Setelah membaca entri di Megat.net yang bertajuk Carian Keyword Panas, Trafik Mantap! dan entri di Ariffshah.com bertajuk Belajar SEO dengan Google’s SEO report card otak aku mula menganalisa suasana semasa untuk mengambil faedah semaksimum yang boleh. Sifu yang paling sesuai nak belajar keyword dan SEO ni tak lain tak bukan Kak Jie lah yang sentiasa mencuba Keyword yang berjiwa, tak percaya baca entri terbaru Kak Jie Nota Untuk PDRM yang kena Sapu. Kenapa aku cakap berjiwa kerana setiap entri mempunyai cerita bukan sekadar nak guna keyword sahaja.
Sekarang ini tengah panas dengan isu PDRM (Polis Diraja Malaysia). Mungkinkah keyword PDRM atau Polis Diraja Malaysia yang Kak Jie gunakan ini antara yang dikelas oleh Megat.net sebagai keyword Panas. PDRM sedang panas dengan isu Koperal Jenain Subi yang didakwa menembak Aminulrasyid Amzah dan beberapa lagi kes tembak menembak yang lain serta kes pencuri kereta yang memohon maaf kerana tersalah sapu kereta KP Selangor. Aku ingatlah sekarang tengah musim PDRM almaklumlah Malaysia ni ada banyak musim kekadang musim kemalangan, kekadang musim buang bayi, kekadang musim dera anak dan macam musim lagilah. Musim isu PDRM ni lebih panas sehingga melebihi ranking musim Akademi Fantasia ke 8. Jadi sekarang kalau nak jadi terkenal kenalah buat kes dengan PDRM pasti masuk blog, facebook dan surat khabar. Tak lama lagi satu dunia pulak akan demam dengan musim FIFA World Cup 2010.
Memang seronok kalau dapat manafaatkan keyword yang tepat kerana kita akan mendapat pengujung daripada berbagai sumber yang dijemput dan tidak dijemput seperti yang berlaku pada blog Kak Jie yang dapat purata 3343.60 pengunjung setiap hari. Setakat ini baru ada satu sahaja entri di Denaihati iaitu Dua kopitiam yang ada sijil halal daripada jakim yang mendapat pengujung melebih 200 setiap hari semenjak di post pada 27/2/10.

Bayangkan kalau aku ada 20 entri yang mempunyai pengujung melebihi 200 setiap hari untuk setiap entri. Bayangkan…. Insyallah suatu hari nanti akan tercapai hasrat ini yang penting jangan berhenti belajar dan mengajar.  Semuga ada ILMU yang boleh dipelajari daripada entri ini.
[ad#advertlets336]

 
								 
								 
								












304 Comments
sungguhpun post ini lebih kepada keyword panas yang melibatkan perkataan pdrm. namun perkataan pdrm itu sendiri banyak mempengaruhi pandangan dan persepsi kita.
masyarakat sudah lama menjadi ‘prejudice’ terhadap perkatan yang satu ini. itulah masalahnya…
‘first impression’ kita bukanlah sesuatu kebenaran yang ‘absolute’. sungguhpun setiap pandangan kita adalah sesuatu yang benar untuk diri kita sendiri. kerana pandangan itu pilihan kita sendiri.
namun adakah kesimpulan dan pandangan itu sesuatu yang munasabah sekiranya kita hanya membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu perkara kecil tanpa mengambil kira keseluruhan perkara itu?
adakah sesuatu yang bijak membuat kesimpulan bagi keseluruhan gerabak keretapi hanya kerana kita sempat bertandang pada satu daripada ratusan gerabak keretapi?
begitulah juga dengan polis. memang ada polis yang rasuah, salahguna kuasa, dan jahat. tapi adakah kes terpencil ini boleh mengambarkan keseluruhan pasukan polis?
berlaku adillah pada polis sebagaimana kita ingin keadilan itu ditegakkan pada kita.
polis bukan robot, polis juga bukan malaikat, polis tidak lahir dengan unifom terlekat di badan…
satu dimensi persepsi dari:
seorang polis,
senjatanya adalah pena,
pelurunya adalah kata…
Curahan rasa zahrawi @ ..Saman Polis Di Persoalkan
masalah keyword panas nih yang nak saya pelajari sangat
Curahan rasa munir ardi @ ..Hidup Seorang Blogger
Betul tu.. saya juga mau belajar mengenai benda ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Life of a Blogger- HIDUP SEORANG BLOGGER
Jumalh pengunjung yang sangat fantastis
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Piala AFF 2010 – Indonesia Vs Laos 6 – 0
Kalau tau guna keyword, mesti traffic pun meletup2 kan bang Iwan.
Curahan rasa Steward John @ ..Winner of the Biggest Loser Asia 2
Saya pernah mencuba sekali, tapi meta tag saya tidak sempurna…
mmg sangat fantastic
Curahan rasa suarapeople @ ..Menjual Button Dengan Harga Murah
pelajari lah slagi kita mampu..hehehe 🙂
@steward john, *@Dya, Ha, kalau kes tu, memang Dya yang salah sebab tak pakai seat belt pun. Nak femes kena ikut etika.. hehhe
femes ikot etika?mcm mane tu?ade ke jd femes tp sbb2 yg xelok tp still ikot etika? huhu
ohhh kena lah ikut peraturan..heheh pakai lah utk keselamatan
@mieran, *@Dya, pandai dya..hehehe..bila2 dya nak tulis entry make sure letak tajuk entry dengan keyword yang tengah hot sekrang.isi entry mesti berkaitan la dengan tajuk entry,,heheeh
ooo mcm tu rupenya, baru paham keyword tu cane huhu
Benda macam ni lah yang saya masih nak belajar ni.. susah juga nak main2 keyword ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Generate income with Twitter
yea susah nak main keyword kan…kena betul2 mahir
@ajuera, eh silap, bukan title blog to title entri kita…contohnya kalau dya tgk encik DH post entri baru, then dia guna title cam entri ni(PDRM semakin panas), mesti dya tertarik nk baca kn, title die cam pelik je hehe…tp ni pendapat dya la
Comments are closed.