Samsung Galaxy Note Gadget Impian UpProfits

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin panas. Blog kelima yang terpilih adalah blog status PR2 UpProfits telah mengumpul 2105 mata pada pusingan awal akan meneruskan perjuangan. Samsung Galaxy Note menjadi impian dan harapan UpProfits semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca luahan hati UpProfits kenapa Samsung Galaxy Note menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.

Samsung dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah aku. Kalau korang mengikuti entri aku sebelum ini, sudah tentu tahu apa Gadjet Impian aku.

Samsung-Galaxy-Note
Gadjet Impian - Samsung Galaxy Note

Ya, Samsung Galaxy Note. Cuma nak beli tu kenalah ambil masa kumpul duit. Nak cepat, cuba nasib sertai Contest, Cabutan Bertuah atau yang seumpama dengannya. Manalah tahu usaha kita tuh boleh membuahkan rezeki.

Sebenarnya memang dah lama aku ikuti perkembangan pesat trend Gadjet di Malaysia. Cuma buat masa ini hanya dapat memerhati perkembangan trend Gadjet semasa. Bak kata orang, jangan kita ketinggalan zaman dan tenggelam dalam arus teknologi masa kini. Bermula dengan perkembangan trend Handphone, kemudian diikuti dengan notebook, DSLR dan kini smartphone dan tablet. Jangan terkejut kalau budak sekolah pun dah ada Gadjet sendiri.

Gadjet Antik
Gadjet Antik menanti untuk di

Koleksi Gadjet aku ketika ini hanyalah sebiji handphone 2G, Laptop 15″ dan Camera Kompak. Jangan korang gelak pulak dengan Gadjet Antik aku tuh. hehe. Bukan kolot atau tak mahu mengikuti perkembangan Gadjet masa kini cuma lebih mengikut kemampuan semasa terlebih dahulu.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli gadjet idaman hati. Tengok kecanggihan smartphone baru, tertarik. Tengok rakan-rakan sekerja bimbit Tablet dan iPad baru pun aku tertarik. Tengok gambar-gambar menarik rakan-rakan hasil dari DSLR pun aku tertarik juga. Whoa, semua tertarik nih takkan la nak beli semua kan? Berangan jelah dulu. Hahaha.

Sehinggalah muncul produk terbaru Samsung Galaxy Note. Aku rasa produk ini merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki selain produk Apple kerana ia menawarkan apa yang aku mahu All-in-One. Jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak mustahil ianya boleh menambahbaik dan membantu kehidupan kita. Bagaimana? Nanti aku cerita.

Bagaimana bantuan Gadjet boleh membantu kehidupan?

Mengikut trend Gadjet semasa, produk jenama Apple dan Samsung antara jenama pilihan ramai orang diikuti dengan HTC dan lain-lain. Kualiti, harga, populariti dan spesifikasi terbaik menjadi keutamaan dalam persaingan itu.

Pada mulanya, aku terasa ingin memiliki Tablet samada iPad 2 atau pun Galaxy Tab. Tapi bila dah survey kelebihan dan kekurangan Gadjet tersebut, aku ‘hold’ sekejap niat aku tu memandangkan aku dah ada laptop. Lagipun, aku ingat tablet nih semua boleh buat ‘call’ macam Handphone. Bolehlah sekaligus menggantikan Handphone 2G antik aku tuh nanti. Rupanya hanya Galaxy Tab jer yang ada menawarkan ciri-ciri tersebut tapi rasa macam terlalu besar pulak nak letak di telinga, kenalah pakai earphone. hehe.

galaxy-note-tenue
Agak-agak yang mana satu Galaxy Note?

Selain tu, aku ingat kalau aku ada tablet, tak perlulah aku nak usung laptop aku tu ke mana-mana selain untuk memudahkan urusan kerja. Aku sangka, kegunaan tablet sama seperti laptop. Rupanya hanya untuk kerja atau dokumentasi yang simple sahaja. Maknanya, aku tetap perlukan Laptop aku tu untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Takkan nak beli tablet semata-mata nak main Angry Bird jer. hehe.

Kalau cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak dinafikan, selalu juga tertinggal. Kalau tak tertinggal pun, bateri habis. Kamera handphone? Kamera VGA yang ada dalam Handphone 2G antik aku tuh, tak berapa nak membantu. Lagipun memori Handphone 2G tu kecil jer, tak pasal-pasal jadi mangsa delete kalau memori tak cukup. Tengok rakan-rakan berkongsikan gambar-gambar cantik dari DSLR mereka, tak dinafikan cemburu pun ada. Tapi setakat ni hanya mampu berangan jelah nak ada DSLR sendiri suatu hari nanti. Masa je yang akan menentukan.

