Assalamualaikum dan salam 1Dunia, penggunaan internet pada masa kini sememangnya seperti sudah menjadi satu keperluan. Apatah lagi mereka yang sentiasa aktif dalam media sosial. Berjam-jam menghadap gajet masing-masing tidak kira dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian, maka pemilihan plan internet terbaik juga sering menjadi sesuatu yang penting.
YES, merupakan satu jenama perkhidmatan mudah alih di bawah YTL Communications telah mengumumkan sesuatu yang menarik pada taklimat bersama dengan Intel Malaysia dan Acer. Peluang untuk memiliki Tablet Acer Iconia One 7 boleh melalui pelan bundle yang boleh didapati secara eksklusif dari semua YES Store dan YES Exclusive Retail Partners di seluruh negara. Untuk masa yang terhad sahaja, Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle menawarkan tablet Acer yang menggunakan processor Intel Atom Z2560 (1.6GHz) percuma dengan langganan pelan Internet YES 4G sebagai promosi pendaftaran awal.
Pengguna yang mendaftar dengan pelan bundle semasa promosi ini akan menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara PERCUMA. Dengan pelan ini, pengguna dengan mudah dapat menyambung bukan sahaja untuk tablet mereka, tetapi untuk telefon pintar dan komputer riba dengan Rangkaian YES. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati kelajuan 4G sehingga 200Mbps dengan suara dan SMS semuanya dalam satu pelan tunggal.
YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot ini sangat menarik dan ringan tetapi berkuasa. Dengan ketebalan hanya 12.5mm dan berat hanya 56 gram, ia mampu memberi capaian internet sehingga 5 unit peranti. Sudah tentu ia menguntungkan pelanggan yang mempunyai pelbagai gajet.
Acer Iconia One 7 merupakan satu peranti yang mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan nipis 7-inci tablet dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560 di 1.6GHz dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Selain paparan skrin 7 “HD IPS yang jelas bagi imej dan menonton video , Acer Iconia One 7 juga mempunyai penyambungan Bluetooth 3.0 , keupayaan WiFi dan Flash Memory 16GB.
Tablet ini juga dilengkapi dengan dual camera dan panel bertekstur boleh didapati dalam empat variasi warna iaitu hitam, biru, merah dan putih.
Berikutan kerjasama MoU kami dengan Intel Malaysia tahun lepas, hari ini kita bangga menjadi pembekal perkhidmatan Internet yang pertama dan hanya di Malaysia yang menawarkan tablet terkini Acer Iconia One 7 yang dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560, PERCUMA untuk setiap pelanggan baru YES dalam masa “early bird”. – Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications.
Menarik? Tertarik? Jangan lupa dapatkan segera dan daftar segera dalam promosi early bird ini. Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle boleh didapati mulai pada 28 Ogos 2014. Layari Promosi Terbaru Yes4G untuk maklumat lebih lanjut.
213 Comments
Ingat Nak try gak guna YES…
Org kata kuota cepat habis pulak…
Curahan rasa fazrol @ ..Tidur sambil tengok laptop!
pernah juga dengar hal ni mengatakan quota cepat habis.. tapi tak cuba lagi tak tahu kan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Mungkin ada sebab lain kot kuota cepat habis.. selalu view format berbentuk video atau layari youtube juga akan menyebabkan kuota cepat habis..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Owh.. macam tuh pulak.. ada ciri2 manipulasi akalu macam tuh.. nampak jer kuota besar tapi cepat habis..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Harap YES dapat meluaskan coverage ke seluruh negara. Barulah di kawasan pedalaman dapat surf internet juga.
Pengguna dah punya banyak pilihan dengan lahirnya provider2 internet baru macam YES nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
syoknya dapat tablet acer iconia percuma..kat sekolah pun memang guna YES untuk internet kegunaan sekolah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Download Teks Ucapan Bajet 2015
nak try YES.. Tapi memandangkan ada kontark 24 bulan.. itu yang rasa berat sikit nak try…
Malas nak terikat denagn kontrak…
Curahan rasa fazrol @ ..jom pergi Mom & Baby Expo di Mid Valley!
