Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tak ada jiwa nak menulis blog lagi“. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang jadi blogger sejak 2006. Dua tahun blogger bawah tanah, menulis dalam bahasa Inggris, sampai sekarang masih ada blog rahsia tersebut tapi tak siapa tahu. Hanya pembaca yang membaca dari carian SEO tanpa mengenal penulisnya.
Tahun 2008 mula menulis secara terbuka. Nak tahu kenapa Abang jadi blogger kenalah baca entri “Kenapa Denaihati jadi blogger“. Jadi blogger ramai mengeloh nak cari idea menulis. Cara Abang, bila dapat idea Abang akan terus tulis tanpa henti hingga habis. Kemudian baru betulkan ejaan dan susun ayat. Beberapa bulan kemudian betulkan semula fakta yang kita tulis kalau ada perubahan. Beberapa tahun kemudian betulkan lagi fakta pada entri yang sama jika ada perubahan lagi.
Abang pun ikut kata dan nasihat guru yang lebih pandai walaupun lebih muda, menulis kena mula jangan tunggu sempurna.
Menulis blog ni sebenarnya ada tanggungjawab besar. Abang baru sedar apabila bertemu dengan team Google Malaysia. Google adalah pustaka terbesar dunia. Yang memberi informasi kepada pencari-pencari seluruh dunia antaranya bangsa Melayu yang ada ratusan juta di seluruh dunia. Masalahnya bahan berbahasa Melayu terlalu sedikit di dalam pustaka Google.
Kita blogger adalah penyumbangnya jadi pastikan setiap tulisan kita menggunakan ejaan yang betul kerana ianya bakal menjadi bahan rujukkan generasi akan datang.
Abang nak tanya mana yang betul resepi atau resipi?
Yang salah akan jadi betul pada sudut pandang Google apabila majoriti menggunakan perkataan tersebut berulang-ulang kali oleh ramai penulis dalam tempoh yang lama.
Itu istimewanya blogger yang tak ada pada aktivis sosial media lain. Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.
Semua kesempurnaan bermula dari diri kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
91 Comments
salut membaca pengalaman tuan dalam menulis blog sudah begitu jauh banyak pengalaman
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Cara Mengatasi Rambut KEring dengan Bahan Alami
Tanggungjawab blogger memandaikan pembaca dan bagi penyelesaian . Semoga semua blogger terus konsisten memberi info berguna.
Curahan rasa Mohd @ ..Baca 3 Sebab Penting Ini Sebelum Mahu Berhenti Kerja
DT rasa resepi. confuse jugak. haha.
nak jadi blogger kena hati-hati. lagi2 yang gosip, tak silap2 boleh kena saman
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Tiada Lagi Blogger Zorro
Saya sekarang ni pun tulis je apa yang saya nak tulis dan apa-apa ye yang terlintas dalam fikiran ni. Kadang-kadang tulis kat facebook kemudian pindahkan ke dalam blog dan olah lebih panjang. Hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..5 Types of Investment in Malaysia
nampaknya jadi blogger adalah kerjaya jangka panjang..
bukan untuk sehari dua sahaja..
saya dapat idea..
buat sungguh-sungguh sehingga menjadi terbaik
Curahan rasa mrhanafi @ ..100 Idea Perniagaan Kecil Dalam Blog Hidup Ringkas
Dalam bahase yang lebih sederhane, saye menyimpulkan bahwa menjadi blogger adalah sebuah pilihan dalam hidup. Benar tak Bang? 😉
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Gara-Gara Menyulap Motor Dinasnya, Polisi Perbatasan Ini Dipanggil Jokowi ke Istana Negara
Comments are closed.