Assalamualaikum dan salam sejahtera, teringat pengalaman kena tegur dengan ground staff Airasia masa nak pergi Bandung sebab aku sampai lewat sangat. Kalau tak silap aku penumpang ke dua terakhir masuk pesawat. KLIA2 bukanlah lapangan terbang paling besar tapi kalau salah percaturan boleh semput nak berlari ke pintu kapal terbang. Yang sudah merasa pasti tahu, silap langkah boleh terlepas kapal terbang seperti kisah aku dalam entri terlepasa penerbangan Airasia. Jom kita baca banyak lagi kisah kekawan kita ni.
Memang azab.. hari tu balik sabah gate K22, lepas tu salah masuk area laluan gate J, tengok sekeliling tak ada pulak tulis laluan K, dengan penuh yakin dan gembira aku jalan je laluan J dgn harapan jumpa K, tapi aku tak sedap hati sebab dah jauh jalan tak ada pulak huruf K, last-last tanya pekerja kat kedai tu mana gate K, dia tunjuk sebelah hujung tapi lain arah.. aku rasa aku hilang 3 kilo berlari ke gate K22.. sampai je semua dah beratur nak masuk, nasib baik.. fuhh
Kisah 2
Pengalaman paling tak boleh dilupakan..sorang-sorang bawa beg troli, k sarffraz yang masuk 10 bulan masa tu..lepas balik kerja terus siap-siap dan minta tolong Hidayu yang ditemani Hawani utk kejar naik LRT plak..sampai sana dah jam 8 mlm, padahal departure jam 8.40 plak tu..dah la gate K22..last passenger masuk flight dengan berpeluh-peluh, merah muka mengah dukung anak dan sorong troli sebab nak kejar flight punya pasal..ni semua semata-mata demi ke majlis kawin Arif & Ana yg disayangi kat JB..semoga perkahwinan korang kekal abadi, berkat doa insan2 yg bersusah hadir demi hari bahagia mu..haha
Hari saya balik ke Sabah. Gate saya ialah J4. Disebabkan tidak mau kelam kabut,saya jalan sambil melihat telatah orang. Dari jauh saya dah nampak gate J1,J2,J3 dan seterusnya J5. Eh,mana J4. Okay, Saya duduk jap sambil online FB and wechat. Tetiba rasa pelik,ada 35 minit sebelum nak berlepas,takkan saya sorang je penumpang. Saya cepat-cepat ke Gate J12 dan tanya staff kat situ. Staff memberitahu saya Gate J4 kat depan skali. saya cepat-cepat melangkah ke gate J1 semula, takde orang juga. Dah rasa nak menangis, siap cakap sorang-orang ” Aku dah kena tinggal dengan kapal ke?.. Okay, nampak staff kat J8, tanya dan dia pun cakap gate J4 ada kat depan. Tapi lebih terperinci kedudukan gate j4 dia terangkan kepada saya. sebelum saya nak pecut, dia siap cakap pergi cepat sebab kejap lagi nak close. Saya pecut dan sampi ke gate J4 dengan tercungap-cungap. cari tempat duduk dengan muka yg nak menangis sebab hampir kena tinggal.
Kisah 4
giler….azab usah cerita…dahlah aku bawak makcik2..pakcik2…anak dah sampai ke gate J ape tah..dia cal..suruh cepat..jauh katenye…buggy pun tak lalu2..hadoihhh..bile ade buggy..aku tahan buggy.
suh makcik pakcik naik dulu..langkah kecik tapi laju…semput mintak nyawa..mujo tak kene tiggal..sape yg 1st time..korang janganlah nak berhenti selfie bagai… kalo nak merasa silakan.. dahlah pegi Padang je… baru nak lelap nak hilangkan lelah…kapten bagi tau udah nak mendarat.
Kisah 5
it happend to me and our team. gate Q. Paling last paling hujung. kami sampai awal. 3 jam sebelum dah check in baggage semua. tu pun nak menapak ke Q mak aii.. bukan main jauh.. takyah berharap nak naik buggy car tu sebab memang penuh lagi satu kita yang muda ni jalan jela pelan-pelan sebab nanti akan ada yang lagi perlu nak naik masa di pertengahan jalan ke biar mereka dapat naik. Jadi datanglah seawal mungkin. check in 3 jam awal. lepas tu kalau ada nak beli ap-apa buat siap-siap. dan mulalah berjalan perlahan-lahan supaya bila sampai tak jadi kelam kabut dan dapat meneruskan perjalanan dalam flight dengan lebih selesa. InsyaAllah.