Tapi nak memiliki semua gadjet-gadjet tu dalam satu masa macam mustahil pula. Selain sebab harga, boleh ke aku bawa semua tu sekali. Dalam kepala dah terbayang beg besar nak isi gadjet-gadjet tu kalau aku ke mana-mana. Kalau nak ikut keutamaan, mana satu nak bawa ye. Dilema juga nak pilih tu. hahaha. Sehinggalah muncul Samsung Galaxy Note. Aku rasa, ia pilihan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan aku tu.

Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Pilihan?

Ciri-ciri dan spesifikasi Galaxy Note memang memukau dan aku percaya boleh membantu menambahbaik dan memudahkan urusan harian aku.

sgnote multiple function
Galaxy Note - aplikasi pelbagai fungsi All-in-One

Apa yang buat aku tertarik dengan Galaxy Note ni adalah ciri-ciri Smartphone dan Tabletnya selain didatangkan dengan Kamera 8MP. Kat sini je dah ada semua ciri-ciri Gadjet Impian aku, All-in-One. Tak perlulah aku nak fikir nak beli Smartphone, Tablet dan DSLR secara berasingan. Bukankah ianya dah menjimatkan?

Saiznya juga sederhana dengan paparan skrin HD Super AMOLED 5.3″. Kalau korang melihatnya sebagai Handphone, memang nampak agak besar tapi jika melihatnya sebagai tablet, tidaklah terlalu besar. Pendek kata, masih boleh masuk poket. Tablet yang bersaiz 10.1″ pun orang boleh usung ke sana ke mari, inikan pula Galaxy Note. hehe.

Antara kelebihan Samsung Galaxy Note:

  • Paparan cantik skrin HD Super AMOLED (pertama dan terbesar 5.3″) sangat sesuai untuk aspek multimedia.
  • Skrin besar (5.3″, 800 x 1280 pixels), ringan (178g) dan nipis (9.65mm).
  • Camera 8MP + lensa depan 2MP (tak perlu risau tertinggal kamera lagi)
  • Rakaman Video HD (tak perlu risau terlepas event menarik untuk diabadikan jadi kenangan)
  • Smart Stylus S-Pen (boleh guna untuk catat nota, organiser, edit gambar, melukis dan sebagainya)
  • Bateri 2500 mAh (semestinya tahan lama. Standby: Up to 960h (2G), Up to 820 (3G). Talk time: Up to 26h (2G), Up to 13h (3G))
  • Sistem Operasi Dual-Core 1.4 GHz ARM Cortex A-9 pasti sangat lancar digunakan.
  • Memori Internal 16GB/32GB berserta RAM 1GB + Card Slot MicroSD up to 32GB
  • dan lain-lain lagi.

Aku memang dah lama mengimpikan memiliki sebuah smartphone atau tablet bagi menggantikan handphone yang aku pakai sejak 2004. Harap-harap tahun 2012 ini impian tu dapat direalisasikan. Jika ianya dapat membantu memudahkan urusan harian aku, kenapa tidak aku memilikinya. Target tahun 2012.. Samsung Galaxy Note.

..

p/s – Jika bro DenaiHati dikenali dengan slogan Hidup Untuk Memberi, jangan pula kita dikenali dengan ‘Hidup Untuk Menerima’ je. Jika kita benar-benar mahukan apa yang kita impikan, usahalah ke arah itu. Insya-Allah impian pun boleh menjadi kenyataan. Artikel ini pun adalah sebahagian usaha aku untuk memiliki Gadjet Impian.. Doakan aku berjaya ye. Aminn..

Nota :

  1. UpProfits diberi masa sehingga 11.59pm, 20/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
  2. Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.

836 Comments

  1. Samsung Galaxy Note mempunyai fitur yang luar biasa, dengan kecanggihan teknologi yang ditanam didalamnya membuat gadget ini laris di pasara.

      1. Sekarang harga Samsung galaxy note masih tinggi kiranya menunggu miring baru berniat untuk membeli, insyaallah..

  2. Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi membantu..sejuta penghargaan kpd semua..segala usaha dan penat lelah kita semua harap akan membuahkan hasil..insya-Allah..semoga apa yg kita impikan boleh menjadi kenyataan..aminn..TQVM
    Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..My Profile

    1. Kalau ikutkan dh tamat..jgn tertekan lg dgn masa..dh leh bersantai2..rileks lepaskan tekanan..eh, eh..apsal korang pulak yg tertekan ek..patutnyer saya ler yg lbh tertekan..hehe..rileks2 jer..usaha dh dilakukan..berdoa jelah semoga impian terlaksana..aminn..think positif..
      Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..My Profile

    1. Yup..btol tuh..dpt ler kita sama2 join nnti..terima kasih rosezha ngan fairuz sbb sudi membantu dan berkongsi pengalaman join kontest besar mcm nih..at least korg dpt belajar sesuatu drpnya dan melakukan lbh baik lg..
      Curahan rasa UpProfits @ ..Demi Sebuah Impian..My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!