28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak berkongsi dengan rakan blogger hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang sangat terkenal di Malaysia. Banyak kenangan aku selama 5 tahun belajar di UKM ni mungkin lain entri boleh berkongsi.

Banyak soalan yang ditanya kepada remaja Islam Malaysia tetapi hanya 3 sahaja yang paling penting nak dikongsikan di sini iaitu :

  • Menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7%
  • Puasa penuh bulan Ramadhan – 64.2%
  • Wajib menutup kepala untuk wanita – 69.3%

Jawapan yang paling ekstrim

  • Tidak pernah menunaikan solat 5 waktu – 3.5%
  • Tidak pernah puasa di bulan Ramadhan – 0.2%
  • Tidak wajib menutup kepala – 0.5%

Pasti rakan blogger mempunyai penilaian tersendiri apabila melihat angka peratusan kajian ini. Melihat hasil kajian ini menjadi tugas sangat berat untuk aku sebagai seorang Khalifah dalam keluarga untuk memastikan generasi pertama kami sehingga generasi kami sampai hari kiamat sentiasa mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Bukan mudah dalam dunia informasi teknologi untuk memastikan anak remaja memahami Islam walaupun belajar di sekolah aliran Islam.

Anak muda harapan Bangsa

Berdoalah kita setiap kali selepas solat semuga ALLAH SWT terus memberi hidayah kepada kita, anak-anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan masukan mereka dalam golongan yang tidak mendapat hidayah sehingga tidak menjaga solat fardu 5 waktu, tidak puasa wajib bulan Ramadhan dan tidak menutup aurat mengikut syariat. Jangan sesekali kisah seperti dalam entri wanita bertudung nampak peha menjadi amalan terutama kepada anak remaja perempuan yang memang terdedah dengan berbagai fesyen terkini.

Hidayah itu sangat mahal harganya tidak ternilai dengan emas dan wang ringgit kerana hidayah hanya milik ALLAH SWT untuk yang terpilih sahaja.

Nota : Mengikut kajian 2010 hanya 15% Pelajar sekolah yang solat 5 waktu penuh @ link.


Spread the love

53 Comments

  1. walaupun peratusan tu nampak kecik bagi yang tidak pernah menunaikan solat 5 waktu, tidak pernah puasa di bulan Ramadhan, dan tidak wajib menutup kepala, tapi sebenarnya ianya adalah angka yang agak besar.bayangkan kalau ada 5 juta remaja Islam di malaysia. 3.5% je dah mewakili 175 000 orang remaja yang tak pernah solat 5 waktu.angka ni adalah angka yang paling membimbangkan…
    Curahan rasa pacifista @ ..Final: Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

  2. agak2 diorang boleh baca Al-fatihah ke x? takut betol bila baca benda cmni..entah apa akan jadi kat malaysia kelak..negara islam hanya pada nama..

    saya nak ajak Bro Denaihati baca blogpost saya yang terbaru bertajuk Pelajar UIA Bermimpi Bertemu Rasulullah SAW.. semoga ia dapat mmberi kita semangat utk menghadapai ramadhan nnti =)
    Curahan rasa hazwan @ ..Pelajar UIA Bermimpi Bertemu Rasulullah SAWMy Profile

  3. Dalam perkara seperti ini, apa yang tersirat adalah negara Malaysia sedang menuju kepada kehancuran.

    Mengapa saya tulis begini ? Jawapan saya ialah kerana semua remaja adalah bakal mengganti semua pemimpin yang ada. Sama ada pemimpin dalam konteks yang besar atau dalam konteks yang kecil iaitu pemimpin kepada diri sendiri.

    Satu hari mereka akan jadi pemimpin. Maka apabila majoriti remaja seperti perangkaan di atas menjadi pemimpin maka semakin ramai pemimpin yang akan merosak negara.

    Kalau arahan dan amanah Allah (tuan milik alam ini) tidak dapat dilaksanakan maka mana mungkin mereka termasuk dalam kategori manusia yang boleh dipercayai menunaikan amanah apabila mereka jadi pemimpin nanti.

    Menyentuh PLKN, berani saya katakan ia gagal. Ingat ! apa jua idea manusia yang tidak selaras dengan kehendak tuan alam ini maka semuanya gagal untuk membentuk manusia bertaqwa.

    Mengapa pemimpin Malaysia ini (terutamanya PM) tidak gunakan modul yang ada dalam Hadis dan Quran untuk membentuk remaja kita. Mengapa asyik guna logik akal sahaja.

    Pemimpin seperti ini akan disoal secara berat oleh tuah punya alam. Pasti begitu.

    Jadi, marilah kita lantik pemimpin yang bertaqwa sebagai PM kita. Kalau kita benar-benar nak remaja kita selamat dunia akhirat. Kalau kita masih melantik PM dari manusia berakhlak buruk, maka kita juga sebenar tidak ada beza dengan mereka.

    Apa pendapat blogger lain ?
    Curahan rasa sabri69 @ ..Rangkaian Sabri69My Profile

    1. benar…nak lihat pemimpin masa depan,lihat remaja hari ini.jadi remaja hari ini harus dibentuk mengikut acuan sebenar.bukan sekadar patriotik kepada negara tapi wajib berpegang kepada rukun yang lima dan rukun yang enam 🙂
      Curahan rasa izwannizam @ ..Salam Ramadhan Buat SemuaMy Profile

        1. selalu bab dara orang salahkan perempuan sebab tak pandai jaga kehormatan diri.kena betulkan.lelaki pun harus dipersalahkan sebab suka cari yang haram.dah dapat yang halal,cari yang haram jugak..solat boleh hindar semua tu tapi ramai orang sekarang solat di hujung waktu.kadang2 rukun solat pun tak berapa nak betul.mcm mana tu ?
          Curahan rasa izwannizam @ ..Salam Ramadhan Buat SemuaMy Profile

  4. told by numbers, mmg nampak obvious apa yang berlaku. thanks kongsi..semoga ramadhan yang datang mmbawa berkat.

  5. tanggungjawab semua untuk menegur.bukan masa untuk jaga tepi kain sendiri sahaja.amal makruf nahi mungkar..moga ramadhan kali ini menjadi tarbiah terbaik untuk mereka.insyaallah
    Curahan rasa izwannizam @ ..SemuaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!