Dan ada beratus lagi kisah sadis di KLIA2
Kalau ada kongsilah kisah dengan kami
65 Comments
Kenangan yang pasti terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Thanks for sharing
wah semoga sukses selalu min buat perjalannaya… hehe googd job (y)
Curahan rasa sukurin @ ..Belajar Membaca dan Menulis Bahasa Korea (Hangul 한글)
Kapan bisa ngikutin jejak agan yang satu ini ya :D, SEMOGA suatu SAAT nanti 🙂
Curahan rasa Dramkor @ ..Drama Korea Entertainer Subtitle Indonesia
wow keren, kapan ya saya bisa kayak admin, semoga saja suatu hari nanti saya bisa pergi ke klia 🙂
memang jauh perjalanan dalam klia2..setakat ini, saya belum mempunyai pengalaman2 yang sadis macam kawan2…tapi lenguh2 kaki tu jangan cakaplah huhu
Curahan rasa siti hazreen @ ..Jalan-Jalan di Ipoh, Perak 4: Misi Membeli Tiket Keretapi Selesai!
sebab tu kena pegi sampai kat airport 2 jam lebih awal. takut jadi kes mcm ni la hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu
Tapi bak kata pepatah melayu lah yang malang tak berbau, kadang tuh kita dah baikk punya baget awal, tapi bila nak di takdirkan bermasalah, hurmm…
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
saya ada pengalaman berlari kat ke gate kat airport. jauh gila. nasib baik sempat. memang tidur je the whole flight sbb penat sangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu
Memang jauh pun kan kalu dari pintu gate nak ke boarding port, hehehe.. tengok kat tibi jek lah selalunya kan 😉
Curahan rasa Supernifz @ ..Puasa dan Gastrik
Kasihan jika ada bersama kita mak cik pak cik yang dah tak larat nak jalan jauh. Ada buggy ok lah. Jika lambat jenuh juga nak berkejaran menuju ke gate berlepas.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
biasanya warga emas boleh naik cart khas yg disediakan airport. boleh mintak kat kaunter
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fungsi Tersembunyi iPhone yang Anda Patut Tahu
Nak menapak dari departure gate dahla banyak layer security nak kena ngadap..memang keletihan la kalau dah sampai ke gate tu.
Curahan rasa Coffeene @ ..Terjerat di Krabi dan Phuket
Sejak dua menjak berlaku macam-macam kat pesawat. Lagi banyak tapisan pemeriksaan keselamatan dibuat. Nak pergi dekat gate lagi satu hal.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Klia2 kejar untung je. Semakin lama semakin kurang baik servisnya. Tunggu kemunculan syarikat penerbangan lain.
Jika kerjar untung macam tu yang tak seronok. Pelanggan yang penat terpaksa berjalan jauh.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Bila pelanggan lari baru nak bertindak dah terlambat. Jenis yang kejar untung macam ni yang kurang best.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Macam-macam kisah KLIA2 ni walaupun besar ada juga kekurangan yang perlu ditingkatkan
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Harapnya lepas ni ada perubahan. Demi keselesan pelanggan dan kebaikan bersama.Kepuasan pelanggan harus diutamakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
di semua Airport yg besar seperti Dubai dan KLIA2 kita sebagai pengguna mesti datang awal.
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Go Digital kita bila lagi
Itulah sebaiknya. Kena datang awal bagi mengelakan dari kena tinggal kapal terbang dan sebagainya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Pernah dengar cerita kawan berlari-lari kejar flight, siap nama di announce.
Pengalaman yang pasti terpahat di hati. 🙂
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Promosi Hebat National Conference Shaklee
Kasihan bila kes kejar flight berlaku. Bawa keluarga lagi susah nak berkejaran.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
haha lama pulak tak naik kapal terbang ni
paling last pun awal tahu tu hari naik dari senai
Curahan rasa onlajer @ ..Lokasi pemasangan fire alarm Smoke Detector
Nampaknya lepas ni kena naik lagi tuan. rasai pengalaman baru pula di sini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Jual Air Boleh Untung RM6000 Lebih Sebulan
Macam-macam kisah. Yang bawa anak kecil sambil terkejar-kerja bawa beg tu kasihan . Kalau ada situ mahu juga tolong nak bawa beg dia. Alhamdulillah tak terlepas pesawatnya. Dugaan betul bila kejar flight ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Erk.. Seriau dengar bab kena tinggal.. Tapi memang jauh puuunnnn… sebab tu kena gi awal 3 jam.. Semput kot nak bjalan.. Ada plak yang tak tau, pi bergambar n selfie2 kat situ lagi.. Pastu kelam kabut bila tengok jauh lagi perjalanan rupanya nak sampai ke Gate..
haha..betul tu. Jauh betul perjalananya. Jadi nak selamat kena pergi awal bila nak naik flight kat KLIA2 ni. Kurang semput sikit kata orang.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Tak pernah lagi merasa berkejar naik Flight dekat KLIA2… Kalau dekat KLIA dan LCCT dulu dah biasa sangat dah…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Boleh cuba sekali Tuan anuar. Tapi nak selamat bagus pergi awal sikit sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakan diri berlari-lari kejar gate sebelum berlepas.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Duit Tanpa Modal Semasa Cuti Sekolah
Comments are closed.