Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Siapa yang tak kenal dengan Aqif Azizan? Ketua Pegawai Eksekutif di writetowealth, Copywriter, Penulis buku dan Trainer.
Beliau bertanggungjawab untuk memastikan enjin Write to Wealth terus panas dan bergerak dengan lebih pantas. Berpengalaman luas dalam membantu bisnes-bisnes di Malaysia untuk mencipta mesin duit dan menarik lebih ramai pelanggan.
Antara syarikat di bawah konsultansi beliau berjaya mengubah jualan secara drastik. Dari 5 angka jualan setahun, kini berkembang menjadi syarikat yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 7 angka. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang 12 bulan.
Alhamdulillah, kali ini Aqif Azizan berbesar hati menjadi penulis jemputan untuk berkongsi tips beliau di Denaihati.com. Semoga tips dari beliau ini dapat kita semua manfaatkan.
Sedikit perkongsian dari Aqif Azizan
RM2,500 mungkin nampak sedikit bagi segelintir orang.
Namun, ia cukup bermakna bagi seseorang yang mahu hidup sepenuh masa dengan melakukan apa yang mereka suka – Menulis blog.
Di Malaysia, setiap hari akan ada orang yang berangan-angan untuk hidup dan jana pendapatan sepenuh masa dengan blog.
Soalan seterusnya adalah,
“Bagaimana?”
Terdapat 1 cara yang mudah, terbukti berkesan dan menjadi amalan ribuan blogger di Malaysia dan luar negara.
Cara untuk hidup dan jana pendapatan mewah menerusi blog adalah menerusi ebook.
Membantu pembaca dengan buku digital.
Apakah maksud ebook?
Ia adalah seperti buku yang mengandungi maklumat bermanfaat untuk pembaca. Bezanya adalah ia dibaca menerusi medium digital seperti smartphone, komputer, tablet dan sebagainya.
Kenapa tidak buat duit dengan iklan?
Medium menjana pendapatan yang popular menerusi blog di Malaysia adalah pengiklanan. Terdapat pelbagai isu apabila kita mahu menjana pendapatan mewah menerusi medium pengiklanan.
Pertama – Jumlah pelawat mesti tinggi.
Kedua – Apabila jumlah pelawat sudah tinggi, maka langkah seterusnya adalah mengekalkan jumlah itu secara konsisten.
Ketiga – Kita tidak boleh kawal pendapatan blog. Semuanya bergantung pada pihak pengiklanan.
4 Langkah cepat buat duit dengan ebook.
Bagaimana menjana pendapatan RM3,000 menerusi ebook?
1) Kenal pasti kategori pembaca blog.
2) Kenal pasti masalah pembaca blog.
3) Tulis ebook untuk selesaikan masalah itu.
4) Jual dengan harga penetration.
Langkah 1 hingga 3 sudah dikongsikan oleh kebanyakan blogger. Ia adalah langkah yang sangat penting.
Kata T. Harv Eker (Jutawan),
“If you want to make lots of money, then you must help lots of people.”
Apabila mahu menjual ebook, jangan niatkan mahu duit semata-mata. Niat yang terbaik dan mulia adalah mahu membantu mereka.
PENTING: Cara menjual ebook untuk blogger baru.
Harga penetration bermaksud harga penembusan pasaran.
Jika kita baru mahu menjual ebook, mulakan menjual dengan harga yang rendah.
Sebagai contoh,
1) Untuk 100 unit jualan ebook pertama, kita jual dengan harga RM10.
2) 200 unit jualan seterusnya, kita naikkan harga RM20.
Bagaimana wujudkan pendapatan RM3,000 sebulan secara konsisten.
Bagaimana untuk dapatkan RM3,000 pendapatan setiap bulan secara konsisten.
Ini adalah permainan asas bisnes ebook dan matematik.
Berdasarkan kajian, hanya 10% (maksimum) daripada jumlah pelawat setiap hari di blog akan membeli ebook kita.
Jadi,
1) Jika blog kita mempunyai 100 pelawat sebulan, maka 10 orang akan jadi pembeli ebook setiap hari.
2) 10 pembeli x RM10 = RM100 sehari.
3) Jika momentum ini kekal setiap hari, maka 300 pembeli (10% daripada 3,000 jumlah pelawat blog setiap bulan), akan beli ebook RM10.
4) 300 x RM10 = RM3,000 sebulan.
(NOTA: Ini adalah anggaran kasar. Ia bergantung pada beberapa faktor seperti jumlah pembaca, jenis ebook, dan pelbagai lagi).
Download sekarang: Formula Ebook Best-seller.
