Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa tahun lepas Malaysia digemparkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan teman-teman. Tertuduh bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan sedang menunggu rayuan setelah makamah menjatuhkan hukuman bersalah yang bakal dihukum gantung sampai mati.
Sekarang sejak ordinan darurat 1969 dimansuhkan kes pembunuhan berlaku setiap hari hanya berkurangan apabila ops cantas khas dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia. Pembunuhan dengan berani sanggup membunuh siapa sahaja yang menghalang hasrat tanpa hati perut mereka demi mencapai matlamat.
Kes pegawai bank AmBank, Noazita Binti Abu Talib yang ditembak dari jarak dekat oleh Pegawai Keselamatan Bank tersebut dan membawa lari lebih RM450 ribu menyentuh hati bukan sahaja rakyat Malaysia malah DS Najib Razak. Aku dapat beberapa keping gambar pembunuhan arwah Noazita Binti Abu Talib melalui whatsapp sebaik berlaku kejadian tembakan kejam tapi tak sampai hati nak sebarkan pada kawan-kawan tak juga kepada isteri sendiri. Pembunuh ini memang kejam tanpa ada perasaan hanya kerana DUIT. Suspek yang dikenali dengan nama palsunya sebagai Ardi Hamza, 37, ditangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor setelah melarikan diri lebih 20 hari. Nama sebenar pembunuh kejam ini Laode Ardina Laode Rasila berasal dari Sulawesi. Semuga pembunuh ini mendapat balasan yang setimpal dengan kezaliman menembah mangsa yang tidak bersenjata.
Terkini kes pembunuhan Noazita Binti Abu Talib
Paling baru jam 4.04 pm, 10/11/13 dapat whatsapp kes pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Ab Malik, 49, yang maut akibat terkena dua das tembakan di hadapan rumahnya. Pembunuh kejam seramai tiga orang berjubah hitam dengan kopiah telah menembak dada arwah Ahmad Raffli Ab Malik dari jarak dekat. Daripada informasi yang tidak rasmi pembunuh ini mungkin pengikut syiah yang bertindak balas setelah arwah mengempur markas syiah di Keratong. Maklumat terkini daripada polis arwah telah ditembak oleh pengikut “Tuhan Harun” atau juga dipanggil “Tuhan 2013″
[box type=”shadow”]Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan 31 pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ menyerah diri bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, di rumahnya di Indera Mahkota 2 – sumber [/box]
Terkini Kes Pembunuhan Ahmad Raffli Ab Malik
Itu hanya dua contoh kes pembunuhan kejam tanpa perasaan yang sudah menjadi lumrah di kalangan rakyat Malaysia daripada berpuluh-puluh lagi kes pembunuhan yang lain. Ianya bukan sahaja berlaku di kalangan bukan Islam tetapi ramai juga mangsa dan pemangsanya adalah orang Islam.
Kehidupan yang berpaksikan dunia dan meninggalkan tuhan adalah punca utama manusia menjadi pembunuh kejam tanpa perasaan ibarat manusia yang dibunuh itu bagaikan patong tidak bernyawa. Budaya membunuh secara kejam kalau tidak dibendung akan menjadikan Malaysia seperti Filipina yang dihentam Taufan Haiyan yang membantai bersih tanpa mengira manusia itu baik atau jahat sehingga membunuh lebih 10,000 mangsa.
ALLAH sudah berjanji apabila manusia sudah lupa dan jauh daripada tuhan maka ALLAH akan membiarkan alam mencari keseimbangan dengan berbagai becana seperti taufan, gempa bumi, banjir besar, tsunami dan sebaginya. Sehingga hari ini semua negara jiran telah dilanda berbagai bencana tetapi Malaysia masih terpelihara soalnya sampai bila???
SUDAHKAH KITA BERSEDIA.
[box type=”shadow”]Hayati Firman ALLAH SWT berikut :
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” – (surah al-Rum ayat 41)
Lagi Firman ALLAH SWT :
“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (surah al-isra ayat 68-69)
dan ALLAH SWT juga ber Firman :
“Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” (surah al-mulk ayat 16)
Mungkinkah kita tidak yakin dengan Firman ALLAH SWT seperti berikut :
“Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (surah saba ayat 16) [/box]
72 Comments
seram pulak baca tajuk Pembunuhan sudah biasa tanpa ada perasaan..harap-harap rakyat Malaysia..janganla tamak dengan harta..tak bawa ke mati
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Sekarang macam macam kes berlaku di malaysia. setiap bulan, ada je dengar kes pembunuhan berlaku. Ya Allah, lindungilah kami semua. Matikanlah kami dalam keadaan beriman. Amin.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Pembunuhan di Malaysia semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh melata. Pembunuhan yang tak berperasaan seumpama hati kering. Membuat pembunuhan kejam contoh seperti membunuh ayam. Ingat manusia binatang? Binatang pun tau sayang
Curahan rasa Kanvas Dakwat @ ..business card MURAH !!!!
