu. Dulu x reto ape lgsg
Comments are closed.