Pengalaman boarding di KLIA2

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, teringat pengalaman kena tegur dengan ground staff Airasia masa nak pergi Bandung sebab aku sampai lewat sangat. Kalau tak silap aku penumpang ke dua terakhir masuk pesawat. KLIA2 bukanlah lapangan terbang paling besar tapi kalau salah percaturan boleh semput nak berlari ke pintu kapal terbang. Yang sudah merasa pasti tahu, silap langkah boleh terlepas kapal terbang seperti kisah aku dalam entri terlepasa penerbangan Airasia. Jom kita baca banyak lagi kisah kekawan kita ni.

Airasia
Kisah 1

Memang azab.. hari tu balik sabah gate K22, lepas tu salah masuk area laluan gate J, tengok sekeliling tak ada pulak tulis laluan K, dengan penuh yakin dan gembira aku jalan je laluan J dgn harapan jumpa K, tapi aku tak sedap hati sebab dah jauh jalan tak ada pulak huruf K, last-last tanya pekerja kat kedai tu mana gate K, dia tunjuk sebelah hujung tapi lain arah.. aku rasa aku hilang 3 kilo berlari ke gate K22.. sampai je semua dah beratur nak masuk, nasib baik.. fuhh

Kisah 2

Pengalaman paling tak boleh dilupakan..sorang-sorang bawa beg troli, k sarffraz yang masuk 10 bulan masa tu..lepas balik kerja terus siap-siap dan minta tolong Hidayu yang ditemani Hawani utk kejar naik LRT plak..sampai sana dah jam 8 mlm, padahal departure jam 8.40 plak tu..dah la gate K22..last passenger masuk flight dengan berpeluh-peluh, merah muka mengah dukung anak dan sorong troli sebab nak kejar flight punya pasal..ni semua semata-mata demi ke majlis kawin Arif & Ana yg disayangi kat JB..semoga perkahwinan korang kekal abadi, berkat doa insan2 yg bersusah hadir demi hari bahagia mu..haha

KLIA
Kisah 3

Hari saya balik ke Sabah. Gate saya ialah J4. Disebabkan tidak mau kelam kabut,saya jalan sambil melihat telatah orang. Dari jauh saya dah nampak gate J1,J2,J3 dan seterusnya J5. Eh,mana J4. Okay, Saya duduk jap sambil online FB and wechat. Tetiba rasa pelik,ada 35 minit sebelum nak berlepas,takkan saya sorang je penumpang. Saya cepat-cepat ke Gate J12 dan tanya staff kat situ. Staff memberitahu saya Gate J4 kat depan skali. saya cepat-cepat melangkah ke gate J1 semula, takde orang juga. Dah rasa nak menangis, siap cakap sorang-orang ” Aku dah kena tinggal dengan kapal ke?.. Okay, nampak staff kat J8, tanya dan dia pun cakap gate J4 ada kat depan. Tapi lebih terperinci kedudukan gate j4 dia terangkan kepada saya. sebelum saya nak pecut, dia siap cakap pergi cepat sebab kejap lagi nak close. Saya pecut dan sampi ke gate J4 dengan tercungap-cungap. cari tempat duduk dengan muka yg nak menangis sebab hampir kena tinggal.

Kisah 4

giler….azab usah cerita…dahlah aku bawak makcik2..pakcik2…anak dah sampai ke gate J ape tah..dia cal..suruh cepat..jauh katenye…buggy pun tak lalu2..hadoihhh..bile ade buggy..aku tahan buggy.

suh makcik pakcik naik dulu..langkah kecik tapi laju…semput mintak nyawa..mujo tak kene tiggal..sape yg 1st time..korang janganlah nak berhenti selfie bagai… kalo nak merasa silakan.. dahlah pegi Padang je… baru nak lelap nak hilangkan lelah…kapten bagi tau udah nak mendarat.

Kisah 5

it happend to me and our team. gate Q. Paling last paling hujung. kami sampai awal. 3 jam sebelum dah check in baggage semua. tu pun nak menapak ke Q mak aii.. bukan main jauh.. takyah berharap nak naik buggy car tu sebab memang penuh lagi satu kita yang muda ni jalan jela pelan-pelan sebab nanti akan ada yang lagi perlu nak naik masa di pertengahan jalan ke biar mereka dapat naik. Jadi datanglah seawal mungkin. check in 3 jam awal. lepas tu kalau ada nak beli ap-apa buat siap-siap. dan mulalah berjalan perlahan-lahan supaya bila sampai tak jadi kelam kabut dan dapat meneruskan perjalanan dalam flight dengan lebih selesa. InsyaAllah.

Dan ada beratus lagi kisah sadis di KLIA2

Kalau ada kongsilah kisah dengan kami


Spread the love

65 Comments

  1. Uhh ngeri juga baca kisah dan pengalaman orang lain ttg KLIA2 ni .. saya belum pernah rasa lagi. Kalau kat KLIA pun dah rasa cungap .. inikan pula kat platform baru … adeh.

    Rasa pihak LTAB kena ambil perhatian dan pandangan pengguna la sblum buat apa2 keputusan …
    Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

  2. Seram baca kisah-kisah di KLIA2. Tapi , setakat ini, masa lagi okay sebab selalu sampai awal dan pastikan gate yang dicari tuh dah tau dok kat mana.

    Mungkin susunan atau papan tanda yang kurang jelas. Perlu ada penambahbaikan dari masa ke semasa terutamanya apabila pertukaran dari flight domestik ke antarabangsa.
    Curahan rasa sharimah @ ..TUJUH PERKARA : JANGAN, DALAM SIMPANAN EMASMy Profile

  3. hehehe. pernah ada pengalaman sewaktu nak ke thailand dulu. lupa gate berapa. saya dengan kawan, duduk kat nun.. selatan..tiba-tiba, ada staf buat pengumuman, flight kami nun kat utara. adoi, dah la lama tak berlari, boleh semput di buatnya. selamatlah sempat sampai. betul rasa takut sangat time tu. hahahaha.

  4. Murni pun pernah sesat jugak, siap pusing 3 kali tempat sma smata2 nak cari gate brapa ntah tak ingat yg pasti no. genap. At last kena tanya dgn staff yg btugas, time ni baru tahu kdudukan smua gate angka ganjil dtempatkan sblah kiri & no genap belah kanan.
    Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..RF3 World Firmax3 MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!