Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.
Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.
158 Comments
Peringatan yang baik buat semua laki-laki.
Fadhilat Jumaat sangat banyak dan masih ramai yang meremehkannya. Rugi bukan kerana pahala Jumaat sangat besar.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Kalau lepas sembahyang Jumaat anda ujian tentang isi kutbah jumaat rasanya banyak yang gagal, tak lepas keluar masjid…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Memang apa yang disenaraikan sering berlaku semasa sembahyang jumaat. Kadang-kadang masa khatib membaca khutbah. Kawan menegur, kadang2 jadi serba salah. Nak jawab ke tak nak….keliru.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Aku tak faham apa maksud ringkaskanlah solat tersebut. Ada sesiapa boleh terangkan. Konfius kau.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Ada juga perkara yang kita tahu tapi sengaja juga kita lakukan…seperti cara yang betul menbetulkan saf…masih terlalu ramai yang tak faham atau macam tak ambil berat sangat…aku tak nak teur orang aku hanya nak tegur dan mengingatkan diri sendiri…
Aku juga tak faham kenapa masih juga ada orang yang berbual bual urusan dunia padahal di depan khatib sedang membaca khutbah…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Ambil ikhtibar dan pengajaran jadi tegurlah rakan taulan jika bersama anda tidaklah perlu menunding jari ……
Ramai juga yang terlalu khusyuk semasa khatib membaca khutbah..
Betul-betul khusyuk dan menghayati khutbah itu aku rasa masih kurang, yang kusyuk tidur tu mmg ramai, sambil kepala terhangguk2 tanda faham. Tapi sebenarnya tidur he..he..he..
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
no 6 adalah paling ketara. nampak remeh je remeh
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Kalau di Mekah dan Madinah, mereka akan lekas tutup gerai dekat2 nak azan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kemudian akan lekas ke masjid, kalau di Mekah, Masjid Haram, di Madinah, Masjid Nabawi.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Rasa bersemangat setiap kali nak ke masjid sana bila semua orang menuju ke arah yang sama. Masha Allah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kalau solat Jumaat di Masjidil Haram, kena datang awal sikit lebih kurang jam 9 gitu.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Lepas tu memang susah nak masuk pintu king abdul aziz tu sebab penuh, pak polis pun kawal ketat.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tak apalah datang awal, boleh dhuha atau baca Quran sementara tunggu azan Zuhur.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
terima kasih atas perkongsian denaihati..
bagus teguran ini, supaya ramai orang lebih peka
mata mengantuk ketika bacaan khutbah memang biasa berlaku..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
dah tiba masanya untuk berubah kalau mengantuk time khutbah.
reset otak kita supaya tidak lagi mengantuk
Yang ni memang sukar nak dikawal, confirm berlaku punya.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kadang-kadang saya akan cubit kuat-kuat kaki saya supaya tak termengorok.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
xkire pegi masjid mna pn mesti ade org yg mngantuk msa khutbah.. huhu
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
mata mengantuk ketika khutbah tandanya Allah ingin menguji kita sekuat manakah kita mampu bertahan. Kalau niat kita baik, In Sha Allah, hilang mengantuk.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Perkongsian yang bermaklumat.. dedulu ada gak la tidur time khutbah.. Tapi bila dah dewasa nih faham-faham sendiri la..
dah akil baligh dosa tak solat Jumaat ditanggung sendiri..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Terima kasih atas perkongsiannya Tuan. Saya nak tambah satu lagi, kadang-kadang saya perhatikan ketika mahu memulakan solat Jumaat, ada segelintir jemaah yang tidak mahu meluruskan saf. Bukankah kalau ada ruang antara saf itu akan ada yang ‘bertanduk’ di situ?
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Ramai yang ambil mudah tentangpekara ini. Tidak dinafikan…
sebab itulah hati orang Islam susah nak bersatu..saf solat pun susah nak lurus!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Kadang-kadang nak tegur orang sebelah pun rasa serba salah juga.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Sudahnya saya rapatkan dan kangkangkan kaki saya sampai tersentuh kaki orang-orang sebelah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Tapi makin saya rapat, makin kaki orang sebelah menjauh pula, alahai, sabar ajelah. Kita dah berusaha kan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Nak tegur budak-budak tak apa, kalau orang dewasa susah sikit. Takut nanti diherdiknya pula. T_T
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Kadang-kadang kita terlupa dan pndang lewa saja perkara-perkara ni. Terima kasih atas peringatan ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
Yup. Dengan adanya entri sebegini diharapkan dapat memberi kesedaran dan peringatan buat kita semua. 😉
jika boleh banyak artikel berkaitan solat jumaat suapay ilmu itu menjadikan solat jumaat kita lebih sempurna
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Benar. Benda-benda baik seperti ini harus disebarluaskan agar semua orang ambil berat.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Mana tahu ada yang tak tahu sebelum ini, dapat juga diperbetulkan yang silap.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Semoga usaha sama ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
terima kasih atas peringatannya.
semoga dengan ini makin ramai kaum Adam yang sedar atas perlakuan yang tak sepatutnya dilakukan sewaktu SOlat Jumaat.
Syaitan seringkali menggunakan cara halus untuk menghasut kita.. Bagi yang tidak kuat iman pasti akan terpedaya..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta
Sebab itulah kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan kuatkan iman didada..
perbanyakkan istighfar dan selawat agar benda-benda ini dapat kita elakkan
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Benar. Setiap zikir yang kita lafazkan itu pasti mendekatkan diri kita kepada Allah.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Yup. Kena selalu isi jiwa yang kosong dengan zikrullah serta majlis ilmu.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Comments are closed.