Takut nanti jadi macam kes P1.. coverage takder tapi sebab dah sign agreement terpaksa bayar bulan2.. tak bayar nama blacklists..huhu
tak pernah pulak sy guna yes.. tengok lah kalau streamyx melampau sgt boleh la tukar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Tapi sebelum tuh check dulu samada YES nih ada coveragenya di lokasi kita atau tidak..
Bertuah ler badan kalau dapat percuma.. selain tuh boleh juga tengok pakej/ plan telco yang turut menawarkan gajet dengan harga murah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Yes 4G rasanya kat sarawak belum boleh guna lagi…bagaimana dengan rakan2 dari sarawak yg tinggal di Kuching. Dah boleh guna ke Yes 4G..kalau ada mmg laju internet guna Yes 4G ni..dengar cerita dari kawanla..
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di Facebook
rasanya boleh check coverage dari website mereka kot..tak pun google je kot ada yang dah guna
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Betul tuh.. baik check dulu coveragenya samada ada atau tidak di tempat kita.. jangan dah sign agreement tapi tak diguna… nanti jadi membazir pulak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
di kelantan banyak sangat promotion yes. tapi tak ramai guna. mrk lebih suka guna TM
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Mungkin guna TM pun dah berbaloi bagi mereka.. tu yang susah sket nak beralih kepada yang lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Tak pernah lagi guna khidmat internet Yes 4g tapi di ukm selalu ada promotion benda ni,
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Tapi saya tak belilah sebab biasa guna wifi ukm je. Mungkin nak beli juga.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saya jenis kasual user yang guna internet secara moderate, jadi soal kuota internet memang perlu diteliti semula.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kita ambil pakej yang sesuai dengan keperluan kita jer.. kalau yang heavy user tuh lain cerita.. perlu yang unlimited kuota..
haha..teringat masa kat UKM dulu member² download cerita naruto, bleach, prison break DLL
Curahan rasa cikgu naman @ ..Download Teks Ucapan Bajet 2015
Wah.. kaki donlod nih.. guna wifi perpustakaan universiti ke? haha
Ada wifi percuma gunakan ler dulu.. betul2 dah ada keperluan nanti barulah start beli atau langgan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Masa awal promosi dulu ada la juga daftar.. bila dah launch tak juga minat nak pakai.. mungkin akan datang jer kot..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
melepas..AA dah jadi cust YES sejak 2 tahun lalu.Memang suka dgn speed YES.Alhamdulillah puas hati
Curahan rasa AISHAH AHMAD @ ..Kek Aiskrim untuk Hari Jadi Adam
Selalu juga dengar kwn2 cerita pasal Yes4G ni. Sekolah hari tu ada terima broadband 4G ni. Tapi malangnya tiada signal di kawasan kami ni he..he..he..macam rugi je KPM hantar kat sekolah pedalaman kat sarawak ini. Tapi tak dapat di gunakan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Di Facebook
Coverage YES masih belum meluas hingga ke pedalaman.. tak membazir ke KPM buat macam tuh?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Wah.. dah lama juga tuh 2 tahun.. memang melepaslah nak dapat tablet.. hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Pelajar UPM intake 2011 dulu dapat modem YES ni masa daftar dan credit rm9 setiap bulan. tapi dah termasuk dalam duit yuran la. hehehe. sangat berguna untuk students sebab line wifi universiti pon slow jugak.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Wah, kira baguslah dapat servis seperti itu, kredit pun 9 ringgit, memang berbaloi.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Alhamdulillah, wifi ukm laju je. Sebab tu saya tak beli lagi perkhidmatan broadband untuk internet.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
oo..baguslah ada program sedemikian..dapatlah pelajar memanfaatkannya sebaik mungkin
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
AB pon gune YES 4G Broadband. Line serious laju. tapi kurang liputan ditempat tetentu. mungkin lepas ni YES boleh meluaskan lagi coverage mereka
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Ya, betul tu…kadang-kadang, sesetengah tempat tidak mendapat line 4G…so, harap hal ini diberi perhatian..hehe… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Coverage P1 nih masih belum meluas.. lain ler kalau P1 ada jalinkan kerjasama dengan telco2 sedia ada dan berkongsi fasiliti..
kalau yes ni menyediakan internet laju better perluaskan perkhidmatan. ramai yang nak ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Teknologi 4G masih baru di malaysia.. kalau semakin laju semakin bagus.. harap akan diperluaskan lagi coveragenya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Maybe laju sebab tak ramai yang gunakan lagi.. line dah laju cuma coverage jer belum meluas..
