Untuk peminat Formula 1 pasti bersetuju kalau aku katakan 2 perlumbanan awal di Bahrain dan Australia memberi isyarat bahawa perlumbaan tahun ini akan berjalan dengan penuh debaran. Perlumbaan di Bahrain dikuasai oleh Fernando Alonso (Ferrari), Felipe Massa (Ferrari) dan Lewis Hamilton (McLaren-Mercedes) manakala perlumbaan di Australia dikuasai oleh Jason Button (McLaren-Mercedes), Robert Kubica (Renault) dan Felipe Massa (Ferrari). Setelah 2 perlumbaan Ferrari mendahului pasukan yang lain.
2 – 4 April 2010, seluruh pasukan F1 akan bertandang ke Sepang Circuit, Malaysia. Pada tahun 2010 terdapat 3 pasukan akan membawa jenama Malaysia iaitu AT&T Williams F1, Mercedes Grand Prix dan Lotus-Cosworth dan ini pasti akan menjadikan perlumbaan di Malaysia lebih menarik.
Bagi aku siapa menang tak penting tetapi yang penting aku suka menyaksikan perlumbaan yang penuh dengan aksi dramatik dan kejar mengejar sehingga saat akhir seperti yang berlaku di Australia. Banyak sebenar pengajaran yang kita boleh pelajari daripada keseluruhan perlumbaan Formula 1 antaranya skill, strategi, daya tahan, penguasaan teknologi, disiplin, kesungguhan, motivasi dan banyak lagi. Semua ini perlu ada dalam diri kita jika ingin berjaya dalam kerjaya dan bisnis.
Jika Perlumbaan Formula 1 Malaysia 2009 dimenangi oleh Jason Button, siapa agaknya akan menang untuk perlumbaan Formula 1 Malaysia 2010? Jom kita main teka-teki. Kepada yang meneka tepat 3 pemenang F1 Malaysia akan mendapat hadiah istimewa bernilai RM100 setiap yang layak.
[ad#HTML]
Keputusan Practice 1
1. Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
2. Nico Rosberg Mercedes GP
3. Jenson Button McLaren-Mercedes
Keputusan Practice 2
1. Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
2. Sebastian Vettel RBR-Renault
3. Nico Rosberg Mercedes GP
Keputusan Practice 3
1. Mark Webber RBR-Renault
2. Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
3. Sebastian Vettel RBR-Renault
Qualifying
1. Mark Webber RBR-Renault
2. Nico Rosberg Mercedes GP
3. Sebastian Vettel RBR-Renault
54 Comments
mercedes petronas maybe menang
bro nk tnye ni..closing date bile??
baek buat sblum ujian mase. klu lps ujian mase, senang org nk teka..
so cmne??
.-= meng´s last blog ..Beautiful Blogger Award!!!Sape yang start dulu ni??? =-.
@meng, closing date 30 minit sebelum race mula.
@denaihati, klu cm2, tggu ujian masa dlu la bru teka..
@meng, aduh mieran x sempat plak join contest ni..ruginya..hua3..
F1 kat australia memang byk drama..tak boring sangat macam yg first race tu.. harap kat malaysia ni lagi byk drama..maybe ada hujan ke. wahh mesti menarik 😛
mengikut jangkaan saya..ni pemenang f1 di malaysia nanti.. support vettel!
sebastian vettel
jensen button
fernando alonso
.-= F I T´s last blog ..Hunny Madu Is Getting Married! =-.
@F I T, selalu sebahagian circuit basah sebahagian kering tu yang paling mencabar. Biasanya di Malaysia team yg pandai main tayar akan menang.
@denaihati, woo litar camtu lagi mencabar..tak sabar nak tgk aksi seterusnya.. tp terkilan a vettel asyik malang je..adoii
.-= F I T´s last blog ..Ada dengar Amber Chia dah kahwin? Ada? Ada aku kesah! =-.
@F I T, ni mesti peminat berat Vettel. Perlumbaan banyak lagi macam2 benda boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
@F I T, pas ni perlumbaan kt china plak kn?ke kt mana ek?..huhuhu,,hope ferrari bangkit kembali
saya teka Michael Schumacher 🙂
.-= zuhaini´s last blog ..Burberry bukan Strawberry =-.
Hmmm nak pergi ke tak, nak pergi ke tak..kalautahun lepas,rugi sapa pergi. Dapat tgk speedboat kat sepang.. 😀
.-= samdaddycool´s last blog ..Kaki katak – mee goreng – kopitiam …. oh Malaysiaku =-.
aah dah la takle isi minyak, diffuser pelik2 pun tak kasi. tak unique la kete masing2. tapi aku ske gak!
btw, http://is.gd/b4Atz Petronas Formula One Street Demo 31st march ni ngan pakcik schumi 😛
@nesca, diffuser blh menjadikan kete smkin laju ke?huhu..kete skrg da dihadkan kelajuan nya kn..
aku nampak saingan f1 terbuka luas tahun ni. silap2 1 malaysia pun leh naik podium sekali
@matjoe, tak mustahil lansung team Malaysia boleh naik podium.
@matjoe, tnggu masa je pemandu kita akan sama2 bersaing ngan pemandu bertaraf dunia..x mustahil suatu hari nanti kita ada pmndu yg blh menjadi juara dunia 🙂
bila tgk live, masa hamilton tu nk potong alonso, terbabas..adeh, rugi btl..dh last lap dh..biar lmbat, asalkan slmt..hehe
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.
fairuz fauzy menang ! haha..
http://belogbagus.blogspot.com/
.-= shafiq08´s last blog ..George Bush Kantoi Lap Tangan Di Baju Bill Clinton =-.
x tahu bilalah dapat tengok perlumbaan F1 live ni..
.-= kulanz´s last blog ..Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak =-.
@kulanz, bagus juga pergi sekurang2nya sekali untuk merasai suasana karnival.
@kulanz, tahun depan la plak..save duit awl2 plan nk tgok live F1..sure dpt tgok grandstand pnya la..uhhuuh
rasa2 mungkin alonso atau massa menang kat sepang
@khairil, die hard fans of ferarri..x kira la sape driver..huhuhu..dr zaman schumacher minat ferarri..
tapi den tak sabar nak tunggu final semua
nak tgok virgin or lotus yg menang
.-= hans´s last blog ..Hari Nih Gua Menuntu Ilmu Pasal Nuffnang…Baru Gua Tahu…. =-.
@hans, siapa lah agaknya yg kena pakai baru pramugari tu..nampaknya macam virgin jeeee
hahahaha
hopefully virgin kalah
sebab tak selera nak tgok Tony Fernandez jadi pramugari
hahaha
@denaihati, setakat ni, lotus mendahului..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Seksa Jadi Guru =-.
@hans, da tentunya lotus akan menang..virgin bknnya power sgt..hahaha..hope kete kita menang..jgn menaggung kekalahan dah la..uhuhuh
kali nih bosan sebab xleh isi minyak
so susah nak tgok aksi potong memotong nih
@hans, terima kasih jadi penGOMEL pertama. Setiap tahun ada je perubahan tapi pasti ada tujuannya.
yups….cuma tu lah kan..rasa kureng mengancam sikit
.-= hans´s last blog ..Hari Nih Gua Menuntu Ilmu Pasal Nuffnang…Baru Gua Tahu…. =-.
@hans, btl2..setuju ngan hans..syarat skrg mcm x best je..kete pn nmpak mkin kurang laju..
Comments are closed.