Uncle Seekers apa yang diperjuangkan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.

Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.

Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Gambar Uncle Seekers di tahan reman

Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari  lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.

Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.

Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.

Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Uncle Seekers Terkini

1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.

2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.

3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.


Spread the love

221 Comments

  1. nanpak sgt ko x follow blog uncle seekers ni. klu ko follow pendedahan dia ko xkan tya mcm ni..(apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers). tp aku x heran,. pasal ko org johor.. kesetiaan rakyat johor pada sultan mereka sgtlah tinggi, walaupun mcmana skali perangai kerabat2nya..

  2. saya setuju jika uncle seekers nak jadi Blogger paling kontroversi. mungkin apa yg bakal dia dedahkan sama macam rangcangan SEEKERS.. satu hantu pun tak nampak, kecoh je lebih. lebih baik betulkan keburukkan diri sendiri dari membongkar keburukkan orang lain.

  3. walau sburuk mane pon org2 atau pmimpin2 dsekeliling kite.. mgaibkan sesama muslim bknlah kaedah tbaik.. mgapa x dekati mereka n cubalah utk merubah mereka..jika sudah dtegur tp masih begitu jugak..maka bdoalah smga hidayah allah myusup masuk ke hati mereka..bkn dgn cara mgaibkan si polan bin si polan..dgn mbangkitkan sntiman kebencian seterusnya mcetuskan huru hara di sana cni..

  4. ermmm bagus betul menghasut orang untuk membenci sultan…
    nilah sikap melayu yg tak pernah padam…

    bagi aku, kalau dipandang pada salah kerabat, sampai bertahun2 pun tak setel… maklumla ada je benda yg tak senang kite tengok… konon2 nak mendedahkan hal sebenar… tapi dari segi lainnye, nampak macam kite jeles tengok orang lain lebih… kite asyik tengok kejahatan orang, tapi kite tak pernah nak tengok kebaikan orang… pastu bile kerabat tu buat baik, kite cakap dia nak cover jahat dia… adoiyaaii~ sampai bile nak tuduh orang je kejenye..

    disebabkan sultan johor setiap kali turun kampung aku time KMJ, dia care so aku malas nak masuk campur cerita US nih… kalau tau perkara buruk pun, bukan aku yg kene.. apesal pulak aku nak bermusuh dengan kerabat…

  5. sesiapapun boleh disiasat atas apapun alasan,kerana itu kerajaan pernah mengubal undang2 supaya sultan juga boleh didakwa.Persoalan yg rakyat ingin kan ialah mengapa sultan masih kekal kebal dari disiasat dan didakwa.USpasti ada alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.Saya berpendapat apapun alasan US itu tidak penting,pihak berkuasa mesti menjalan siasatan terpeinci baru dapat mengulas kebenarannya.

    Mendedahkan aib org ada kesalahan,cerita aib juga tersirat kesalahan yg mungkin lebih besar dari aib dihadapinya,tidak mungkin satu kesalahan saja yg dipaparkan atau disiasat.

    Keadilan wajib tegak berdiri tanpa ada sesiapa terkecuali,jika tidak Negara akan hadapi masalah berpanjangan mungkin ada nyawa yg terlibat nantinya.Oleh itu suka saya berpesan kepada pihak berwajib amanah kita pegang kerana janji kita pada Allah.

  6. Persoalan yang sama juga aku fikirkan. Apa sebenarnya yang dia inginkan? Apa sebenarnyer agenda US. Dia nak apa sebenarnye? Kepala otak jahat aku berfikir mungkin ada udang sebalik batu…mungkin dibayar atau mungkin ada yg lebih hebat lagi…
    Curahan rasa Shaffik @ ..FAM Digodam Lagi.My Profile

  7. Tertanya2 juga sptmana denaihati. Begitu berani dia menulis ttg sultan johor. Rasanya ramai dah tahu peristiwa2 yg terjadi melibatkan kerabat sultan tapi tak la sampai sedetail yg dia tulis.
    Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..DART CORNER – Part 2My Profile

      1. haha, mcm2 boleh jadi, tup2 member tu kena kes dadah pulak, sabotaj nak cover sultan la tu, haha, perkara biasa, VVVVVVIP mesti dilindungi walaupun zalim , hahahahahaah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!