Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah dua sahabat blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah beberapa minggu lepas Abang dapat jemputan untuk majlis perkahwinan dua sahabat blogger yang memang sudah lama bersama dengan Denaihati. Terkejut juga bila dapat kad jemputan sebab mereka ni pandai jaga hubungan mereka, dari peringkat awal tak dapat di hidu. Bila dah kongsi di sosial media barulah pasti yang mereka adalah couple yang bakal mendirikan mahligai bersama.
Alhamdulillah ramai juga blogger yang bertemu johoh bersama blogger. Lebih menarik ramai yang bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger yang akhirnya ke jinjang pelamin. Kalau tak silap rasanya lebih daripada lima pasangan blogger yang bertemu di majlis blogger kini sudah bekerluarga dan beranak.
Ramai juga blogger yang memeriahkan majlis persandingan blogger Khairil Mazri dan blogger Mia Namia yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 25 Shah Alam. Kebetulan yang serentak datang bersama Abang adalah Blogger Cahaya Diana, Blogger Akma Omar, Blogger Mak Dara, Blogger Puan Bee, Blogger Kak Juariah dan Blogger Roshidayu. Biasalah bila blogger berjumpa blogger memang jadi riuh majlis tu.
Aktiviti biasa blogger berselfie dan bergambar bersama untuk dirakamkan sebagai simpanan di sosial media, kebetulan dekorasi majlis memang cantik. Hidangannya pun enak tu yang terbaca kat FB Blogger Akma Omar katanya makan bertambah sebab hidangan ayam masak merah memang sedap.
Selamat pengantin baru kepada Khairil Mazri dan Mia Namia. Lalui kehidupan baru dengan sabar dan nikmati segala ujian berumahtangga sebagai satu keindahan hidup bukan kesusahan. Mencari susah maka susahlah yang kita dapat. Semuga bahagia hingga ke Jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan soleha sebagai bekalan di akhirat kelak.
48 Comments
terima kasih udah di share , semoga jadi keluarga yang samawa ,
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
tahniah pada mereka berdua.
semoga tahun depan boleh dah timang cahaya mata.
Apapun, all da best pada mereka berdua.
Dah agak dah.
Haha.
Curahan rasa titan @ ..Rindu dan Sayang.
Tahniah kepada pasangan pengantin.
Meriah majlis, dah macam reunion blogger pun ada 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Vitamin Bantu Pesakit Batu Karang
Sayang betul tak dapat pergi hari tu… Agak-agak ada tak majlis di buat dekat rumah pengantin lelaki?
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Kalau ada kelapangan masa, boleh pergi di majlis pengantin lelaki.. Yeop kan orang Perak.. Tak jauh dengan kampung teman..
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
apapun tahniah mereka telah berhasil membawa hubungan mereka kerah pernikahan semoga kekal sampai garis penamat
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Sebenarnya tak sangka mereka bercouple… Cuma tahu mereka selalu ada bersama dalam beberapa event blogger… Tapi mereka bijak merahsiakan hubungan mereka…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Ingat lagi semasa pergi main bowling anjuran bbn dan lynk.my… Semasa majlis hari raya Hexa cooporation… Mereka ada datang sekali… Tapi tak nampak macam ada sebarang hubungan…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Walau apa pun tahniah… Mereka berdua memang sepadan dan saling memahami…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
saya pun pengantin baru juga, kebetulan buat artikel pasal pengalaman berkahwin saya, hehehe
Curahan rasa rujukan @ ..Pengalaman Bernikah Dan Majlis Persandingan
Wah!!… Selamat pengantin baru juga buat tuan dan puan isteri… hehehe…
Curahan rasa Anuar @ ..10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Comments are closed.