Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang jarang sangat aku nak menulis tentang artis bukan tak minat tapi tak nak lawan sifu Beautifulnara yang tersohor sebagai Blogger no satu Malaysia. Kali ini aku tertarik dengan kisah Ombak Rindu sebenar yang berlaku dalam kehidupan lebih hebat dari catatan aku di entri Ombak Rindu INI.
Kisah yang berlaku kepada penyanyi yang sedang meningkat naik Shila Amzah anak kepada menyanyi 80 an ND Lala sangat mengusik jiwa. Kelunakan suara Shila Amzah mendendangkan lagi Ombak Rindu suatu ketika dahulu pasti tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari beliau akan dibadai Ombak Rindu sebenarnya yang bukan lakonan seperti Hariz dan Izzah.
MUNGKIN bapanya ND Lala melihat anaknya yang baru berjaya mengondol anugerah di Asian Wave 2012 boleh menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza yang boleh mengubah kehidupan mereka menjadi terkenal dan kaya raya. Tetapi di saat langkah pertama menuju kejayaan di depan mata Shila Amzah sudah mempunyai cinta hati yang menunggu masa untuk merisik dan membina kehidupan berkeluarga.
Seluruh Rakyat Malaysia yang membaca Harian Metro pasti membaca bagaimana bencinya ND Lala kepada kekasih hati Shila Amzah yang MUNGKIN menjadi penghalang kepada kejayaan anaknya yang telah dididik sejak kecil. Atau mungkin ada sebab lain yang hanya mereka sahaja yang tahu. Berdasarkan video terbaru jelas Shila Amzah tidak bersam keluarganya dan mengharap supaya bapanya menerima cinta hatinya.
Inilah kehidupan kisah di layar perak boleh menjadi kisah benar yang boleh menyentap hati dikala ALLAH SWT menguji hambanya. Kalau mengikut sejarah cinta beribu abad bagaikan kisah Laili Majnun dan Romeo Juliet tiada siapa yang dapat memisahkan insan bercinta walaupun ibubapa. Kita berdoa semuga kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz salah satu daripada berjuta kisah cinta yang terhalang oleh ibubapa berakhir dengan kisah indah. Semuga Shila Amzah, ND Lala dan Sharnaaz diberi kesabaran kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya.
Jarang sangat rumahtangga yang dibina tanpa restu ibubapa dapat bertahan lama kerana perkahwinan itu bukan sahaja antara seorang perempuan dan seorang lelaki tetapi antara keluarga perempuan dan keluarga lelaki barulah boleh bertahan hingga ke Syurga. Teringat kata seorang teman air mata ibu lebih banyak tumpah ketika anak-anak sudah dewasa berbandingkan semasa kecil tetapi sebagai ibubapa kita juga mesti bersedia berpisah dengan anak yang telah dewasa.
Lagu baru dari Shila Amzah bertajuk “Aku Masih Cinta” khas untuk Sharnaaz. Nak dengar klik SINI.
63 Comments
sy suka sgt shila.. huhu sharnaaz mmg bukan ok sgt sbb dia panas baran.. sian shila nanti
mesti ada hikmah setiap apa yg terjadi.. sabar la shila.. kadang2 kita happy, kadang2 kita diuji..
ada hikmah semua tu…ada sesuatu kenapa ND Lala tak terima Shaarnaz sebagai menantu, hanya mereka yang tahu
Curahan rasa Shahrul @ ..Shila Hamzah, Shaarnaz Ahmad dan video
kesian juga tengok shila dengan sharnaaz ni..dah nak buat macam mana..shila masih berwalikan ND Lala..mana boleh nak langgar..
Curahan rasa Sharafie @ ..Minum Petang Di Fraser Hill
Lebih mengenal sosok Shila Amzah di sini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendengkur Dan Kesehatan
1st time tengok.. tak mengalir airmata tapi merasai..
cantik shiela..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mind and Spirit – penawar stres dan penenang diri
Cerita cinta memang tak selamanya indah…terkadang harus melampaui bermacam rintangan dan halangan yang tak mudah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Mendengkur Dan Kesehatan
Banyak juga pengalaman cerita cinta semacam ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Proses Kelahiran Bayi
ni yang nak bergosip kat sini ni..hehe..kesian shila..
Curahan rasa afif @ ..Segmen:Blog Pilihan Februari
moga tabah
tapi kalau jodoh x ke mana
Curahan rasa auc @ ..Selamat Bercuti Sempena Tahun Baru China 2013
hmm.terpaksa cari cinta hati yang lain…sabar lah yer..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Hantaran Murah Dan Kreatif
Kisah cinta seperti ini banyak di ekspos akhir-akhir ini, terutama di kalangan selebritis
Curahan rasa Dawaihati @ ..Permainan Ular Logo Google Tahun Baru Imlek 2013
Padahal banyak kisah cinta yang lebih tragis daripada ini yang terjadi di kalangan masyarakat.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Permainan Ular Logo Google Tahun Baru Imlek 2013
Meski cinta adalah merupakan anugerah, namun bagi seorang anak perempuan haruslah lebih mentaati kepada ibubapa nya
Curahan rasa Dawaihati @ ..Permainan Ular Logo Google Tahun Baru Imlek 2013
Ngomong-ngomong…alhamdulillah saya telah berhasil masuk, membaca dan berkomentar di entri terbaru denaihati ini 🙂
Curahan rasa Dawaihati @ ..Permainan Ular Logo Google Tahun Baru Imlek 2013
sebab akan dicalonkan pada akir tahun nanti..hehe
Curahan rasa dzuandiey @ ..Hantaran Murah Dan Kreatif
aku pun rasa lebih elok cari cinta hati lain hehe
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Martin Kelly DIberi Kontrak Jangka Panjang
hehe..kan..cari cinta yang lain jer lah…pasti ramai yang mahu
Curahan rasa dzuandiey @ ..Hantaran Murah Dan Kreatif
restu keluarga adalah yang paling utama kan….
Curahan rasa syamila @ ..Indahnya saat itu
betul..restu keluarga adalah segala-galanya.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Hantaran Murah Dan Kreatif
hmmm… tu laaaaa.. restu ibu bapa yang penting sebenarnya… ada hikmah
Curahan rasa KiD @ ..Tertunailah Hasrat Dihati
jangan diikutkan hati..hehe..mungkin bapa dia lagi mengetahui kan.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Hantaran Murah Dan Kreatif
Nak cadang boleh?Cari orang lain je lah Shila.
Curahan rasa Scarlett O’Hara @ ..Dolly Parton bertudung
Comments are closed.