Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang nak ucapkan jutaan terima kasih pada madam yang sentiasa tidak menyekat apabila Abang nak mengembara kemana sahaja terutama apabila bersama sahabat-sahabat kembara yang biasa. Bukan selalu pun ditinggalkan.
Teringat kisah kawan Abang yg isterinya duduk dalam bilik, lansung tak keluar masa dia nak pergi mengembara ke Eropah. Isterinya protes sebab ditinggalkan suami. Sekembali dari trip itu isteri dia bagi tahu itulah trip terakhir sahabat Abang itu boleh pergi tanpa isteri. Selepas daripada itu kawan Abang dah tak pernah mengembara kemana-mana tanpa keluarga. Tapi semua itu tak juga membahagiakan keluarga mereka.
Abang tahu memang ramai para isteri yang tidak sanggup ditinggalkan. Ramai yg sangka kenapa suami nak pergi berjalan tanpa isteri, seperti nak seronok-seronok tanpa isteri.
Pepatah orang tua ada berkata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Berapa banyak suami isteri yg tidak bahagia walaupun sentiasa bersama setiap hari sejak berbelas malahan puluh tahun. Pendapat Abang bagus suami isteri berpisah dalam tempoh paling sikit dua minggu sekurang-kurang sekali dalam setahun untuk refresh perhubungan, kalau dapat 40 hari lagi bagus. Suami pergi mengembara akan mendapat pengalaman hidup baru untuk dibawa dalam rumahtangga manakala isteri yang ditinggalkan akan menguruskan rumahtangga tanpa suami. Semua itu ada manafaat kehidupan menambah pergantungan hidup kepada ALLAH bukan manusia.
Isteri kena lepaskan suami dengan ikhlas dan suami mesti ambil tanggungjawap dengan jujur jangan penyimpang untuk pekara yang menyebabkan hilang kepercayaan isteri. Selang setahun atau dua mesti ada jadual pergi mengembara bersama isteri dan keluarga, barulah isteri pun sejuk hati. Jangan kata tak ada bajet sebab semua itu boleh dicari dengan kerja kuat, kalau goyang kaki memang apa pun tak dapat.
Video di hujung benua dunia
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
31 Comments
jangan tinggal isteri lama sangat, nanti rindu…hehehee…tapi kadang2 berjauhan ni ade positifnya…
Andai kejujuran dan kepercayaan pada suami isteri tu menjadi tunjang utama didalam perhubungan perkahwinan maka pastinya tak jadi masalah untuk tinggalkan isteri.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Keunikan Anggur Muscadine dan Manfaatnya
Betul juga boleh lihat dunia dari perspektif yang lebih luas, di samping itu ada yang kata bila lama tak jumpa akan lebih membangkitkan perasaan rindu terhadap isteri..betul atau tidak cubalah berpisah seketika..
Curahan rasa YUSRI WAHAB @ ..Tukar Kad Bank Secara Online je
Untunglah abang denaihati, isteri boleh faham. 🙂
Saya pergi KL tanpa isteri pun dah macam-macam ditanyanya. Apa rahsianya?
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Mengembalikan Sihir?
Di tinggalkan..kadang bagus juga. takut tempat yang nak pergi tu tak sesuai dengan adanya isteri bersama. Atas faktor keselamatan dan untuk senang bergerak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Dah selalu bawa ke mana-mana. Ada kalanya di tinggalkan seketika ok juga. Rasa berdikari akan mudah wujud bila berjauhan seketika.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Sesekali berjauhan mesti lagi manis bila berjumpa. Banyak cerita boleh kongsi dengan isteri abang DH nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
dah biasa ditinggalkan suami pula jenis kaki mancing..tapi kalau berminggu2 tu memang tak sangguplah…hehe… kalau 2 3 hari bolehlah….paling lama seminggu… dahlah WAHM suami kena adil jugalah bawak kita jalan2 juga.. baru lah wife pun senang ati…
Curahan rasa Raihan @ ..Petua Atasi Masalah Senggugut
Menarik cerita dari artikel ini. Biasanya isu ini sensitif untuk diketengahkan. Yerla nanti ramai para isteri tersentuh tapi bila tahu dan rasai hikmahnya pasti beroleh sesuatu yang baik.
Bak kata pepatah “Sayang isteri tinggal, tinggalkan”.
Curahan rasa BukuTravel.com @ ..Beg Travel – 10 Perkara Penting Untuk Perancangan Travel
Setujuu Sgt… Sekali sekala berpisah sementara Akan mengundang rindu… Tapi suami2 pun kena bg cannn dekat isteri utk travel jugak.. Hehe
Curahan rasa Hasmulini Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Kempiskan Perut Tanpa Ubat
Rasanya isteri lebih suka window shopping daripada travel dengan kawan-kawan.. kena angkat beg berat-berat sendiri tanpa bantuan suami… hehehe
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat….
Window shopping tempat untuk isteri release tention betul tak? Masuk shopping complex mereka rasa tenang… Bila sampai ke rumah mereka rasa penat…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat….
yg ni setuju.. terapi paling best..hehehe..bagi je duit belanja…
bab tinggal2kan isteri tu saya setuju. hehe. kadang bila dah nikah ni, memang susah nak lepas. kemana sahaja dia nak ikut. Untuk sama adil, kenalah rancang percutian bersama mereka juga. jangan kita sahaja asyik keluar travel, isteri terperap kat rumah. kalau dapat buat macam tu, memang senanglah nak keluar mengembara 40 hari. hehehe.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Kelebihan tersembunyi Agent Insurance.
Sebab tu sebelum kawen berjimba la puas2 dengan kawan2 sebab alam selepas kawen ni hanya untuk anak isteri aje yea.. Hehehe..
Setuju dengan abang DH… rindu pabila berjauhan menjadikan hubungan lebih intim bila balik nnti
Setuju isteri perlu beri kebebasan kepada suami untuk berjimba dengan sahabat mereka sekali sekala. Namun, diharapkan agar para suami pun berlaku adil lah dengan beri keizinan kepada isteri tercinta untuk keluar bergembira dengan girlfriends nya jugak… Bak kata omputih tue, “Girls’ Day Out”.. Atau, mungkin dalam kes nie jadi, “Girls’ Week Out”, hehe..
Curahan rasa arnie @ ..Rawatan Kayap Dengan Bawang Putih dan Biji Labu
saya sokong adanya girl’s day out…orang perempuan pun nak jugak bergumbira dengan kawan-kawan hehe
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional 2017
Kannn… kita pun nak ada girl’s day out jugak.. Paling tidak pun, keluar lepak bergossip sambil buat facial spa & massage pun dah cukup, hehe.. 😀
Curahan rasa arnie @ ..Percutian Percuma Di The Westin Langkawi Resort & Spa
Betul tu… baru teringat kata pepatah.. sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.. supaya sampai masanya suami ‘kena’ balik.. isteri pula bila balik ‘kena’….. hehehe.. x24
Curahan rasa anuar @ ..3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Comments are closed.