I am a 4G YES’s user…memang laju line-nya…hehe…cantik pula reka bentuk Acer Tablet tu ya…ada iras2 Samsung Tablet…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
oh yeke..sebab dah puas hati dengan streamyx rasa macam taknak cuba yang lain dah..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kalau dah puas hati memang susah nak beralih kepada yang lain jika tak kena dengan sebab musababnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau ada coverage memang boleh try YES nih.. baru leh tahu penangan teknologi 4G nih macam mana..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
kat sini xde rangkaian 4g, jangankan 4g, 3g pun belum masuk lagi. tapi tablet acer ni memang canggih dan banyak kelebihan
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Soal line 4g juga perlu dipertimbangkan, sebab tak guna juga kalau beli tapi tak dapat pads tahap maksimum kan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Line 3G pun masih belum menyeluruh liputannya.. ini kan pula line 4G..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Nak tunggu coverage 4G masuk kawasan kita memang makan tahun ler. tpi tablet tuh memang cantik..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Bagi yang berminat,pasti dah disambar peluang ni awal awal lagi hehe. Macam saya ni x berapa nak berminat so let go je.
saya minat! cuma sekarang dah ada tablet samsung. kalau orang nak kasi free seluas padang bola tangan saya tadahkan
Kalau orang nak kasi free, bedal jelah walau dah ada banyak gajet pun..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tengok tablet acer tuh memang menarik.. tapi bab kontraknya tuh yang buatkan hati nih jadi berat..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Pandai pandai la pilih mana yang terbaik. Sekarang ni memang hidup dlm dunia yg memrlukan internet je
ya kecanggihan internet selaras dengan teknologi. itulah pilihan terbaik bagi pengguna. saya pakai laptop acer. peminat setia acer
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Benar, internet dan kecanggihan alat elektronik merupakan dua entiti yang saling melengkapi.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Betul tuh.. tak terkejar dengan perubahan teknologi yang semakin pantas kini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Wah..sama lah kita.. setakat nih memang acer tidak mengecewakan.. apa lagi kalau dapat acer tablet percuma macam tuh..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Saya rekomenkan Celcom 4G ni…memang laju, mantap dan sesuai untuk blogger…hehe
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
memang pernah pakai ek? kat sekolah pakai ramai ramai jadi ada problem sikit
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Mungkin sebab ramai sangat yang guna kot.. kena pulak kalau coverage tak kuat.. lagi ler slow loadingnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
VG rekomenkan Celcom ke YES? Teknologi 4G nih memang laju jika kena dengan kawasan liputannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Betul tuh.. internet dah jadi macam keperluan.. tanpa internet tak keruan jadinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Wahhhh, promosi hebat. Tapi benda benda macam ni,. hebat macam mane pun kalau tempat tu ceruk kampung line pun hampeh juga,. excelent pada tempat2 terpilih je,. 🙁
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..business card MURAH !!!!
alamak.. dah terlepas yea promosi ni, heee.. ingatkan ada lagi.. kempunan nak pakai tablet Acer iconia one7
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
part ni saya sokong sangat2. tempat saya takde rangkaian 4g, 3g. kalau nak akses dengan internet guna broadband memang perlukan kesabaran tinggi. nasib baik ada vsat
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Itulah, soal rangkaian lte dan 3g ni perlu dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum beli khidmat internet.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
betull..dulu kat kampung saya pon takde line YES ni, tapi haritu balik dah ade. rasanya YES baru luaskan coverage diaorang ni.
