Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “idea bisnis dengan modal RM200K“. Kali ini Abang nak berkongi idea bisnis dengan modal RM5000.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Abang terbaca status facebook Tuan Mohd Zahid Arifen minta pendapat cara untuk gandakan duit RM5000. Macam-macam idea bagus dikongsikan oleh kawan-kawan tuan Zahid. Abang pun tidak mahu ketinggalan berkongsi sedikit ilmu yang ada.
Abang cadangkan beliau guna modal RM5000 melabur saham Bursa Malaysia untuk gandakan duit tersebut. Tuan Zahid balas balik cadangan Abang, adakah cukup dengan modal RM5000 untuk melabur saham BSKL. Pasti ramai juga pembaca yang bertanyakan soalan yang sama kerana persepsi masyarkat untuk melabur saham BSKL mesti perlukan modal yang banyak.
Abang cadangkan buka akaun CDS di syarikat broker yang boleh memberi fasiliti margin contohnya RHB Securities, Kenanga Securities, Maybank Securities atau lain-lain yang berdaftar. Guna modal RM5000 beli saham yang asasnya kukuh untuk jangka masa panjang contoh Dagang Nexchange Bhd (Dnex).
Ketika entri ini ditulis harga Dnex adalah RM0.60. Dengan pembelian ini kita layak dapat fasiliti margin katalah tiga kali ganda daripada syarikat broker yang kita berdaftar, jadi kita boleh membeli saham lain bernilai RM15,000.
Katalah daripada fasiliti RM15,000 kita guna RM5000 untuk beli saham Censof Holding pada harga RM0.33 (harga semasa ketika entri ini ditulis). Kalau naik RM0.05 makna kenaikan 15% boleh lah dapat keuntungan lebih kurang RM750. RM750 untung guna semula beli saham Dnex untuk tambah fasiliti margin kita yang akan jadi RM17,000.
Pemilihan belian saham mestilah ikut indikator dan nasihat dari pakar saham. Ulang ulang ulang dan ulang jual beli saham dan tambah margin sehingga mencapai target yang ditetapkan. Kita tidak perlu beli saham hari-hari tetapi beli apabila mendapat pertunjuk yang jelas.
Mungkin ada yang target nak kumpul sehingga RM50,000 atau RM100,000 atau sejuta. Rugi pasti ada bukan confirm semua untung.
Abang sudah bertemu dengan seorang anak muda dari Kota Kinabalu yang trade saham BSKL secara part time dengan modal permulaan RM5000. Pada awal 2017 ketika Abang bertemu beliau, dana yang sudah terkumpul adalah RM700,000 dalam tempoh dua tahun lebih. Khabarnya pada Julai 2017 dana terkumpul terlah mencecah angka RM1juta.
Dari pengalaman Abang lebih 10 tahun memang boleh melabur saham BSKL dengan modal RM5000. Kuncinya mesti disiplin dan ikut teknik yang betul. Sekarang lagi mudah ada ramai sifu-sifu saham yang mengajar teknik saham yang betul untuk berjaya antara sifu saham yang Abang cadangkan adalah Master Yusnizam Yusoff.
Kepada kawan-kawan yang ada modal lebih banyak hasil daripada bisnis, pelaburan saham BSKL lah antara cara terbaik untuk mengandakan duit anda. Topik ini sudah beberapa kali Abang sentuh dalam entri-entri sebelum ini. Biarkan duit buat duit untuk kita.
Kawan-kawan pulak bagaimana nak gandakan duit RM5K.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
64 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
mungkin kalau punya uang sebanyak ini saya hanya akan tinggal dirumah beli beberap domain dan jadi full time blogger
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pepes Bandeng Bumbu Pedas
Benar, domain dan hosting pun tak sampai RM150 kos tahunannya, mudah dimiliki.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD
best kalau ada orang guide, takda la melebur wang yang ada, 5000 banyak juga tu, jika dilaburkan dan diguide dengan tepat, insyallah hasil berganda…
Curahan rasa imah @ ..Produk Untuk Kempiskan Perut Supaya Hilang Buncit
Masih boleh guna modal RM500, selebihnya buat kos pemasaran emel, Adwords, FB Ads dan SEO.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Wahh agak menarik. Yang penting perlu bijak supaya pelaburan wang tu tak sia-sia. Nice sharing
Curahan rasa Ira @ ..Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita
Benar, nak habiskan RM5000 sekejap sahaja, tapi nak cari semula makan masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
Baru perasan la post ni. Teringin nak buat camni tapi tk berapa berani hehe sbb takde orang nak ajar. Ok ada hobby baru nak research pasal benda ni hehe
Curahan rasa Syakilla @ ..Mengawal Pengambilan Karbohidrat Membantu Menurunkan Berat Badan
Jika kita bijak, bisnes boleh guna modal zero, hanya perlu cari pelabur sahaja, manakala bisns kita yang jalankan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM30 Ribu Dengan Produk Informasi
Saya sangat berkenaan dengan topik ini. Sebab prinsip saya adalah memulakan bisnes dengan modal dibawah RM5000 kerana ia adalah sangat sesuai. Jika idea bisnes itu berjaya, modal seterusnya boleh dicari dengan mendapatkan pelaburan yang tepat, tetapi jika gagal modal RM5000 hangus terbakar masih dapat diterima walaupun pahit. Bayangkan jika kerugian RM200 ribu?
Curahan rasa Hadi @ ..Pakej Honeymoon Langkawi: [Pekan Kuah]
Hebatnya anak muda tu. Kita kalau nak melabur saham pun kena lah tahu mana yang ok yang mana tak ok. Ish sangat teruja nak belajar skali.
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Set Kolestrol Shaklee : Cegah Kolestrol Daripada Makanan dan Kurangkan Kolestrol Sedia Ada Dalam Badan
Mulakan dengan belajar saham secara asas, baru boleh labur nilai yang tinggi nanti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Dahulu berbisnes seorang diri boleh dapat RM5,000 tapi sekarang jika kita bekerjasama boleh dapat lebih lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Inilah rahsia kejayaan Tim Infokerjaya… erk ada kerja kosong tak dekat syarikat tuan?
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Terima kasih di atas nasihat yang Tuan Denaihati berikan ” Biarkan duit buat duit untuk kita”… In Shaa Allah, saya juga sedang berusaha ke arah itu… Doakan kejayaan saya..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Master Yusnizam Yusoff ni bukan master Yus yang mengajar Tuisyen dulu tu ker?
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Hebat beliau ni! Bukan sahaja pakar dalam pelaburan hartanah… Sekarang ni dah pakar dalam pelaburan saham juga rupanya…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tahniah!! Tumpang gembira melihat anak-anak melayu yang telah berjaya seperti beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Dahsyatnya anak muda tersebut… Dengan modal RM5000 boleh berkembang menjadi RM700,000. Memang hebat!!..
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Dengan testimoni beliau, memang senang untuk beliau buat bengkel atau seminar… Pasti ramai yang berminat nak join dan berguru dengan beliau…
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Untung orang yang pandai bermain saham… Modal berapa pun yang ada boleh digunakan untuk menggandakan duit….
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Baru perasan tentang artikel modal RM5000 ni… Sebelum ni cuma perasan artikel yang ada modal RM200000 sahaja….
Curahan rasa Anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Comments are closed.