Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
siapa yang tak kenal dengan Mira Filzah, nama yang semakin popular di dalam industri hiburan. Mira yang telah dinobatkan di antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2016 kini semakin mengorak langkah dengan pelbagai misi dan visi. Pada hari Sabtu, 7 Januari 2017 yang lalu bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, telah berlangsung aktiviti bersama peminat-peminat beliau.
Miraclegacy Sports Day, yang dihadiri oleh penyokong dan pendokong Mira Filzah yang datang dari pelbagai lokasi jauh dan dekat. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Kuning, Kumpulan Biru, Kumpulan Hijau dan Kumpulan Merah.
Pagi di Miraclegacy Sports Day bermula dengan sesi pendaftaran, pembahagian kumpulan dan juga sarapan pagi. Nasi Lemak Anak Dara yang diterajui oleh Siti Hajjar juga memberi sokongan sebagai penaja sarapan pagi. Semua ahli kelab peminat Mira Filzah yang dikenali sebagai Miralcegacy itu melakukan aktiviti memanaskan badan senamrobik terlebih dahulu.
Namun demikian, Biobax yang juga sebahagian daripada penaja bersedia dengan Biobax Spray yang boleh menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang.
Kemunculan Mira Filzah sememangnya dinanti-nantikan dan semuanya penuh semangat menunggu sambi memberi sorakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Hafiz dan Amar diberi tugas sebagai pengacara majlis bersama Mira Filzah.
Miraclegacy Sports Day hubungkan silaturrahim peminat
Ucapan dimulakan dengan bonda Mira Filzah iaitu Puan Faizatul Akmar Hisan yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada aktiviti Mira Filzah dan kelab peminatnya.
Presiden Miraclegacy, Firdaus Yasin sebelum itu memberitahu aktiviti awal tahun ini telah dirancang sekian lama dan ianya memberikan satu peluang untuk sesama ahli kelab untuk mengeratkan hubungan. Ini terbukti apabila kelihatan semuanya bersemangat dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti bermula lagi.
Seterusnya Mira memotong reben melepaskan belon ke udara sebagai simbolik perasmian laman sesawang www.miraclegacy.com yang dibuat khas untuk peminat-peminat Mira Filzah di seluruh dunia.
Aktiviti Berkonsepkan Permainan Budaya
Di Miraclegacy Sports Day ini, Guligeng diberi tanggungjawab sebagai event organizer yang menyediakan aktiviti-aktiviti permainan berkonsepkan tradisional dan budaya. Permainan Budaya ini merupakan permainan yang unik. Ianya mampu membentuk perpaduan serta sikap kerjasama berpasukan.
Bukan sekadar menyihatkan badan, malah juga mampu mencergaskan minda melalui strategi kemenangan yang disusun. Semuanya seperti mengimbau zaman kanak-kanak kerana aktivitinya adalah seperti tarik upih, lari dalam guni, tuju tin, kereta sorong, tarik tali dan pelbagai lagi.
Kesemuanya sporting dan bergembira dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti berehat dengan Siti Hajjar menunjukkan cara membungkus nasi lemak. Kebetulan ada pelancong dari Australia, maka ia terus menjadi sesuatu yang unik dan spontan. Nasi lemak dan sambal terus dimakan oleh pelancong asing dan mengatakan ia sedap walaupun sedikit pedas katanya.
Acara tarik tali kebiasaannya menjadi yang terakhir bagi acara sukaneka. Namun kejutan juga untuk semua apabila tali terputus apabila berentap kali pertama. Mujur pihak penganjur ada sediakan tali simpanan. Beradu tenaga serta kerjasama dilihat dalam aktiviti ini dan seperti biasa kumpulan masing-masing dengan strategi masing-masing.
Setelah markah dikira, Kumpulan Hijau mendapat tempat keempat, Kumpulan Biru ditempat ketiga manakala kumpulan kuning dan merah mendapat markah seri. Kemudian ditentukan dengan penentuan di acara Tuju Tin.
