Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
nice info bro 🙂
info yang menarik..kena cuba ni…tinggalkan komen kat DH dapat jgk tarik visitor datang kat blog..:)
Curahan rasa derus @ ..Wordless Wednesday #5
nice one..TQ
Curahan rasa nescafeais.com @ ..Video Gadis Bergaduh Berebut Jantan
Tapi berhati2 dengan ping software yang akan ping blog kita secara BULK / sekali gus banyak (kurang jaminan untuk seo). nanti link pon bulk jadi x natural bagi google.
Suggestion : Sub sub ping.
Link Entri –> Link di Ping.busuk –> Ping @ Pingoat –> ETC
Curahan rasa shah blogger @ ..Template Mesra Seo — Blogger Blogspot
ping tu kena buat skali je ke? and kena ping setiap post atau homepage je?
tips yang boleh kita amalkan untuk berblogging… kudos!
Curahan rasa KiD @ ..Denaihati Rewards Loyalty Program
nice info!
terima kasih infonya,sangat bermanfaat buat kita semua..
Curahan rasa model busana muslim @ ..Ketika Nabi Menangis
hope lepas ni ada lagi tips2 yang di share untuk semua blogger..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway RM20 Duit Atas Meja
banyak bro DH bagi tips kali ni..boleh mencubanya..mantap blog Denaihati ni..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..7 Gadjet yang Bakal Lupus Pada Tahun 2020
insyaallah nak mencuba ni…
Curahan rasa eryati @ ..Tukar pakej AKAN DIKENAKAN CAJ RM500
buat entri berdasarkan cloud tag di nuffnang 🙂
Curahan rasa Safwan Seth @ ..Pelancaran Android Ice Cream Sandwich
tips no 2 tu dulu pernah ada blogger2 yang popular mempertikaikan kalau newbie buat facebook fanpage.
kdg2 blog ni popular sbb individu tu dah popular awal2 lg di FB. kebiasaanya awek2 camwhore. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Silhouette Floating Lamp: Lampu Terapung Rekaan Jansens
sokong sama bro..ramai jugak blog yang popular sbb pic owner dia cntik..hehehe
Curahan rasa blackrosehunter @ ..7 Gadjet yang Bakal Lupus Pada Tahun 2020
Kalau artis lagi gempaq traffic blog tu
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
true that..jual muka boleh dapat trafik oh..berkesan pulak tuh…hahaha
Nice 1 bro 😉
Curahan rasa shah blogger @ ..Ciktom — Review Seo Blog
useful tips as always … 😉 thanx bro
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Segmen : Kenapa nickname saya begini ?
terima kasih untuk tips nie
menarik bg aku entri ni…akan dicuba
Curahan rasa Anjung Maya @ ..Lapangan Terbang Angkasa Pertama Dunia Dibuka
Comments are closed.