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
Alhamdulillah, itu menunjukkan bahawa syarikat yes sentiasa peka terhadap permintaan dalam pasaran.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Dan juga sebagai inisiatif untuk menggalakkan semua rakyat untuk terlibat dalam dunia celik IT serta wireless.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kalau syarikat jual dengan harga mahal pun tak guna juga, maka kuranglah dapat sambutan.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Ini adalah inisiatif baik oleh Yes untuk mempromosi pakej langganan internet mereka.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Bahkan disertakan sekali dengan gajet tablet yang menjadi keperluan orang masa kini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Disebabkan itulah perlunya ada persaingan.. barulah mereka tak sesuka hati letak harga yang mencekik darah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Itulah harapan besar kerajaan.. tapi sepatutnya kos servis internet ini perlulah diturunkan sesuai dengan kelajuannya.. di malaysia ianya masih mahal..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau nak lebih maju.. YES memang perlu cepat meluaskan kawasan liputannya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Buat masa nih memang bandar2 besar dan terpilih jelah yang dapat coveragenya.. huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
bila baca T&C dia tu tak la percuma sangat pun..hehehe..tapi agak menarik jugak plan yang ditawarkan YES ni..sedang berkira-kira nak bertukar pembekal internet lepas habis kontrak ngan P1.
Curahan rasa pipoq @ ..Tips : Bagasi dan penerbangan
Hahahha.. tulah tu. Kita pengguna boleh pilih yang terbaik. Sebab zaman sekarang, kalau tak de imternet memang susah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
internet suatu keperluan di zaman sekarang. saya pakai sim prepaid. mudah tambah nilai bila2 masa. cuma part rangkaian je. xde 3g agak sukar
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
hope rangkaian 3g diperluaskan lagi. kat kampung saya ada 3g. tapi kat kawasan kediaman saya ni belum masuk lagi 3g
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Owh.. advance lagi kat kampung pulak yer.. haha.. kat kampung saya siap ada kemudahan wifi plak lagi..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
aah..tapi bila balik kampung takde internet macam setakat ni ok takde rasa tak boleh duduk..hee
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kampung sekarang pun dah advance.. siap ada wifi percuma pulak lagi..haha
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Boleh jammed woo kalau takder internet nih.. haha.. sanggup lepak mamak nak akses wifi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
bayangkan kalau kehidupan sekarang takde internet. terutama blogger yang nak jana pendapatan menerusi online. payah takde internet
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
tapi kalau aktiviti harian takde melibatkan internet, it’s ok takde internet. rakyat malaysia kini dah makin maju, hidup berinternet di mana sahaja
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
teringin nak cuba online gun tablet acer ni. mungkin ada kelainan berbanding tablet yang saya pakai sekarang.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
mungkinkah penggunaannya sama seperti laptop acer. tetibe rasa teruja. pernah jugak tengok katalog tablet acer.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
rangakaian yes 4g pernah dengar. rasa nak alami pengalaman menggunakan yes 4g. sure hasilnya super gempak especially beronline
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Cuba search di store Lazada, biasanya harga di sana murah sikit berbanding harga di luar.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Kalau takder internet, maka takder lah blog, fb dan sebagainya.. kalau bab bisnes, tak dapat online, offline pun boleh.. takder masalah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Orang sekarang macam dah tak boleh hidup tanpa internet.. sehari takder internet dah tak keruan jadinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sebab tu kita perlu bijak memilih. Kena baca betul betul terma & syarat nya. Supaya x menyesal di kemudian hari heehehehe
kadang2 ada terma yang tersembunyi yang kita kurang perasan. strategi marketing nak kasi kita terlentok sama.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
sama2 kita berwaspada. baca syarat dan terma dengan terperinci. fahami sebelum langgan sesuatu agar kita tak menyesal di kemudian hari
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
saya pernah juga berdepan situasi ni. masa promo katanya sim free je tak payah bayar. sekali surat datang, nah hambek bil ribu riban dia kasi. padahal nombor tu belum guna pun
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Yang jadi masalah setiap kali nak bertukar kepada yang baru adalah kontrak.. tuh sebab tak suka kalau ada kontrak2 nih..
Dulu teringin sangat nak dia ni..tapi lepas lenovo keluar saya dah jadi tak berminat dah dengan dia..kikiki
Curahan rasa tutorial cara pakai shawl @ ..Tutorial cara pakai shawl gambar dan video
ramai pengguna pakai lenovo sekarang. coz ada yang kata lenovo lebih murah. saya puna tablet samsung, laptop brand acer
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Sinopsis Street Vendetta
Comments are closed.