Tahniah diucapkan kepada kelab peminat Mira Filzah yang berjaya mengadakan aktiviti seumpama ini. Semoga Mira Filzah dan Miraclegacy lebih maju di masa hadapan dan mencapai objektif yang dibuat. Pihak Denaihati Network juga merakam setinggi-tinggi terima kasih kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada majlis Miraclegacy Sports Day 2017 ini.
Inshaa Allah akan bertemu di lain masa dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sama ada di alam maya dan media sosial.
Video penuh Miraclegacy Sports Day (jangan lupa subscribe ya!)
33 Comments
pergh bertuah betual peminat dapat bersama – sama bersukannika dengan mira filzah
Curahan rasa onlajer @ ..Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
terbaiklah .. dah boleh buat sukaneka untuk peminat..
memang betul-betul popular mira filzah ni.
Curahan rasa zool @ ..Ke Hospital Jasin dan Hospital Pantai , Majlis Perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru
Wahhh.. bestnya aktiviti bersama retiss.. dahla mira filzah tu cantik, berjaya pula tu..
Semoga sukses sokmo
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Rahsia Panjang Umur Terhangat Dan Jadi Rebutan Ramai
Patutlah ramai usahawan yang upload gambar produk dengan Mira Filzah, ingatkan jadi duta produk rasmi mereka 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Nota Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan
feewit..good job artis meraikan peminatnya..peminat gembira, artis semakin popular dan mendapat habuannya
Curahan rasa eyriqazz @ ..Adakah Sekarang Masa Yang Tepat Untuk Membeli Rumah?
seronoknya bersukan bersama artis. aktiviti yang memang sangat sesuaikan untuk merapatkan silaturahim. semoga ada lagi tahun hadapan.
Curahan rasa kimmie @ ..GIVEAWAY: JOM BACA BUKU – NOVEL PERCUMA!!!
bagus jjugak buat aktiviti outdood mcm ni.. biasa artis buat makan makan kat hotel je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Rasmi Pemain JDT 2017
Best tengok aktiviti-aktiviti yang ada. teringat zaman sekolah dulu..hehe..semoga rezeki mira filzah semakin luas hendaknya..amin..
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Lesung pipit : Kecacatan yang sempurna!
tahniah mira, baguslah ingat pada peminat yang menyokong beliau selama ni. die hard fans mesti datang tu
Curahan rasa raihanah @ ..Tua dan Sihat atau Tua dan Sakit
Tahniah buat Mira Filzah. Seorang artis yang independent. Tidak cepat melatah dengan komen negatif peminat. Semoga terus success…
Aminnnn
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Taman Saujana Hijau lokasi menarik dilawati di Putrajaya
Aktiviti macam ni boleh mengeratkan hubungan lagi.
Tahniah buat mira filzah dan team.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Tahniah buat Mira Filzah.
Membuka tapak baru lagi.
semoga terus berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Teringat zaman dak2 sekolah main permainan tradisional.. cantik sungguh ciptaan Allah.. duhai mira abam masih single dan belum berkahwin.. sudikah kita berkenal kenalan dahulu?
Curahan rasa imnajmi @ ..Adakah SEO masih relevan untuk tahun 2017?
Good luck bro.. semoga berjaya..
saya tak berani…
nanti kalau berjaya tulis kat blog ye.. panggil blogger reramai
Curahan rasa zool @ ..Ke Hospital Jasin dan Hospital Pantai , Majlis Perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru
alahai comelnya Mira Filzah…
Suka tengok dia berlakon..
Tengok mengacarakan kat 3Juara tu pun boleh tahan jugak…
Jayakan Penyusuan
Curahan rasa Aziana @ ..4 Perkara Jayakan Penyusuan
aiii..mira filzah ni memang betul2 menguji kuota wakakaka…dah la ala ala bebudak2 haha..suara rare lg…amboi
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Asal Usul dan Hukum Memakai Pakaian Hitam Ketika Kematian
amboi.berani nampak. kang mem baca komen ni baru tau
Curahan rasa zool @ ..Pasukan Hoki Wanita Negara Tersungkur di tangan Ireland
Comments are closed.