Mira Filzah rai peminat di Miraclegacy Sports Day

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

siapa yang tak kenal dengan Mira Filzah, nama yang semakin popular di dalam industri hiburan. Mira yang telah dinobatkan di antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016 kini semakin mengorak langkah dengan pelbagai misi dan visi. Pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 yang lalu bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, telah berlangsung aktiviti bersama peminat-peminat beliau.

Miraclegacy Sports Day, yang dihadiri oleh penyokong dan pendokong Mira Filzah yang datang dari pelbagai lokasi jauh dan dekat. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Kuning, Kumpulan Biru, Kumpulan Hijau dan Kumpulan Merah.

Pagi di Miraclegacy Sports Day bermula dengan sesi pendaftaran, pembahagian kumpulan dan juga sarapan pagi. Nasi Lemak Anak Dara yang diterajui oleh Siti Hajjar juga memberi sokongan sebagai penaja sarapan pagi. Semua ahli kelab peminat Mira Filzah yang dikenali sebagai Miralcegacy itu melakukan aktiviti memanaskan badan senamrobik terlebih dahulu.

Namun demikian, Biobax yang juga sebahagian daripada penaja bersedia dengan Biobax Spray yang boleh menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang.

Kemunculan Mira Filzah sememangnya dinanti-nantikan dan semuanya penuh semangat menunggu sambi memberi sorakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Hafiz dan Amar diberi tugas sebagai pengacara majlis bersama Mira Filzah.

Miraclegacy Sports Day hubungkan silaturrahim peminat

Ucapan dimulakan dengan bonda Mira Filzah iaitu Puan Faizatul Akmar Hisan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada aktiviti Mira Filzah dan kelab peminatnya.

Presiden Miraclegacy, Firdaus Yasin sebelum itu memberitahu aktiviti awal tahun ini telah dirancang sekian lama dan ianya memberikan satu peluang untuk sesama ahli kelab untuk mengeratkan hubungan. Ini terbukti apabila kelihatan semuanya bersemangat dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti bermula lagi.

Seterusnya  Mira memotong reben melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian laman sesawang www.miraclegacy.com yang dibuat khas untuk peminat-peminat Mira Filzah di seluruh dunia.

Aktiviti Berkonsepkan Permainan Budaya

Di Miraclegacy Sports Day ini, Guligeng diberi tanggungjawab sebagai event organizer yang menyediakan aktiviti-aktiviti permainan berkonsepkan tradisional dan budaya. Permainan Budaya ini merupakan permainan yang unik. Ianya mampu membentuk perpaduan serta sikap kerjasama berpasukan.

Bukan sekadar menyihatkan badan, malah juga mampu mencergaskan minda melalui strategi kemenangan yang disusun. Semuanya seperti mengimbau zaman kanak-kanak kerana aktivitinya adalah seperti tarik upih, lari dalam guni, tuju tin, kereta sorong, tarik tali dan pelbagai lagi.

Terompah gergasi perlukan pergerakan kaki yang sama
Lari Dalam Guni berdua lebih mencabar
Tarik Upih mengimbau kenangan lama
Keseimbangan dalam ‘Kaki Hantu’
Kereta Sorong selalu semasa Pendidikan Jasmani waktu kecil
Tuju Tin uji kecekapan dan kepantasan
Tiup tepung dan ambil gula-gula
Bonda Mira Filzah lambungkan belon berisi air

Kesemuanya sporting dan bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti berehat dengan Siti Hajjar menunjukkan cara membungkus nasi lemak. Kebetulan ada pelancong dari Australia, maka ia terus menjadi sesuatu yang unik dan spontan. Nasi lemak dan sambal terus dimakan oleh pelancong asing dan mengatakan ia sedap walaupun sedikit pedas katanya.

Siti Hajjar menunjukkan cara bungkus nasi lemak anak dara
Orang kuat Miraclegacy

Acara tarik tali kebiasaannya menjadi yang terakhir bagi acara sukaneka. Namun kejutan juga untuk semua apabila tali terputus apabila berentap kali pertama. Mujur pihak penganjur ada sediakan tali simpanan. Beradu tenaga serta kerjasama dilihat dalam aktiviti ini dan seperti biasa kumpulan masing-masing dengan strategi masing-masing.

Tarik Tali di Miraclegacy Sports Day cukup meriah

Setelah markah dikira, Kumpulan Hijau mendapat tempat keempat, Kumpulan Biru ditempat ketiga manakala kumpulan kuning dan merah mendapat markah seri. Kemudian ditentukan dengan penentuan di acara Tuju Tin.

Nampak seperti mudah tetapi mungkin gugup dengan penentuan akhir, maka kemenangan berpihak kepada kumpulan merah. Acara penyampaian hadiah disampaikan oleh Mira Filzah dan Amar.

Kumpulan Hijau mendapat tempat keempat
Kumpulan Biru mendapat tempat ketiga
Kumpulan Kuning mendapat tempat kedua
Kumpulan merah sebagai juara Miraclegacy Sports Day 2016
Miraclegacy

Tahniah diucapkan kepada kelab peminat Mira Filzah yang berjaya mengadakan aktiviti seumpama ini. Semoga Mira Filzah dan Miraclegacy lebih maju di masa hadapan dan mencapai objektif yang dibuat. Pihak Denaihati Network juga merakam setinggi-tinggi terima kasih kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada majlis Miraclegacy Sports Day 2017 ini.

Inshaa Allah akan bertemu di lain masa dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada di alam maya dan media sosial.

Video penuh Miraclegacy Sports Day (jangan lupa subscribe ya!)


Spread the love

33 Comments

  1. Rupanya Mira Filzah antara 100 usahawan muda paling berpengaruh 2016. Peminat tentu seronok dapat bersama artis kesayangan mereka dalam aktiviti Mira Legacy Sports Day.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!