Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. 2013 yang ditinggalkan dengan penuh kenangan manis dan pahit yang menganjar kematangan hidup. Kejayaan dan kegagalan sepanjang 2013 semua adalah ujian ALLAH yang pasti ada hikmahnya untuk dijadikan sambungan rantaian kehidupan 2014. Bagaimana kehidupan aku dan keluarga begitu juga blog Denaihati melalui berbagai proses jatuh dan bangun sepanjang 2013.
Mengingat kembali tulisan aku dalam entri sambutan tahun baru 2013 perkataan azimat yang mesti dipegang adalah “Fail to Plan, Plan to Fail“ dan kata azimat untuk sambutan tahun baru 2012 pula “Melangkah Tahun Baru dengan Niat yang Betul“. Kedua-dua kata azimat ini penting untuk meneruskan kehidupan 2014 yang sangat mencabar.
Kita perlu bersedia melalui zaman susah pada tahun 2014 kerana musim bunga sudah berlalu bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Biarkan orang politik merusuh dijalan untuk mengubah keadaan tetapi jangan kita kerana keadaan itu tidak akan boleh berubah. Percayalah ALLAH sudah berjanji di dalam Al Quran setiap zaman kesenangan pasti diikuti zaman kesusahan untuk menguji manusia adakah mereka benar-benar bersedia semasa zaman senang dan adakah mereka benar-benar bersabar apabila ditimpa kesusahan.
[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49 [/box]
Mengembara merata ceruk rantau alam telah membuka mata aku melihat susah senang manusia. Paling tragis apabila melihat anak-anak Palestine dirembat dengan rotan apabila meminta sedikit ihsan dari rombongan kami di lorong miskin di Hebron. Ketika ini aku merasa bertapa nikmatnya kebebasan di negara sendiri tetapi kebebasan bukan milih kekal kerana di luar sana menunggu sahaja kehancuran sebuah lagi negara Islam.
2014 pasti tahun yang panjang dan susah untuk kita lalui. Paksi kehidupan aku pada tahun 2014 akan difokuskan kepada tiga perkara iaitu mendidik anak menjadi anak yang soleh, mencari ilmu yang bermanafaat supaya dapat memberi manafaat kepada insan lain dan membantu kepada yang perlu semampu yang boleh. Semuga dengan fokus tiga perkara ini aku dan keluarga dapat melalui tahun 2014 dengan lebih tenang dan bersabar dengan apa sahaja ujian yang bakal mendatang. Kami pernah susah jadi tak susah kalau terpaksa melalui kesusahan lagi yang penting kena pandai mengurus ekonomi dan kehidupan mengikut kemampuan semasa bukan mengikut emosi melebihi kemampuan.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. – HR Ibn Majah [/box]
2014 juga tahun yang mencabar untuk blog Denaihati setelah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2012 dan 2013. Fokus 2014 untuk blog Denaihati adalah untuk menjadi blog khazanah ilmu yang akan berkongsi berbagai kisah kehidupan yang bermanafaat kepada pembaca. Tidak lagi mengejar anugerah, pagerank, ranking dan trafik tetapi aku yakin dengan penulisan yang bermanafaat semua itu akan datang sendiri tanpa diundang. Apabila semua itu datang tanpa diundang pasti rezeki juga akan berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
2014 teringin sangat kalau dapat berkobelerasi dengan top blog Malaysia antaranya Amanz.my, Beautifulnara.com, Redmummy.com dan Benashaari.com menganjurkan majlis sepetang bersama blogger 2014 .. semuga impian jadi kenyataan.
Selamat tahun baru 2014 untuk semua … semuga kehidupan kalian lebih sukses pada tahun 2014. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan kita dan tidak memalingkan hati kita setelah mendapat hidayah.
109 Comments
semoga blog tuan denaihati.com kekal menjadi blogger terkenal di malaysia dan semoga tuan denaihati.com bahagia bersama keluarga.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Blog denaihati kekal cemerlang untuk tahun 2014. InsyaAllah…semoga kejayaan dan momentum ini akan terus dikecapi untuk hari2 yang mendatang…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Semoga kehidupan kita tahun ini lebih sukses lagi hendaknya. Semoga kehidupan kita dipermudahkan oleh Allah. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
in shaa Allah, semoga dipermudahkan segalanya oleh Yang Maha Esa. Amin.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
amkn semoga niat yang baik dipermudahkan oleh allah. semoga berjaya semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Masih jauh lagi perjalanan untuk merentasi kehidupan pada masa yang akan datang. Yang penting kita merancang supaya senang dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi perjalanan kehidupan kita.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
betullah kata orang tua..jauh berjalan luas pemandangan…aku yang tak berkesempatan merantau ke negara orang..melalui kisah-kisah di blog denai hati aku baca pengalaman orang..itu juga telah membuka padangan aku
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
moga perjalann untuk tahun ini di permudahkan .. moga lebih banyak kebaikan yang di berikan dan di perolehi
masih ada dua bulan lagi utk 2014 ni semoga dipermudahkan segalanya amin
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kehidupan tidak akan terhenti selagi hayat dikandung badan. Apa yang kita perlukan adalah pengisian dalam kehidupan. Jika baik yang kita isi, betullah arah yang akan kita tuju. Jika tidak , akan berlakulah sebaliknya. Kita diciptakan sebaik baik ciptaan, kita yang mencorakkan hidup kita dengan berpandukan al-quran dan sunnah.
Curahan rasa kizmyself @ ..My Lense Story : Dimana Bumi Di Pijak
Tahun 2014 ini juga merupakan tahun permulaan untuk sesuatu yang baru dalam hidup selepas memasuki usia 30 series ni. Wan pun berharap banyak lagi impian akan tercapai. Setakat ini, Alhamdulillah.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
aku pula semakin menghampiri 30 series…semakin hari semakin mencabar..perjalan hidup yang terpaksa dilalui..tapi aku anggp semua ini sebagai cabaran hidup yang kita kena tempuhi…kembara hidup kita semakin jauh semakin menghampiri penghujungnya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sofi Jikan Berlakon Drama Hollywood Gaji 1 juta?
impian tuan sudah banyak tercapai dalam tahun ini..tahniah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Semoga sukses selalu denaihati. Dan teruskan memberi, memberi dan memberi. InsyaAllah pahala di sana nanti.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
orang yang memberi pahalanya akan berlipat ganda..rezeki juga murah
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tokoh Ilmuan Islam Terhebat Dunia
..dah hampir setengah perjalanan kita dlm tahun 2014 ni..mungkin ramai yg dah terlupa matlamat di awal tahun hari tu kan..hehhe.semoga sama2 kita istiqamah dlm perjalanan hidup ni..“Fail to Plan, Plan to Fail” ..i love this quote!
Curahan rasa JMR @ ..Family gathering di Belanga Empire Subang
mkasih informasi nya gan , sangat bermanfaat untuk saya
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
happy britahday l
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Terimaksih telah berbagi infonya, info yang sangat bagus . sukses selalu untuk info and websitenya and be the best to the next info..
Curahan rasa Obat Jantung Tradisional @ ..Obat Jantung Koroner
Comments are closed.