Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Marah Ayah dan Ibu setakat mana

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.

1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.

Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.

“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.

Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.

Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.

Pejalanan terakhir untuk setiap manusia

Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.

AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.

Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.

---

  1. Allah berfirman, “Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya “ahh” dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23). Oleh itu jagalah setiap patah perkataan kita terhadap mereka, jgn meninggikan suara kita hinggakan mereka terasa apa yg kita ujarkan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.My Profile

  2. Walaupun ibubapa marah terhadap kita, jgn pula kita marah pula pada mereka kerana sesungguhnya marahnya terhadap kita cuma sekadar nasihat saja.
    Entri terbaru sensasi2020 – Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.My Profile

  3. Nabi saw. bersabda, ” Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu.” (HR al-Hakim). Ini pula hadis Nabi jnjungan kita terhadap umatnya supaya jangan kamu derhaka terhadap ibubapa dan Allah membalasNya terhadap kamu di akhirat nanti.
    Entri terbaru sensasi2020 – Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.My Profile

  4. Allah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (al-Ahqaf: 15). Oleh itu janganlah menderhaka terhadap mereka.
    Entri terbaru sensasi2020 – Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.My Profile

  5. Sedih dengar kisah ni bro.. tapi ni bukan satu kes je.. sebenarnya ramai lagi anak2 yang dekat luar sana tak pulang2 ziarah ibu bapa dekat kg.. nak nampak batang hidung time nak raya je.. alasan sebuk.. tapi kalau sebuk boleh pulak gi melancong luar negara.. ada pulak masa nak gi jalan-jalan..

    Ingatlah wahai sahabat diluar sana.. berapa lama kita boleh tengok orang tua kita.. mungkin esok atau lusa sama kita atau mereka je yang pergi dulu..
    Entri terbaru myvitrd – Taktik Terbaru Penipu Nak MenipuMy Profile

  6. Kisah yang amat baik dijadikan teladan. Perselisihan itu asam garam kehidupan. Maklum manusia itu hatinya berbeza-beza. Namun sungguh setuju bahawa ibu bapa itu, walau sebanyak mana kelemahan mereka, jangan sampai kita melupakan hakikat terbesar kehidupan kita. Itulah, tanpa mereka siapalah kita di dunia ini…
    Entri terbaru adillaharun – PENGAJARAN TANAH SUCI: KISAH UNCANG KASUT DAN WUDUK(2)My Profile

  7. budak-budak zmn skrg terlalu suka ikut perasaan. nak pulak yg mengalami krisis umur belasan. memang ego memakan diri la dlm kisah ni. bila dah tak ada .. baru kita nak balik tengok dia? Nasi dah jadi bubur .. menyesal pun dah tak berguna.
    Entri terbaru kakchik – W.I.P. ~ Work In ProgressMy Profile

  8. soal hati dan perasaan ni terlalu subjektif. kadang kita tak sedar kita terlalu ikutkan rasa hati. Kebiasaannya ibu bapa memaafkan anak-anaknya. Mudah-mudah dan InshaAllah.
    Entri terbaru Sya Isya – MAKSUD SYAABAN & AMAL IBADAH YANG DIANJURKAN PADA BULAN SYA’BANMy Profile

  9. Fotonya bikin ngeri, Mbak. Smoga arwahnya diterima di sisi-Nya.

  10. Al-Fatihah utk arwah. Moga mendapat rahmat Allah jua…ameen
    Entri terbaru hafizmd – Siri 3:Ambil Kesempatan Atas 10 BloggerMy Profile

  11. Dalam hadis ada menyatakan bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.

  12. Al-fatihah. .:)

    semoga mendapatkan tmpat yg terbaik. .:)

  13. mudah-mudahan kita doakan amal baiknya diterima allah swt, ini mengingat kan kita akan hal kematian, bahwa hidup di dunia hanyalah sementara.

  14. Al-Fatihah..

    1 pengajaran dari entry ni, kita mungkin rasa terguris dengan Ibu Bapa tapi tanpa kita sedar mungkin kita juga pernah guriskan hati IbuBapa, tetapi mereka tak pernah ambil hati, malahan tetap menyayngi kita.
    Entri terbaru Myra Jay – Contest Eyriqazz Vs Denaihati – Cabaran SEOMy Profile

  15. kalau melihat photonya mengingatkan kita akan kematian,,,,
    Entri terbaru agen herbalife – Agen Herbalife BandungMy Profile

Trackbacks

    Artikel pilihan...close