Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perang Gaza – Israel sudah memasuki hari ke 26 yang telah menelan korban lebih 1700 orang melampaui perang terdahulu yang mengorbankan 1200 orang dalam tempoh 43 hari. Paling ramai yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam yang dituduh menjadi perisai kepada Briged Al Qassam. Dalam keadaan terdesak Israel cuma mengheret Malaysia dengan menuduh komando Hamas di latih di Malaysia tetapi telah dinafikan oleh Hamas.
Pihak musuh juga tidak terlepas apabila beratus askar sudah terbunuh sehingga menjadi ketakutan kepada mereka. Pihak Israel meminta perang dihentikan tetapi ditolak oleh Hamas melainkan mereka menerima 10 syarat yang telah diberi. Israel sudah pasti akan menggunakan kuasa PBB apabila Hamas tidak tunduk dengan permintaan genjatan senjata secara paksa apabila mereka sudah berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang terjadi pada pepearangan sebelum ini apabila Israel mengentikan serangan secara tiba-tiba apabila banyak kerosakan berlaku di pihak mereka.
Gambar tentera Israel yang telah di tawan oleh Hamas
10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata :
- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.
Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)
[box]Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) – Al Anfal ayat 45[/box]
Jangan pernah putus asa dengan apa yang berlaku di Gaza teruskan berdoa kerana doa adalah sejata yang paling hebat mengalahkan segala sejata moden Israel. Apabila pertolongan ALLAH turun tiada apa yang dapat menghalang biar pun sekali jet perjuang tercanggih di dunia. Pertolongan ALLAH hanya akan turun apabila kita semua dekat kepada NYA dengan amal berterusan dan yakin bahawa semua kejadian asbab kebaikan yang akan diganti oleh ALLAH kepada yang ikhlas dan redha.
[box]Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu – Surah At Talaq ayat 2 – 3[/box]
404 Comments
Setitis darah yang mengalir di bumi Gaza adalah semangat kebangkitan penduduk Gaza menjadi lebih berani.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Saya doakan agar Al-Qassam, tentera Palestin dan penduduk Gaza tidak patah semangat. Bangkitlah wahai umat Islam Palestin, pertahankan tanahair kamu. Semoga Allah melindungi kamu semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Apa saja tindakan yang mereka lakukan terhadap Palestin kita harus tentang habis-habisan. Mana boleh serang negara lain sewenang-wenangnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Pasti mereka (Zionis) akan menyerang lagi di bumi Palestin. Mereka ni tidak perduli kepada masyarakat antarabangsa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Berani Zionis tuduh Malaysia yang melatih pihak askar Bridget Al-Qassam. Itu pembohong semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Bila bertempur dengan pihak Zionis ni, genjatan senjata memang susah nak di meteraikan..Almaklumla rejim zionis ni kan lidah bercabang..Semoga Allah berikan kemenangan kepada pihak Hamas dan Al-Qasam
Curahan rasa nord @ ..Bawang Putih Turunkan Kadar Kolesterol
Tiada yang lebih berjaya melainkan Gaza bangkit mempertahankan tanahair mereka. bangkitlah wahai Palestin, gayang Zionis.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Susah nak percaya dengan puak-puak yahudi ni. Semoga saudara kita di palestin mendapat kemenangan suatu hari nanti.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Mereka lidah bercabang, tidak boleh ambil atau buat perjanjian, pasti mereka langgar punya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
assalamualaikum semua.. semoga Allah mempermudahkan urusan harian saudara-saudara kita yang mempertahankan kedaulatan bumi mereka dan kedaulatan Islam di bumi Palestin.. aminn
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Wslm, semoga Alllah permudahkan semuanya. Tiada apa yang mampu kita lakukan selain dari doa untuk saudara kita di palestin.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Begitulah harapan semua, semoga kita dilindungi oleh Allah Taala daripada bencana yang dasyat. Lita juga berdoa untuk Gaza dan bumi Palestin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Harap-harap keamanan akan muncul dan berkekalan…tiada lagi peperangan…yang ada hanyalah kedamaian…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
insya Allah, suatu hari nanti impian setiap orang yang menginginkan keamanan akan tiba jua.. semoga ia dipercepatkan.. amin
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
semoga Allah hentikan peperangan di sana dan beri keamanan kepada sahabat se islam kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Itulah yang kita harapkan….semoga negara Palestin sentiasa aman dan tiada lagi perperangan yang boleh menghancurkannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
walau sebanyak mana syarat nyang ditetapkan mrk pasti akan serang balik.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yahudi memang terkenal dengan sifat munafik mereka, tapi insya Allah tiada kegentaran bagi mereka yang berperang di jalan Allah.. Ganjaran syahid juga menanti
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
betul tu. peperangan ni semua sementara. syahid menanti mereka.syurga yang kekal milik mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Filem FROZEN
Betul tu, golongan yahudi ni bukan boleh percaya. Dari dulu sampailah sekarang. Kalau nabi pun keturunan ini mereka bunuh. Ini kan pula rakyat biasa.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Gerhana Bulan Penuh Di Sarawak
Janganlah ada lagi perperangan di Palestin, jika ada, kita tidak boleh membiarkan Palestin keseorangan. Kita (Malaysia) perlu mengutuk sekeras-kerasnya dan cuba buat gesaan terhadap PBB untuk menghentikan keganasan yang melampau di pihak Israel.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
gaza akan terus ditindas yahudi dan satu hari nanti allah akan balas kekejaman mereka.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yahudi memang tersangat kejam..tugas kita di Malaysia ni dapat memboikot barang-barang keluaran yahudi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
insya Allah, hari kemenangan umat Islam akan tiba.. kita di bumi Malaysia ni kena usahakan sesuatu juga untuk tidak berpecah belah
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Kadang2 rasanya seperti tiada kesudahan tapi sentiasa berharapkan kemenangan buat Gaza… Semoga genjatan senjata ini berpanjangan dan rakyat palestin kekal aman… Inshaa Allah..
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..10 Random Facts About Me: When I am Travelling
insya Allah, yakin dengan janji Allah, kemenangan buat umat Islam di Palestin akan datang jua
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Setiap Kali Dengar Lagu Ni, Teringat Pada Anak Kucing Zam
Menjadi sesuatu yang janggal, bila mana Israel menuduh negara kita melatih tentera Palestin.Ini merupakan tuduhan yang tidak berasas. Nasib baik kita dah menafikan perkara tersebut,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
nasib baik malaysia sempat menafikan. ramai yg dah mula taku jika mereka sasar malaysia plk
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yang ini memang menimbulkan marah kita.. nak cari gaduh ke? boleh je.. ramai rakyat kita yang berani mempertahankan tanah air.. insya Allah
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Bila gencatan senjata telah termenterai, maka negara Palestin bolehlah menbina semula segala infanstruktur bangunan yang rosak teruk dibedil dan dibom oleh peluru berpandu Israel.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
harap pembangunan dapat dijalankan semula, dan ekonomi mereka dapat dipulihkan.. kesian tengok banyak infrastruktur penting mereka dimusnahkan
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah tiada lagi perperangan berlaku antara dua negara. Di harap ia berkekalan dalam perjanjian gencatan senjata.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
semoga rakyat palestin mengecapi tempoh keamanan ini dengan lebih lama.. doakan yang terbaik buat saudara kita di sana
Curahan rasa Zamani 84 @ ..Kek Lapis Durian Dan Kek Lapis Batik Di Asma Cake House
Comments are closed.