Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang jarang sangat aku nak menulis tentang artis bukan tak minat tapi tak nak lawan sifu Beautifulnara yang tersohor sebagai Blogger no satu Malaysia. Kali ini aku tertarik dengan kisah Ombak Rindu sebenar yang berlaku dalam kehidupan lebih hebat dari catatan aku di entri Ombak Rindu INI.
Kisah yang berlaku kepada penyanyi yang sedang meningkat naik Shila Amzah anak kepada menyanyi 80 an ND Lala sangat mengusik jiwa. Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan lagi Ombak Rindu suatu ketika dahulu pasti tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari beliau akan dibadai Ombak Rindu sebenarnya yang bukan lakonan seperti Hariz dan Izzah.
MUNGKIN bapanya ND Lala melihat anaknya yang baru berjaya mengondol anugerah di Asian Wave 2012 boleh menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza yang boleh mengubah kehidupan mereka menjadi terkenal dan kaya raya. Tetapi di saat langkah pertama menuju kejayaan di depan mata Shila Amzah sudah mempunyai cinta hati yang menunggu masa untuk merisik dan membina kehidupan berkeluarga.
Seluruh Rakyat Malaysia yang membaca Harian Metro pasti membaca bagaimana bencinya ND Lala kepada kekasih hati Shila Amzah yang MUNGKIN menjadi penghalang kepada kejayaan anaknya yang telah dididik sejak kecil. Atau mungkin ada sebab lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Berdasarkan video terbaru jelas Shila Amzah tidak bersam keluarganya dan mengharap supaya bapanya menerima cinta hatinya.
Inilah kehidupan kisah di layar perak boleh menjadi kisah benar yang boleh menyentap hati dikala ALLAH SWT menguji hambanya. Kalau mengikut sejarah cinta beribu abad bagaikan kisah Laili Majnun dan Romeo Juliet tiada siapa yang dapat memisahkan insan bercinta walaupun ibubapa. Kita berdoa semuga kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz salah satu daripada berjuta kisah cinta yang terhalang oleh ibubapa berakhir dengan kisah indah. Semuga Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz diberi kesabaran kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Jarang sangat rumahtangga yang dibina tanpa restu ibubapa dapat bertahan lama kerana perkahwinan itu bukan sahaja antara seorang perempuan dan seorang lelaki tetapi antara keluarga perempuan dan keluarga lelaki barulah boleh bertahan hingga ke Syurga. Teringat kata seorang teman air mata ibu lebih banyak tumpah ketika anak-anak sudah dewasa berbandingkan semasa kecil tetapi sebagai ibubapa kita juga mesti bersedia berpisah dengan anak yang telah dewasa.
Lagu baru dari Shila Amzah bertajuk “Aku Masih Cinta” khas untuk Sharnaaz. Nak dengar klik SINI.
63 Comments
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.PokCIk Pun ada jugak follow cerita mereka ini. Jika ada jodoh tidak akan ke mana….PokCIk cuma harap mereka ini tabah dan memandang ke depan demi masa depan mereka yang masih panjang lagi
Curahan rasa PokCik @ ..Selangor VS Kelantan (Epik game)
simpati ada kasihan pun ada
walau apa pun setiap kejadi ada hikmahnya kan
hanya kita saja yang perlu tabah mengharunginya 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Pengalaman seorang penyambut tetamu
Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi semua ini..aminnn
Curahan rasa Hafizul @ ..Amanah Dalam Kehidupan Seharian
jodoh pertemuan di tangan Allah. kalo dah mmg takdir takkan ke mana. tp agak annoying jugak la benda2 peribadi mcm ni dok tyg di media, buat video nangis2 bagai. sgt mengaibkan. aib family tlg la jaga elok2. haish
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Demam Crepe
jodoh, percintaan adalah kisah yang akan selalu mewarnai dunia
semua yang berlaku ada hikmahnya. jodoh pertemuan semua terletak di tangan tuhan.
Curahan rasa fyna @ ..HUKUM SAMBUT HARI KEKASIH | VALENTINE’S DAY
cinta punya pasal sampai lari keluar rumah. haihh.
Curahan rasa khairul asrol @ ..Kesedihan Dalam Kegembiraan
Kerana cinta manusia boleh buat perkara diluar jangkaan … Sudah terbukti dari banyak kes percintaan
obak rindu mendegar judulnya saja pasti menarik
Kasian Shiela.. Hari ni Nurul dgr di Radio Sharnaaz ckp dah x nak ade ap2 kaitan lagi dgn sheila hamzah & family..
Curahan rasa Nurul @ ..AL Fatihah Arwah Abg Jejai..
apa dia citer nie tak dongar, apo dio cakap nie..kalau dah suko samo suko nikah kan ajo..tak payah poning-poning mak bapak ehhh
kisah cinta remaja selalu menarik dibaca ataupun ditonton di TV
Curahan rasa munir ardi @ ..Destination Cuti Melastik Bintang/Ayo Datang Ke Sulawesi Selatan/Makassar
x tahu pihak mana yg btol..yg mane salah..tp balak die tu nmpak mmg mcm pns baran je..ptut kne mengalah skit la ngn bakal pak mertua
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Coupon Giveaways – February 2013
pasti ada sebab musabab nya kenapa perkara ini berlaku..restu ibu bapa sangat lahhh penting
kesiannya shiela, tersepit antara keluarga dan cinta hati..huhu
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Betul ke Hanis Zalikha “kekwat”?
Sangat menyentuh hati apabila mendengar lagu ombak rindu Shila Amza http://australia.cutisantai.com/r/hamiddalim
Comments are closed.