Perkataan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang Pakar Motivasi telah membuat kajian di kalangan anak-anak di sekolah rendah di sebuah sekolah di Malaysia. Setiap anak diberi sekeping kertas A4 kosong dan perlu menulis perkataan yang pernah disebut oleh ayah dan ibu kepadanya yang tidak akan dilupa sampai bila-bila.
Sangat memeranjatkan apabila ada di kalangan anak-anak yang meminta kertas tambahan. Antara ayat yang ditulis ialah kau ni anak haram, kau ni anak monyet, kepala bapak kau, bahlol, bodoh, kecil-kecil tak mahu mati dah besar menyusahkan orang dan banyaklah lagi.
Di sini aku nak bagi peluang kepada semua pengunjung menulis perkataan yang tidak akan dilupa sampai bila-bila yang disebut kepada anda oleh seseorang samada ibu, bapa, suami, isteri, mak we, pak we atau siapa sahaja. Perkataan itu tidak semestinya negatif. Semuga perkongsian ini akan menambah ilmu kehidupan kita.