Cara memulakan empayar bisnes ebook, dan bertukar menjadi blogger sepenuh masa adalah menerusi ilmu.
Belajar cara-cara untuk:
1) Kenal pasti ebook yang mudah untuk jual 100 unit pertama.
2) Cara cepat untuk siap dan jual ebook.
3) Teknik-teknik berkesan untuk menjual ebook tanpa memaksa pembaca blog kita.
Belajar menerusi “Formula Ebook Best-seller 60 Hari.”
Sila download di sini –>> http://www.writetowealth.my/bisnes-ebook/
PS: Kata Albert Einstein, pelaburan yang digunakan untuk menuntut ilmu adalah pelaburan yang dijamin memberikan pulangan lumayan.
SIAPA PENULIS
Aqif Azizan merupakan blogger sepenuh masa, dan membantu blogger di Malaysia untuk jana pendapatan mewah menerusi bisnes ebook.
533 Comments
Betul tu…. bagi sesetengah orang RM500 sebulan pun cukup bermakna… boleh tampung untuk bayar duit taska anak mereka.
Inflasi dan kos sara hidup dah meningkat. Tanggungjawab kita semua untuk menguasai ekonomi.
Wallahu ‘alam
Curahan rasa aLiXaL @ ..10 Tahun Bekerja Tetapi Masih Tiada Wang Dan Masa Untuk Keluarga?
salah satu cara nak buat duit adalah dengan affliate ramai yang dab berjaya jana income ribuan ringgit
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
PEKERJAAN ONLINE TERBARU!!100%BUKAN PENIPUAN!!!
MEMPERKENALKAN BISNIS ONLINE PALING NYATA!
Bisnis Online Terbaru Indonesia dan satu-satunya bisnis yang terbebas dari campur tangan admin, sehingga Penghasilan 100% masuk ke rekening kita. Merekrut member dapat penghasilan Rp.100.000,- , tanpa merekrut member mendapatkan penghasilan Rp. 50.000,- .Satu-satunya bisnis online yang menggunakan SISTEM DIRECT SPONSOR dan LOW SPONSOR yang 100% menguntungkan member.
Segera gabung dan daftar disini >> http://tanparesiko.com/index.php?id=abuicool
info lanjut sms no. saya 089674209487
saya jamin saya member asli dan bukan member rekayasa admin.
SEMOGA SUKSES!
rajin juga folow aqiff ni.. banyak ilmu tentang bisnes dikongsi…cuba praktikan satu persatu..inysaallah
Curahan rasa zaza zehra @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Orang yang ada pengalaman dan pemikiran bijak macam saudara aqiff tuh boleh dijadikan contoh untuk diikuti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
moga ramai lagi yang tiru gaya beliau. sentiasa ingn mencari pendpatan dan majukan diri
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Atas kertas nampak mudah tapi kenapa ramai yang masih gagal melakukannya? Kena banyak perbaiki kelemahan kita dulu nih dan mesti berani berubah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Nak membuat ebook yang akan menjadi best seller bukan mudah. Perlu banyak kajian dan jika tersilap pilih tajuk akan menyebabkan kita rugi dari segi promosi.
Kalau idea kita tuh sesuatu yang baru dan memberi manfaat kepada orang lain.. tak mustahil boleh menjadi best seller..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Jika kita membina blog niche mungkin pengiraan 100 pelawat, 10% dianggarkan membeli hampir tepat. Ini kerana blog niche akan target pengunjung yang tepat tidak seperti blog peribadi pelbagai jenis pengunjung yg datang atas sebab2 yang berlainan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Kisah Lanjut Blog Kena Google Sandbox
Betul tuh.. tapi kalau dalam 100 sebanyak 10% membeli sudah sangat besar juga ROI tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Buat duit dengan eboook sendiri atau produk sendiri perlu banyak pengalaman berniaga online.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Kisah Lanjut Blog Kena Google Sandbox
Nak buat ebook memang mudah..tapi kita kena lah pakar dalam bidang yang nak kita kongsikan tuh agar pembeli pun berpuas hati..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
empat cara ja nak buat rm3 ribu sebulan scara konsisten.. percaya tak?
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
Percaya, yang penting ilmu kita hendaklah cukup. Dan mesti berusaha dengan konsisten dan jangan mudah berputus asa.
