Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
- Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
- Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
- Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
- Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
- Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
- Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
- Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
- Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
- Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
- Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
- Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
- Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
- Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
- Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati. Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.
276 Comments
saya pun ada lagi tiga tips tak buat.. tengah fikir.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Denaihati Rewards Loyalty Program
terima kasih utk info yg sgt berguna terutama utk blogger baru seperti saya.
Curahan rasa rosezha @ ..Have u heard of 7 cheeses in 1 pizza? WHOA!! That’ll be a whole lot going on in ur mouth!
yupp.. ada juga limpahan trafik dari blog ini..
Curahan rasa KiD @ ..Denaihati Rewards Loyalty Program
Betul,…. saya sudah merasakan limpahan traffik dari DH sejak awal berkunjung jesini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Video Klip Terbaru SNSD ‘The Boys’ | Girls’ Generation 소녀시대 The Boys
sama la kita. hehe
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Labyrinth Aquarium: Akuarium Mewah Berharga RM20,200!
Walaupun tak banyak traffic yang saya dapat, tapi masih bersyukur sebab ada traffic dari blog hebat
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
13, 14 dan 15 masih belum kuasai lagi.. yang lain tu saya dah ikut.. tq bro!
Curahan rasa KiD @ ..Denaihati Rewards Loyalty Program
Cun
TQVM Denaihati!!! 🙂 sharing is caring indeed 🙂
Curahan rasa Lorna @ ..Outing with mybestpren ;p
Terima kasih atas tips yang DH kongsikan disini.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Apabila bayi menangis di tepi katil asrama
3K eyh banyak seyh…sedekah skit sini haha
Curahan rasa bean moreno @ ..Pengalaman 4 Bulan Bersama DataKL Sebagai Hosting Provider
Rajin-rajin lah datang sini pasti akan ada trafik blog yg melimpah ke blog yang lain tu
Kalau yang ni memang Kak Long setuju. Ada aje trafik blog DH yang melimpah kalau balik dari BW di blog Denaihati
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
oh…mcm tu ker…baru tahu
Curahan rasa hafizal @ ..JOM SEGMEN BenAshaari…Saya , blog dan pembaca
nice entry…
bg yg newbie dan yg tak tahu info ni sgt lah bermanfaat terutama bg meningkaykan trafik ke blog
mantap bang..
Curahan rasa Fakarepain @ ..IKAN INI MATI KERANA TERLALU TAMAK
nice info
Curahan rasa Ibu Mifzal Arsyad @ ..Makanlah Keledek Untuk Sihat!
Thanks for the tip. Really appreciate it 🙂
Curahan rasa arena84 @ ..Awas! Perempuan Yang Berpakaian Tetapi Bogel
mekasih byk DH,
baik dan tak kedekut ilmu awak ni 🙂
Curahan rasa noriz @ ..Wordless Wednesday (7) – Fabroid!
info yg menarik..:)
bw jugak penting kan…
Curahan rasa ayung @ ..Petua Kaki melecet sebab kasut makan kaki
Comments are closed.