28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak berkongsi dengan rakan blogger hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang sangat terkenal di Malaysia. Banyak kenangan aku selama 5 tahun belajar di UKM ni mungkin lain entri boleh berkongsi.

Banyak soalan yang ditanya kepada remaja Islam Malaysia tetapi hanya 3 sahaja yang paling penting nak dikongsikan di sini iaitu :

  • Menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7%
  • Puasa penuh bulan Ramadhan – 64.2%
  • Wajib menutup kepala untuk wanita – 69.3%

Jawapan yang paling ekstrim

  • Tidak pernah menunaikan solat 5 waktu – 3.5%
  • Tidak pernah puasa di bulan Ramadhan – 0.2%
  • Tidak wajib menutup kepala – 0.5%

Pasti rakan blogger mempunyai penilaian tersendiri apabila melihat angka peratusan kajian ini. Melihat hasil kajian ini menjadi tugas sangat berat untuk aku sebagai seorang Khalifah dalam keluarga untuk memastikan generasi pertama kami sehingga generasi kami sampai hari kiamat sentiasa mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Bukan mudah dalam dunia informasi teknologi untuk memastikan anak remaja memahami Islam walaupun belajar di sekolah aliran Islam.

Anak muda harapan Bangsa

Berdoalah kita setiap kali selepas solat semuga ALLAH SWT terus memberi hidayah kepada kita, anak-anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan masukan mereka dalam golongan yang tidak mendapat hidayah sehingga tidak menjaga solat fardu 5 waktu, tidak puasa wajib bulan Ramadhan dan tidak menutup aurat mengikut syariat. Jangan sesekali kisah seperti dalam entri wanita bertudung nampak peha menjadi amalan terutama kepada anak remaja perempuan yang memang terdedah dengan berbagai fesyen terkini.

Hidayah itu sangat mahal harganya tidak ternilai dengan emas dan wang ringgit kerana hidayah hanya milik ALLAH SWT untuk yang terpilih sahaja.

Nota : Mengikut kajian 2010 hanya 15% Pelajar sekolah yang solat 5 waktu penuh @ link.


Spread the love

53 Comments

  1. Walaupun solat 5 waktu tapi hanya segelintir saje yg penuh. Setuju benar dengan statastik peratusannya yg dikaji tu..mereka macam tak tau langsung di akhirat nanti, benda yg mereka tak nampak balasan di sana.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..sensasi2020.blogspot.comMy Profile

  2. salam kenal dari Indonesia
    Angka statistik yg meprihatinkan…..keadaan di Indonesia 11 12 sama di malaysia,,,,,,mudah-mudahan di bulan ramadhan tahun ini angka statistik remaja yang sholat 5 waktu naik drastis amin 🙂

  3. Tanggungjawab mendidik anak-anak terletak sepenuhnya pada ibubapa. Jangankah menuding jari kepada sesiapa. Sekolah pula hanya memberi ilmu sekadar mampu,selebihnya datang dari rumah. Aku mengingatkan kepada diri aku & juga semua. Aku tiap2 hari kerja membentuk manusia menjadi manusia. Semoga Allah memberi Rahmat & Hidayah kepada kita semua.

  4. Angka yang ditunjukkan amat membimbangkan kita semua kerana ibadah utama dalam islam ialah solat. untuk pengetahuan semua carian keyword paling tinggi ke blog saya setiap ialah “bagaimana hendak menggugurkan kandungan”. Menunjukkan betapa seriusnya situasi sosial dinegara kita hari ini. Jadi sebagai ibu bapa sudah sampai waktunya kita semua menilai semula akan tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak dalam soal-soal ibadah. selamat berpuasa semoga bulan ramadan ini membawa rahmat dan keampunan kepada kita semua.

  5. oh kaciwanya. even lam family pun adk bradik sy sgt liat nak solat. puasa xponteng, n wat terawih rajin skali. tapi ap gunanya kalu yg fardhu xdsempurnakan dulu. xd maknanye

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!