Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah kiranya majoriti penduduk di Malaysia kini sudah mempunyai telefon bimbit pintar. Secara normalnya seunit seorang dan ada juga mempunyai dua telefon bimbit dan ada juga yang lebih daripada itu.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Apabila mempunyai dan menggunakan telefon bimbit pintar, sudah tentu pelbagai aplikasi yang telah dimuat turun bagi kegunaan harian. Ada yang menggunakannya untuk bersosial, berbisnis, rekabentuk gambar atau video serta pelbagai lagi aplikasi yang ada.
Untuk android, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Shopee
- Lazada
- Popular Wars
- Messenger
- SHAREit
- Touch N Go
- Tik Tok
- Grab
Untuk iOS, yang paling tinggi dimuat turun di Malaysia pada tahun 2018 adalah:
- Lazada
- Shopee
- Touch N Go
- PUBG Mobile
- ZEPETO
- Popular Wars
- Plato : Find Fun
- Youtube
Bagi muat turun aplikasi paling tingg di dunia pada tahun 2018 ini, pelbagai aplikasi dapat dilihat dan jumlah muat turunnya pun cukup memberangsangkan.
Uber mendahului dalam lebih daripada satu kategori, Spotify juga sudah semakin melonjakkan angka peminatnya dan Wish pula lebih diminati dalam membeli belah atas talian.
Aplikasi yang paling dimuat turun pada 2018?
Itulah WhatsApp, platform pemesejan global Facebook yang lain, dengan lebih dari 779 juta muat turun antara iOS dan Android. Satu-satunya aplikasi lain yang tinggi dari kategori permainan adalah Helix Jump, dengan lebih daripada 334 juta muat turun.
Dari senarai aplikasi dalam membeli-belah, makanan dan minuman, muzik, dating, sosial, hiburan, dan permainan, jelas bahawa pengguna mudah alih moden mahu apa yang dia mahu dengan serta-merta. Selain itu sudah pastinya mesra telefon bimbit, tidak menggunakan ruang yang besar dan lancar.
Berapa jumlah aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit anda?
166 Comments
baru-baru ini anak saya ada install aplikasi Shopee dan mendapat hadiah reload RM5..
bukan main seronok lagi dia kerana mendapat hadiah sebegitu rupa
masa mula-mula install Whatsapp dulu saya suka buat Group..
rasa teruja bila ada group dan jadi admin.
sekarang semangat itu semakin pudar dan menghilang
pubg tu mmg dah dijangka akan masuk dalam list. salah satu game yang viral tahun 2018
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Lazada mengungguli tangga pertama nampak gayanya tuh.. kamon shopee kamon, cecepat kejar.
shopee ni capat naik.. lagi pun ramai cakap banyak barang yang lagi murah berbanding di lazada
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Berlumba-lumba depa depa nih ye. memasing tanak ketinggalan dalam mengpopularkan applikasi memasing. Satu persaingan yang sihat.
Yang wajib ada Youtube, senang nak bagi anak senyap kalau dok ngamok2 tuh, bukak je upin & ipin ke didi ke.. kompem senyap.
Memacam applikasi dah ada sekarang nih. Antara nak tau ngan ak nak amek tahu jer. Tapi apa pun bergantung jugak pada kapasiti HP kita kan…
ye. kalau storage sikit memang berkira juga nak download mana mana app. gambar pulak banyak dlm fon
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
jika berminat dan perlu install sahaja aplikasi tersebut..
mungkin ada banyak kegunaan pada masa yang kita perlukan seperti aplikasi Grab
Ye ls. kalau memori smartfon besar, tak de hal nak download byk 2 dlm satu masa kan
Ramainya install aplikasi Helix Jump, dengan lebih daripada 334 juta telah di muat turun.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
mesti game tu buat kita sentiasa rasa nak main.. bahaya ni.. haha.. ok, kejap lagi nak download
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Aquaman
Helix Jump baru pertama kali dengar.
saya pun tidak berminat untuk install kerana bukan keperluan pada masa sekarang
Noriza: Helix Game tu memang syok. Layak je. Leh train you focus gak. Try la main..
Betul.
Suami saya suka sangat aplikasi youtube.
Dia suka tengok online movie
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
bukan suami Noriza je, budak budak skang ni pun terer guna youtube. macam kartun ada dlm tu
Banyak juga aplikasi lain yang saya download. Untuk edit gambar dan aplikasi perbankan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Wahhhh, pengguna iOS suka pada aplikasi lazada. Yang android pula whatsapp. Lain-lain generasi ni. Hehe
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
subway surfers ni dari dulu lagi wujud.. masih bertahan lgi rupanya.. tak macam pesaingnya, temple run.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Yes, Helix Jump ada dalam list teratas..haha..game tu best woo..uji kecekapan minda..bagi ank-anak main game ni lagi bagus..
Curahan rasa JMR @ ..Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung, Lebih Dekat Dengan Alam.
baru nak install game tu.. sllalu nampak kat app store, tapi tak pernah download pun. hehe
Aplilikasi Touch N Go pun digemari ramai..
saya juga terkejut dan memang benar juga aplikasi amat penting untuk pasang pada telefon para pengguna yang menggunaka lebuh raya terbabit
tak sangka aplikasi untuk dating pun amat popular..
ini memberi petunjuk bahawa ramai yang mencari jodoh secara online berbanding cara tradisional
tinder mmg popular. sy dengar ramai juga yang bertemu jodoh melalui aplikasi tinder.
Owh, rate keberkesan tinder tu boleh tahan tinggi. Nak try guna juga lah.. haha
bro jangan macam-macam..
nasib baik bukan Facebook..
kalau tidak boleh kena kecam netizen nanti..
kecam pun ala-ala manja gitu hahahaha
Comments are closed.