dahsyat betul kes pembunuhan di Malaysia..pasal duit pembunuhan tu dah macam jalan mudah untuk dapat kesenangan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kebebasan kemerdekaan yg kita kecapi dr penjajahan dan keganasan kominis bukan bererti bebas dari segala gejala jenayah kejam. Kini terasa bagaikan tidak selamat, bebas dan merdeka… .
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Macam-macam dah perkara terjadi kat Malaysia ini. Orang yang tak bersalah pulak dibunuh dengan begitu kejam sekali. Takut pulak dengar kes pembunuhan seperti ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Never Lose Hope
betul tu. sekarang nak keluar rumah sorang-sorang pun takut. kes ragut, samun, rompak semuanya boleh bawak maut.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Kes pembunuhan yang dahsyat sekarang ni di Malaysia sudah jadi macam bermusim. Bila dikenang kembali kejadian seumpama ini memang menakutkan kerana boleh jadi kita dijadikan sasaran seterusnya akibat dengki orang lain.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah SWT dari kejadian ini. Takut juga nak keluar sorang-sorang. kena berteman 3 4 orang baru rasa selamat. tu pun, masih ada lagi yang kena.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Sebab tu Allah beri hukuman qisas kepada pembunuh. Dan menghukum hukuman bunuh kepada pembunuh, adalah bagi menyelamatkan umat manusia, daripada ada lagi orang yang mati dek perbuatan si pembunuh ni.
Dalam Al-Quran kan ada sebut, bahawa sesiapa yang membunuh, seolah-olah dia telah membunuh seluruh umat manusia. Dan sesiapa yang menghidupkan (menyelamatkan) nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia.
Nak menunjukkan betapa besarnya dosa membunuh.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Siapa yang sanggup membunuh ni, mungkin hatinya dah mati. Dan harus diingat, sekali buat jahat (iaitu pembunuhan), ia akan menjadi kepuasan dan ketagihan. Buat dosa selagi tak bertaubat, selagi tu akan terpalit rasa nak buat lagi dan lagi.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
kes pegawai bank yang kena tembak itu memang sadis..bukana sahaja nasib malang ditembak perompak..video kematian beliau juga disebarkan oleh mereka yang tak bertanggungjawab…kesian kepada ahli keluarga…
tiada hukuman lain yang setimpal bagi pembunuh…dalam Islam pun sudah ditetapka hukumannya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Itulah akibat daripada lalai dan tidak mahu menegakkan hukum Allah.
Sudah jelas peringatan yang Allah bagi. Akhirnya berlaku kepincangan dalam sistem buatan manusia sendiri di mana manusia sekarang mudah membunuh tanpa perasaan.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Stastitik pembunuhan yang sungguh membimbangkan. Rasanya lepas ni kena ambil kelas seni mempertahankan diri seperti silat atau taekwando.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
macam2 jadi kat malaysia ni. takut jugak dngan kadar jenayah yang makin meningkat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Kurangnya tarbiyah dan lemahnya akidah turut menyumbang kepada faktor kadar pembunuhan yang tinggi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Untuk menyuburkan diri dengan tarbiyah, kita boleh ajak rakan-rakan kita sama sekali menghadiri majlis ilmu seperti kuliah Maghrib di Surau.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
dunia akhir zaman.. membunuh sudah menjadi perkara biasa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia 2014
Susah kita nak jangka seseorang, adakalanya orang yang berjawatan tinggi dan memiliki rekod bersih pun bisa menjadi dalang dalam pembunuhan kerana tamak haloba.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Risau dengan keadaan di Malaysia sekarang. Macam-macam berlaku. Nak jugak merasa hukuman hudud dijalankan di Malaysia. Sekurang-kurang mungkin berkurangan jenayah negara.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Tulah kan? Aku sendiri pun rasa takut nak keluar. Ada benarnya juga sekiranya hukum hudud dilaksanakan, kerana Allah juga sudah perintahkan, bukan?
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Comments are closed.