Kena selalu mahirkan diri dengan setiap ilmu buat duit yang dipelajari..cuba dapatkan nilai yang kecil dulu sebelum ke nilai yang lebih besar..konsistensi tuh penting..mudah bila dah tahu caranya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Atas kertas nampak mudah tapi bila tang melaksanakan tuh yang agak sukar..kena pula dengan tiada ilmu dan usaha..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
terima kasih atas perkongsian ini..nampak best…ok dah download..nak baca ebook ni
Curahan rasa rokiah @ ..Mobile Shaklee – Revolusi Terbaru Delivery
selamat membaca puan. moga membantu dalam manghasil tiga ribu sebulan..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
Ilmu yang diperoleh kena selalu dipraktikkan.. barulah ianya nanti akan menjadi kebiasaan dan memudahkan kita bila dah tahu caranya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Bila dah download kena la cuba praktikkan ilmu yang telah dikongsikan.. dah cuba baru akan tahu hasilnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Teringin gak nak jual eBook tapi takut takde orang beli. Hehe ^_^
hehehe…orang yang dah yakin ada topik dan kemahiran memang dapat buat duit dengan ebook..apa yang penting ilmu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
Kita mesti pakar dalam sesuatu bidang terlebih dahulu sebelum mampu nak mengajar orang lain.. bukan apa, sekurang2nya biarlah ianya mampu menambah nilai hidup orang lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
sama la .. teringin juga nak buat bila tengok orang lain buat ebook dan jadi kaya
Bukan semua penjual ebook tuh berjaya.. tapi kalau ebook kita tuh sememangnya apa yang diperlukan ramai orang, tak mustahil boleh laku keras..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Cuba dulu baru tahu. Buat sebagai case study dulu. Mana tahu terus mendapat jualan yang terlajak laris…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tapi kalau boleh biarlah ebook kita tuh sesuatu yang boleh menambah nilai hidup orang lain supaya pembeli tak rasa tertipu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Mencuba tidak salah.. tapi apa yang kita nak kongsikan tuh biarlah boleh memberi manfaat dan menambah nilai hidup orang lain.. mana tahu boleh laku keras nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
penulisan ni membuka minda saya tentang penulisan blog n menjana pendapatan.
Curahan rasa Safiya @ ..Kenali Enfuselle Nutrition Therapy Skin Care Dari Bahan Semulajadi
ya . kebanyakkan blogger tahu sahaja blog boleh buat duit. tapi semangat tu dan cara tu tak dapat
Belum kena tune lagi tuh agaknya.. masih tercari2 rentak.. tapi kalau dah tahu buat RM1 pertama di internet, ulang2kan saja untuk jana RM berikutnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Kalau kita biasakan diri menulis artikel berkualiti dalam blog sendiri, tak mustahil artikel kita tuh nanti boleh juga dibukukan macam yang dilakukan oleh denaihati..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Nak berjaya bukan senang ..kena byk lipat gandakan usaha tenaga dan kepandaian yg ada utk sama2 beroleh kejayaan..
itu memang betul..usaha yang tanpa mengenal payah memang diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu bidang
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
empat cara ja nak buat rm3 ribu sebulan scara konsisten.. percaya tak?
Percaya jika kena gaya dan caranya.. apa yang penting usaha berterusan dan cuba perbaiki kelemahan yang ada untuk dapatkan income yang konsisten..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengubah nasib diri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
usaha usaha usaha. walau susah macam mana pun tetap usaha. insyallah boleh berjaya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blogger buat duit online
Usaha yang berterusan tuh yang menjadi rahsia kunci kejayaan.. walaupun bukan semua yang berusaha itu berjaya, tapi orang yang berjaya itu adalah orang yang berusaha..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
betul tu. usaha ada lima huruf je tapi sebenarnya perlu banyak kepayahan dan cabaran. good luck ! u can !
Kejayaan yang diperoleh dari susah payah dan penuh halangan biasanya akan lebih dihargai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. yang penting jangan hangat2 tahi ayam jer.. usaha kena berterusan.. baru boleh berjaya..
hangat hangat tahi ayam ni memang ramai. mula mula je semangat pastu ke laut
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – Landline
Mak Jemah tertarik dengan jika nak buat duit, bantu lebih ramai orang..memang betul kalau niat bantu insyaAllah akan berhasil apa yang kita usahakan..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Mak Jemah Ke Kelas Nutrisi
Wah.. mak jemah pun bukan dah glamer ker.. boleh jer buat duit konsisten tiap2 bulan macam tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
saya menunggu kot kot ada orang nak buat ebook cara cara menulis winning slogan utk contest, comfirm ramai yang nak beli.
Curahan rasa Merlyn Hasshim @ ..Rezeki mesin basuh bersama Unilever-Untuk dijual
Slogan nih bersifat subjektif dan kreativiti.. bergantung kepada panel penilai juga untuk pemilihan pemenang..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
menarik jugak ni. kebanyakkan contest perlukan kita utk buat slogan kreatif
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Comments are closed.