Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semangat merdeka membara dalam jiwa dan rasa bersyukur kerana Malaysia aman damai setelah merdeka 56 tahun. Mari kita azam dalam diri untuk Say Something Nice dan membuang kebiasan memaki hamun hanya keranaa berbeza pandangan politik. Dunia semakin kucar kacir, jangan jadikan Malaysia antara negara yang tidak aman dan itu semua tanggungjawab kita bersama.
Pada 31 Ogos 2013 baru-baru ni banyak event dan aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Salah satu daripadanya adalah Merdeka Merdeka @ MaTiC anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang. Menarik kerana ada pelbagai aktiviti terbuka kepada semua orang seperti Merdeka Hunt (dewasa) dan Pertandingan Mewarna (kanak-kanak). Aktivi-aktiviti ini menyemarakan lagi semangat Merdeka di jiwa setiap pengunjung.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/senarai-peserta-merdeka-hunt-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/merdeka-hunt-merdeka-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Aktiviti Hari Kebangsaan ke 56 di MaTiC bukan sahaja siang tapi malam pun ada. Pada waktu malam aku dan beberapa orang rakan blogger antaranya Yana Yassin dan Kelly Chin join event “1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC“. Cukup meriah sambutan sempena Merdeka yang ke-56 pada malam tu dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian patriotik. Kami menyambut Hari Kebangsaan di MaTiC bagaimana pula dengan anda?
Kami lepak di gerai makan yang menjual pelbagai jenis pilihan makanan seperti satay, char koey teow, keropok lekor, rojak, masakan panas, laksa, mee bandung, yong tau foo, ice kacang dan macam-macam lagi. Kedudukan gerai makan yang terletak betul-betul di depan pentas memudahkan orang ramai untuk datang menonton persembahan kebudayaan Malaysia sambil menjamu selera.
Ada juga gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan, t-shirt, cenderamata dan lain-lain. Setiap barangan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Kepada rakan-rakan luar Kuala Lumpur di sinilah tempat paling sesuai kalau nak mencari cenderahati untuk dibawa pulang begitu juga untuk kawan-kawan pelancong dari luar negara.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-jualan-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tshirt-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-cenderamata-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/cenderamata-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Di event 1Malaysia KL Family Fair malam tu hujan turun renyai-renyai. Persembahan kebudayaan pun bermula agak lewat mungkin sebab tunggu hujan berhenti supaya pengunjung boleh duduk di kerusi yang disediakan di depan pentas. Bila hujan dah berhenti bilangan pengunjung semakin bertambah ramai dan suasana menjadi sangat meriah. Silap tak ajak Abang Ensem kalau tidak bolehlah minta dia menyanyi karaoke lagu kegemaran dia Ramalanku Benar Belaka.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic3.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Menonton persembahan pentas sambil menjamu selera bersama rakan memang seronok. Makanan yang dijual pun boleh dikatakan sedap terutama sekali Satay. Boleh datang dan rasa sendiri makanan-makanan yang ada di sini. Mesti puas hati. Aku tunggu juga Melastik Bintang katanya ofis dia dekat je dengan MaTiC tapi sampai kesudah tak nampak bayang pun.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/kedai-makan-1malaysia-kl-family-fair-matic1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/satey-danau-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/sate-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/makanan-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Event 1Malaysia KL Family Fair ni sudah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. Aktiviti-aktiviti menarik juga diadakan seperti persembahan tarian tradisional, latihan percuma tarian “Cuti-Cuti Malaysia”, dan juga karaoke untuk semua yang hadir.
Sekiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan ingin mencari tempat menarik untuk singgah dan berehat atau berjumpa kawan-kawan, bolehlah datang ke 1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC.
Untuk dapatkan maklumat dan aktiviti anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), layari:
- Laman Web MaTiC: http://www.matic.gov.my
- Facebook Page MaTiC: https://www.facebook.com/PPMMaTiC
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
No. 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
37 Comments
memang seronok kalau pergi ke tempat begini..
Curahan rasa kakiblog @ ..Review Blog : encikarman.com
Satu usaha yang baik laaa….. cuma lebih suka tengok reaksi pelancong mengenai makanan dan minuman negara kita
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Celebrate Raya with Nuffnang and Papa John’s Pizza
Ramakan ku benar belaka… hoho.. bila belh dengar abg ensem nyanyi nih
Curahan rasa encikarman @ ..Nama domain serendah rm7.16! Ho ho ho
lama xjenguk sini..blog makin cun n kemas…
meriah tgk event edisi merdeka ni…
gmbr plg tertarik tgk sate..lapar plk..hehe
Curahan rasa cik tom @ ..Dari Kuala Pilah, N9 ke Jengka, Pahang
keren sekali acaranya, moga sukses denai
Curahan rasa ade sunandar @ ..Problem Tubuh Gemuk
Bila kita nak buat booth sendiri..
Terbaik la semua gambar ni,bila tengok satay tu berselera plak nak makan…
Curahan rasa wazy @ ..Kisah 2 Tin 100 Plus
Saya sodara dari Indonesia ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan, semoga semakin jaya dan tetap bersodara
Sangat menarik untuk dikunjungi. Apa lagi, cuti-cuti dalam Malaysia lah..hehe
Curahan rasa Blog AsiaCube @ ..By: AsiaCube Founder
menu satay tetap jadi pilhan….
geram la tenet ni…lembab…asal klik entry lain je mesti web denaihati jadi haru biru…huhuhuh
Curahan rasa syamila @ ..Jana Pendapatan Dengan Agent Dropship Mamapayish
Memang nampak menarik..
Curahan rasa zool @ ..Baby terhimpit naik motosikal
nak gak join kalau ada kat klate,, huhuu
Curahan rasa muja @ ..Test Market Atas Manusia
suka tengok koleksi gambar-gambar yang diambil sebab clear habis! hehehehe!!
Curahan rasa Lizz @ ..Review Ikhlas Untuk Yes 4G
terbaik punya event tapi xde kesempatan untuk pergi huhu
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Ahad Untuk Berehat
satu anjuran yang cukup baik untuk keluarga terutamanya sempena Merdeka.
Curahan rasa Bahrain @ ..Buka Perniagaan Online Sendiri
Comments are closed.