Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah lebih daripada 200 entri telah dinukilkan sepanjang tahun 2014 meliputi berbagai katogeri perkongsian ilmu dan informasi. Berikut 10 entri paling popular yang mendapat perhatian pembaca setia juga pembaca organik berdasarkan jumlah trafik terbanyak.
1. Diego Garcia rahsia dunia
Ramai yang tidak mengetahui rahsia Diego Garcia yang tersembunyi di tengah Lautan Hindi. Semuanya terbongkar setelah berlaku peristiwa sedih lagi misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini masih belum terjawab.
2. Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab
Kisah yang mengemparkan negara dan menjadi viral terlalu cepat apabila seorang gadis mengamok apabila kereta kesanyangannya telah dilanggar. Entri Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab juga telah memecah rekod blog Denaihati apabila trafik naik mencecah lebih 180k dalam sehari.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
3. Seks Suami Isteri malam Aidilfitri
Entri tahun 2012 yang terus mendapat perhatian pembaca setiap kali tiba Aidilfitri terutama kepada pasangan suami isteri jarak jauh. Mereka ini kepastian hukum hakam hubungan suami isteri di malam Aidilfitri kerana ada berbagai pendapat dikalangan masyarakat.
4. Air Spritzer diragui kesuciannya
Polimik Air Spritzer memang sentiasa berlegar di Facebook dan Whatsapp sehingga usaha telah dibuat untuk menyedarkan masyarakat. Kisah air mineral mayat menjadi ketakutan kepada rakyat Malaysia sehingga Air Spritzer diragui kesuciannya. Segalanya sudah terjawab terpulang kepada pengguna untuk meyakinkan diri sendiri.
5. Status Halal Coklat Pepero
Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM. Entri ini antara entri yang paling banyak mendapat trafik organik daripada Google dan Yahoo.
6. SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Pengalaman aku yang bermasalah dengan smarttag baru telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan yang senasib tetapi sehingga hari ini masih belum dapat maklumbalas dari Tounch & Go malah setiap hari ada sahaja pengguna ynag tersekat di palang laluan smarttag.
7. MH17 Anak Saudara antara yang terkorban
Antara kisah sedih yang melanda keluarga kami apabila anak saudara sendiri antara yang terkorban dalam tragedi MH17. Team Denaihati telah membuat liputan dimajlis pengkebumian arwah Hasni Hardi di Batu Anam Segamat. Semuga rohnya berada di sini mereka yang terpilih masuk Syurga tanpa hisab.
8. Cara membuat isteri bahagia
Kebahagian berumahtangga adalah idaman semua pasangan tetaoi bukan semua mengecapi. Kekurangan ilmu adalah masalah untuk mengapa pasangan tidak dapat membahagiakan pasangan memasing keran itu entri cara membuat isteri bahagia mendapat sambutan dikalangan para isteri.
9. Hijrah Artis Malaysia
Alhamdulillah semakin ramai artis yang berhijrah daripada tidak bertudung sekarang sudah bertudung. Industri hiburan juga menerima baik penghijrahan artis apabila artis yang berhijrah masih diterima sebagai pelakon dan penyanyi. Semuga penghijrahan mereka berterusan dan menjadi motivasi kepada peminat.
10. Percutian Beijing penuh dengan penipuan
Daripada 10 rakan-rakan yang pernah bercuti di Beijing secara pakej hampir semua merasai pengalaman ditipu oleh agen travel di Beijing. Ada yang tertipu sehingga puluhan ribu ringgit kerana dikelirukan secara jahat oleh juru jual yang berkomplot dengan agen travel. Anda mungkin salah seorang daripada mangsanya.
Entri tulisan anda juga pasti ada yang mendapat perhatian daripada pembaca. Kongsikan satu entri paling popular 2014 tulisan di blog anda untuk tatapan kita bersama.
118 Comments
my fevret tentulah cars memikat isteri tu..suami tak buat semua pon takpe..dapat buat 2 3 tips pon rasa bahgia dah..yang penting tarikh anniversary jaaaangan sesekali lupa! Kan ke tarikh tu temanya “saat aku kau pilih”… 😀
Curahan rasa faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
Memang saya pun paling minat membaca pasal Diego Garcias dan MH370 ni. Walaupun sampai kini masih misteri,namun saya yakin satu hari nanti akan terjawab juga. InsyaAllah.
