Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 4/7/12 sepatutnya aku mengikut rombongan Kembara Media ke Kemboja untuk membuat liputan aktiviti eQurban dan Koperasi Muslim Kemboja. Niat terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur. Rombongan kembara Media bersama Blogger Sweetkurma berlepas dari LCCT awal pagi 4/7/12.
1/7/12 aku pulang ke kampung di Segamat untuk ziarah emak dan abah. Mereka ikut kami balik ke Kuala Lumpur kerana ingin menziarahi besan yang dimasukan di Hospital Serdang. Biasalah bila dah berjumpa dengan emak dan abah berbagai kisah keluarga dibincangkan. Antara kisah paling sadis yang baru aku tahu seorang sepupu di Muar tidak pernah balik kampung menziarahi ibubapanya selama tiga tahun berturut-turut kerana terguris hati dengan kata-kata kasar bapanya. Memang ramai anak-anak yang merajuk dengan ibubapa sehingga sanggup tidak pulang ke kampung bertahun-tahun demi menegakkan keegoan yang entah kemana.
Pagi 4/7/12 sedang asyik aku menulis entri “Hyundai Pusat 3S Sutera Gemilang Auto“, memantau harga saham Felda dan menerima laporan pergerakkan Kembara Media Kemboja dari Pegawai Operasi eQurban tiba-tiba aku menerima whatsapp yang mengejutkan.
“Pak Cik Mis meninggal kemalangan”.
Terkejut sebab baru semalam dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi ini sudah tiada dijemput Allah SWT. Memang hebat perancangan Allah SWT kalau tidak kerana rombongan dari Pekanbaru yang akan sampai petang 4/7/12 pasti aku sedang berada di Kemboja dan tidak dapat menziarahi arwah Pak Cik yang memang rapat sangat dengan aku. Oleh kerana anak-anak sedang bersekolah dan tetamu Pekanbaru akan sampai maka aku dan isteri berbahagi tugas. Aku pergi sendiri menziarahi arwah Pak Cik.
Alhamdulillah walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan sempat juga aku menatap wajah arwah untuk kali terakhir dan menyembahyangkan jenazah beliau. Dalam hati berkata sudah tiada apa yang lebih bermakna apabila sudah dikapan melainkan amalan, harta yang diinfaq dengan ikhlas, ilmu baik yang disampai-sampaikan dan anak yang soleh sebagai bekalan. Mata aku menjeling mencari-cari anak beliau yang sudah tiga tahun tidak pulang kerana merajuk dimarah arwah. Di celah ratusan keluarga yang datang tidak kelihatan tak kan lah merajuk separah ini sehingga ayah meninggal pun tidak pulang.
Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya. Marah ayah dan ibu setakat mana sehingga kita anak nak merajuk panjang. Bila jasah sudah tidak bernyawa apa lagi yang boleh kita banggakan dengan keegoaan selama bertahun-tahun. Kepada anak-anak di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan emak semuga kisah ini menjadi pengajaran sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke Syurga untuk anak jadi jangan sesekali anak membakar jabatan walau segarang mana ibubapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
AL FATIHAH untuk Pak Cik Mis semuga Allah SWT tempatkan Pak Cik bersama mereka yang terpilih masuk ke Syurga.
Nota : Ringankan tangan klik button FB Share, G + n Retweet sekiranya entri ini memberi manafaat kepada yang lain.
213 Comments
Lihat foto di atas terasa seju, panas, seju panas, jgn lah derhaka kepada kedua org tua kita, takut nanti tak sempat memohon ampun dan maaf dr mereka, alamatnya neraka jahanam jawabnya
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Al Fatihah. Saya cukup bimbang menjadi anak derhaka dan tidak sempat memohon keampunan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed
marahnya orang tua terhadap anak hanya sebatas di mulut,,, kalau lah dia tak sakit hati,, tapi marahnya anak tak patut sama sekali… walaupun pahit yang kita hadapi nantinya..
untunglah saya tidak seperti anak tersebut, apakah etrmasuk anak durhaka jika seperti itu?
ayah ibu ni walau marah macam mana pun sayang diorang tu lebih tebal sebenarnya..
Curahan rasa pipoq @ ..Kehidupan – Persediaan bakal ibu bapa
Al-Fatihah buat Arwah semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin
Curahan rasa JAI @ ..Gambar Pernikahan Ella, Ratu Rock Malaysia dengan Pasangan Azhar Ghazali
assalamualaikum and morning .. betul tu admin .. memang kadang2 tu memang ego tu mengatasi segalanya … terima kasih atas perkongsian cerita yang sangat membuka mata saya dan insyaAllah pada mata ramai orang lain lagi, lagi2 dalam dunia kita sekarang ni ..
hargailah selagi mereka masih ada…
Curahan rasa Nana @ ..Kerani Bank Rentung Dibakar
benar sekali sahabat, selagi orang tua masih hidup kita harus menghargai beliau
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kualitas Pelayanan Keperawatan
Jangan sampai kita menjadi anak yang durhaka
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kualitas Pelayanan Keperawatan
sayangi ibu ddan bapa anda…
Curahan rasa Nana @ ..Lima Korban Kancil – Lori Bertembung
Aku mesti balik sekurang-kurangnya sebulan sekali
Curahan rasa onlajer @ ..Eyriqazz vs Denaihati Kaki Buli
waaa…ni adalah contoh seorang anak yang baik…
Curahan rasa Nana @ ..Kerani Bank Rentung Dibakar
ya allah, jauhkanlah aku dari sifat menderhakai orang tua ku…
alfatihah untu pak cik mis
Curahan rasa zuhairi @ ..Contest CepuCepuk!
aamiin…aaminn Ya Allah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Kualitas Pelayanan Keperawatan
Kasih dan keredhaan ibu bapa membawa ke syurga.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Mini Legoland
berbakti lah kepada ibubapa…
Curahan rasa Nana @ ..Kerani Bank Rentung Dibakar
Assalamu’alaikum…Silaturahmi awal pena di Denai Hati
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pemenang AMI AWARDS 2012
Subhanallah…terkadang kita baik sengaja atau tidak sengaja menyakitihati orang tua kita
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pemenang AMI AWARDS 2012
Semoga kita dijauhkan dari sifat durhaka serta menyakiti hati orang tua kita
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Pemenang AMI AWARDS 2012
sebagai anak kita harus banyak mgalah sja ler…
Curahan rasa Nana @ ..Lelaki Disambar Buaya Ketika Hendak Cuci Tangan
Allahuakbar.. Allah Maha Besar.. mmg setiap terjadi, ada hikmahnya..
Tak pernah rasa nak merajuk, kalau ada mak ayah marah, sbb marah mereka tu sebenarnya kasih sayang mereka.. mungkin kdg2 kita terlupa akan itu.. harap anak2 di luar sana dapat bertolak ansur dgn ibu bapa, biarpun di mata kita mereka ada salah..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Bila Takhta Bertukar
Nabi saw. bersabda, “Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki.” (HR Nasa’i, Bazzar dan Hakim). Syurga itu dibawah tapak kaki ibu, namun begitu bapa juga tidak terkecuali. Tidak berbau syurga kita di akhirat nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, “Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?” (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari). Ini bermakna derhaka terhadap ibubapa adalah satu dosa besar.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Final Euro 2012 : Sepanyol menjadi juara.
Comments are closed.