Nikmat tinggalkan isteri sekali sekala

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang nak ucapkan jutaan terima kasih pada madam yang sentiasa tidak menyekat apabila Abang nak mengembara kemana sahaja terutama apabila bersama sahabat-sahabat kembara yang biasa. Bukan selalu pun ditinggalkan.

Denaihati.com #KembaraPalestine

Teringat kisah kawan Abang yg isterinya duduk dalam bilik, lansung tak keluar masa dia nak pergi mengembara ke Eropah. Isterinya protes sebab ditinggalkan suami. Sekembali dari trip itu isteri dia bagi tahu itulah trip terakhir sahabat Abang itu boleh pergi tanpa isteri. Selepas daripada itu kawan Abang dah tak pernah mengembara kemana-mana tanpa keluarga. Tapi semua itu tak juga membahagiakan keluarga mereka.

gambar keluarga Denaihati
Kebahagian perlu dibina buka datang bergolek

Abang tahu memang ramai para isteri yang tidak sanggup ditinggalkan. Ramai yg sangka kenapa suami nak pergi berjalan tanpa isteri, seperti nak seronok-seronok tanpa isteri.

Pepatah orang tua ada berkata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Berapa banyak suami isteri yg tidak bahagia walaupun sentiasa bersama setiap hari sejak berbelas malahan puluh tahun. Pendapat Abang bagus suami isteri berpisah dalam tempoh paling sikit dua minggu sekurang-kurang sekali dalam setahun untuk refresh perhubungan, kalau dapat 40 hari lagi bagus. Suami pergi mengembara akan mendapat pengalaman hidup baru untuk dibawa dalam rumahtangga manakala isteri yang ditinggalkan akan menguruskan rumahtangga tanpa suami. Semua itu ada manafaat kehidupan menambah pergantungan hidup kepada ALLAH bukan manusia.

keindahan Amsterdam

Isteri kena lepaskan suami dengan ikhlas dan suami mesti ambil tanggungjawap dengan jujur jangan penyimpang untuk pekara yang menyebabkan hilang kepercayaan isteri. Selang setahun atau dua mesti ada jadual pergi mengembara bersama isteri dan keluarga, barulah isteri pun sejuk hati. Jangan kata tak ada bajet sebab semua itu boleh dicari dengan kerja kuat, kalau goyang kaki memang apa pun tak dapat.

Video di hujung benua dunia

Kepada suami isteri yg belum pernah berpisah sekali sekala, buatlah pasti ada kelainan hubungan kerana akhirnya kita akan berpisah nyawa juga. Abang entah sudah berpuluh kali tinggalkan isteri dan keluarga pernah bertahun-tahun.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

31 Comments

  1. dah biasa ditinggalkan suami pula jenis kaki mancing..tapi kalau berminggu2 tu memang tak sangguplah…hehe… kalau 2 3 hari bolehlah….paling lama seminggu… dahlah WAHM suami kena adil jugalah bawak kita jalan2 juga.. baru lah wife pun senang ati…
    Curahan rasa Raihan @ ..Petua Atasi Masalah SenggugutMy Profile

  2. bab tinggal2kan isteri tu saya setuju. hehe. kadang bila dah nikah ni, memang susah nak lepas. kemana sahaja dia nak ikut. Untuk sama adil, kenalah rancang percutian bersama mereka juga. jangan kita sahaja asyik keluar travel, isteri terperap kat rumah. kalau dapat buat macam tu, memang senanglah nak keluar mengembara 40 hari. hehehe.
    Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Kelebihan tersembunyi Agent Insurance.My Profile

  3. Setuju isteri perlu beri kebebasan kepada suami untuk berjimba dengan sahabat mereka sekali sekala. Namun, diharapkan agar para suami pun berlaku adil lah dengan beri keizinan kepada isteri tercinta untuk keluar bergembira dengan girlfriends nya jugak… Bak kata omputih tue, “Girls’ Day Out”.. Atau, mungkin dalam kes nie jadi, “Girls’ Week Out”, hehe..
    Curahan rasa arnie @ ..Rawatan Kayap Dengan Bawang Putih dan Biji LabuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!