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..LELAKI AKTIF BERSUKAN TAK PERLU MAKAN VITAMIN???
Beragam juga ternyata entri blog yang menjadi popular di tahun 2014 ini
Curahan rasa Hamizan Blog @ ..Penetapan Peserta Sertifikasi Guru 2015 Pendidikan Profesi Guru PPG
kesemua entry yg top berkaitan isu semasa. lepas ni kalau nak trafik banyak buat pasal isu semasa la.
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3
memang tajuk di atas adalah Hot topik,saya sudah baca sebelum ini heehe,.tapi Dieogo Garcia mmg plg meletop la kan,hari ni saya ambil berita dlm ruang berita bkaitan MH370,Padahal satu entry je hari ni,bnyk pageview berbanding 4-5 artikel yg di buat selalu,.ni kena belajar lagi ni utk faham kehendak si Google ..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..MH370 ditembak jatuh tentera AS – dakwa bekas CEO syarikat penerbangan
entry di blog yg pageview yg main Ribu adalah artikel resepi tart nenas heehee.. blog sy cuma artikel berita dan review
tapi mungkin boleh buat terus segmen resepi dlm ķategori artikel cuma ada perubahan sedikit tidak hanya beri resepi saja tapi perlu berceloteh,dan artikel lain macam kisah benar juga adalah Artikel terbaik kami utk tahun ini..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Kulit Cerah Tona Warna Kulit Sekata!Produk Menakjubkan Dari ZARRA Seri 7 Pemutihan!
Nampaknya banyak entri jenis malar hijau yang tersenarai dalam top 10.
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
sukses trus yaa.. keep posting .. good artikel nya.. blog walking.. sukses,,
Curahan rasa ARTIS KOREA TERCANTIK @ ..7 Cara sukses membuat website / blog gratis
cerita pasal Diego Garcia tu memang berhantu..trafik di blog saya pun masih ada masuk melalui keyword nie
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Cepatnya rasa.. tak sampai seminggu je lagi ni. Gementar rasa.
Curahan rasa Akak Vitamin @ ..Perasan badan sihat.. rupa-rupanya..
2015 bakal menjelma 😀
entry-entry yang tersenarai ni sememangnya entry yang membuat orang ingin tahu
Curahan rasa Anis Nasuha @ ..Anda Sering Mengalami Gatal-Gatal Mata, Muka, Hidung atau Telinga Selepas Makan Ayam Atau “Seafood” ? Ketahui Cara Alternatif Mengatasi Masalah Gatal-Gatal.
Wahhh!.. hebat. Sedar x sedah 2014 akan melabuhkan tirai x sampai seminggu lagi…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Kunci kejayaan seorang usahawan
Tahniah Denaihati dengan entri yang menarik pasti mendapat trafik yang tinggi. Kadfang-kadang kata kunci tertentu boleh menarik perhatian pembaca. Moga tahun2015 lebih hebat lagi dengan tajuk-tajuk yang lebih mencanak.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Adakah Bisnes Online Tanpa Daftar Dianggap Haram?
Dan inilah jawapan kepada kuiz kedua cabaran iphone 5S tu kan.. Ada yang jawab dengan tepat ke..huhu
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..7 Sebab Mengapa Lelaki Curang
mh370 dan diego garcia masih lagi misteri sehingga hari ini, persoalan yang tiada jawapan yang pasti.
Curahan rasa ikhwan fahmi @ ..Komisyen Affiliate Rendah Apa Masalahnya
Wahhh..nice jugak tajuk entri yang ni kan. Heheheheh bole copy idea ke tuan denaihati.. macam nak buat entri berkenaan top entri yg ramai visit dalam tahun 2014 ni kan… boleh ek…. hehehe
Curahan rasa Atikah Norbaki @ ..LAMAN WEB INTERAKTIF BARU DARI DISNEY JUNIOR PIRATE AND PRINCESS: POWER OF DOING GOOD
Comments are closed.