PRK Rompin suara sebenar rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pilihanraya kecil di Malaysia ibarat pesta yang ditunggu apabila seluruh jentera pilihanraya kedua-dua pihak turun membanjiri kampung dan bandar. Berbagai janji diikrar yang untung apabila limpahan projek diberikan kepada penduduk kawasan tersebut. Kali ini giliran PRK Rompin setelah penyandangnya arwah DS Jamaluddin Jarjis terkorban dalam kemalangan helikopter di Semenyih. Permergian arwah tanpa disangka memang memeranjatkan semua terutama dengan cara yang begitu tragis.

Perang Bendera Pilihanraya

PRK Rompin selang beberapa hari sahaja dengan PRK Permatang Pauh cuma sebabnya berbeza. PRK Permatang Pauh diadakan kerana penyandangnya DS Anwar Ibrahim dipenjarakan setelah gagal dalam rayuan kes liwat Saiful Bahri. Keputusan PRK Pematang Pauh sudah boleh dijangka dengan kedudukan Dr. Wan Azizah sebagai penganti agak sukar digugat walaupun khabarnya nak melawat DUN Kajang pun tak sempat. Untuk PRK Rompin Barisan Nasional di wakili oleh Datuk Hasan Arifin menentang Ustaz Nazri Ahmad dari PAS.

[box type=”shadow”]Keputusan PRK Rompin

Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini. Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi. Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.[/box]

PRK Rompin adalah gelanggang ujian kesetiaan rakyat kepada Barisan Nasional setelah GST yang diperkenalkan pada 1/4/2015 yang menjadi kritikan bukan sahaja daripada pembangkang malah NGO dan pemimpin tua Barisan Nasional termasuk Tun Dr. Mahathir. Parlimen Rompin juga jiran kepada Parlimen Pekan yang merupakan kawasan DS Najib Razak juga boleh dijadikan ujian berat kepada Perdana Menteri yang sedang diselubungi berbagai isu dari 1MDB sehingga ke majlis perkahwinan mewah anak beliau. Itu belum cerita lagi kisah isteri PM, DS Rosmah Mansur tetapi ini bukan gelanggang untuk menceritakan keburukan peribadi orang sebab takut sangat mati kita tak sempat nak memohon maaf.

Dr Mahathir pandu Proton Iriz di Pavillion

Selalu sahaja keputusan pilihanraya kecil tidak bergantung kepada isu nasional, lebih kepada isu tempatan tetapi kali ini mungkin tidak. Janji Kerajaan untuk mengurangkan harga berbagai barang selepas memperkenalkan GST tidak menjadi kenyataan. Rakyat seperti membayar cukai berganda sehingga pada bulan pertama pengenalan GST hampir semua peniaga berdegil tidak mahu menurunkan harga baranag yang sepatutnya turun. Keputusan PRK Rompin pasti akan menjadi medan penentu kesetiaan rakyat kepada kepimpinan DS Najib Razak dan barisan menteri kabenit.

[box type=”shadow”]Keputusan PRK Permatang Pauh

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.[/box]

PRK Rompin adalah suara sebenar rakyat samada ianya sevokal dan segarang mantan PM, Tun Dr Mahathir yang menentang keras kepimpinan Najib Razak. Keputusan PRK Rompin juga memberi peluang kepada Barisan Nasional menilai semula strategi politik menjelang PRU14 untuk terus kekal mentadbir Malaysia dari jatuh ketangan pembangkang.


Spread the love

59 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!