1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC – Edisi Merdeka 56

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Semangat merdeka membara dalam jiwa dan rasa bersyukur kerana Malaysia aman damai setelah merdeka 56 tahun. Mari kita azam dalam diri untuk Say Something Nice dan membuang kebiasan memaki hamun hanya keranaa berbeza pandangan politik. Dunia semakin kucar kacir,  jangan jadikan Malaysia antara negara yang tidak aman dan itu semua tanggungjawab kita bersama.

Pada 31 Ogos 2013 baru-baru ni banyak event dan aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Salah satu daripadanya adalah Merdeka Merdeka @ MaTiC anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Jalan Ampang. Menarik kerana ada pelbagai aktiviti terbuka kepada semua orang seperti Merdeka Hunt (dewasa) dan Pertandingan Mewarna (kanak-kanak). Aktivi-aktiviti ini menyemarakan lagi semangat Merdeka di jiwa setiap pengunjung.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/senarai-peserta-merdeka-hunt-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/merdeka-hunt-merdeka-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Aktiviti Hari Kebangsaan ke 56 di MaTiC bukan sahaja siang tapi malam pun ada. Pada waktu malam aku dan beberapa orang rakan blogger antaranya Yana Yassin dan Kelly Chin join event “1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC“. Cukup meriah sambutan sempena Merdeka yang ke-56 pada malam tu dengan persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian patriotik. Kami menyambut Hari Kebangsaan di MaTiC bagaimana pula dengan anda?

1malaysia kl family fair matic

Kami lepak di gerai makan yang menjual pelbagai jenis pilihan makanan seperti satay, char koey teow, keropok lekor, rojak, masakan panas, laksa, mee bandung, yong tau foo, ice kacang dan macam-macam lagi. Kedudukan gerai makan yang terletak betul-betul di depan pentas memudahkan orang ramai untuk datang menonton persembahan kebudayaan Malaysia sambil menjamu selera.

Ada juga gerai-gerai yang menjual barangan kraftangan, t-shirt, cenderamata dan lain-lain. Setiap barangan dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Kepada rakan-rakan luar Kuala Lumpur di sinilah tempat paling sesuai kalau nak mencari cenderahati untuk dibawa pulang begitu juga untuk kawan-kawan pelancong dari luar negara.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-jualan-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tshirt-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/gerai-cenderamata-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/cenderamata-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Di event 1Malaysia KL Family Fair malam tu hujan turun renyai-renyai. Persembahan kebudayaan pun bermula agak lewat mungkin sebab tunggu hujan berhenti supaya pengunjung boleh duduk di kerusi yang disediakan di depan pentas. Bila hujan dah berhenti bilangan pengunjung semakin bertambah ramai dan suasana menjadi sangat meriah. Silap tak ajak Abang Ensem kalau tidak bolehlah minta dia menyanyi karaoke lagu kegemaran dia Ramalanku Benar Belaka.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/tarian-kebudayaan-1malaysia-kl-family-fair-matic3.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Menonton persembahan pentas sambil menjamu selera bersama rakan memang seronok. Makanan yang dijual pun boleh dikatakan sedap terutama sekali Satay. Boleh datang dan rasa sendiri makanan-makanan yang ada di sini. Mesti puas hati. Aku tunggu juga Melastik Bintang katanya ofis dia dekat je dengan MaTiC tapi sampai kesudah tak nampak bayang pun.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/kedai-makan-1malaysia-kl-family-fair-matic1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/satey-danau-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/sate-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/09/makanan-1malaysia-kl-family-fair-matic.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Event 1Malaysia KL Family Fair ni sudah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. Aktiviti-aktiviti menarik juga diadakan seperti persembahan tarian tradisional, latihan percuma tarian “Cuti-Cuti Malaysia”, dan juga karaoke untuk semua yang hadir.

Sekiranya anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan ingin mencari tempat menarik untuk singgah dan berehat atau berjumpa kawan-kawan, bolehlah datang ke 1Malaysia KL Family Fair @ MaTiC.

lokasi event 1malaysia kl family fair matic

Untuk dapatkan maklumat dan aktiviti anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), layari:

Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
No. 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.


Spread the love

37 Comments

  1. Sempena malam merdeka minggu lepas saya duduk dekat rumah sahaja. . Di tempat saya bekerja mereka menyambutnya di masjid mendengar ceramah agama dan solat hajat. . Di kawasan tempat tinggal saya juga mereka mengadakan ceramah agama tentang isu di Mesir. . Saya rasa terkilan sebab tak dapat menghadiri ceramah agama tersebut disebabkan balik ke rumah mertua. . Huhuhu..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!