Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Siapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Ramai yang kecewa dalam berumahtangga dan sangat ramai yang kecewa dalam berkerjaya serta berniaga.
Nak tak kalau Abang kongsikan tips untuk berjaya? syaratnya bila sudah Abang bongkar rahsia ini kawan-kawan mesti kena amalkan.
Rahsianya begini
Abang dapat rahsia ini ketika berguru dengan seorang ustaz, itu pun setelah Abang hampir-hampir kecewa dalam hidup setelah berusaha siang dan malam untuk selesaikan masalah hutang yang sangat banyak kira-kira 15 tahun yang lalu.
Mungkin pembaca di sini tak ramai yang ada masalah hutang sebab zaman sekarang mudah nak mencari pendapatan kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. Kepada yang tiada masalah hidup mungkin tips ini kurang berkesan.
Kepada yang memerlukan ini rahsianya
Ustaz minta Abang baca maksud ayat 55 surah Ghafir sebanyak 40 kali berturut untuk membongkar dan mencari rahsia amalan harian yang terdapat dalam ayat ini untuk diamalkan dengan istiqomah. Masa susah apa sahaja yang ustaz buat, Abang akan buat. Jadi Abang baca maksud ayat ini lebih daripada 40 kali.
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
Dah baca 40 kali?
Apakah tiga amalan yang mesti kita buat untuk keluar daripada masalah dan menjadi insan yang berjaya?
Tiga amalan yang mesti kita buat setiap hari secara istiqomah adalah :
- Istifar sekurang-kurang 70 kali sehari
- Baca zikir pagi selepas Suboh
- Baca zikir petang selepas Asar
Tiga amalan inilah antara magnet rezeki paling hebat yang pernah Abang belajar. Kalau tak percaya amalan zikir pagi dan petang setiap hari selama 40 hari berturut-turut dengan sabar pasti kawan-kawan akan merasai hasil yang sangat hebat. Jangan lupa beristifar paling sikit 70 kali setiap hari. Kelebihan amalan zikir pagi dan petang setiap hari memang sangat menakjubkan.
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. Surah Qaf, 39 – 40
Amalan yang diamalkan oleh Baginda SAW pasti ada barokahnya. Amalan zikir pagi dan petang setiap hari dengan istiqomah pasti keajaiban akan berlaku dalam hidup kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
42 Comments
selagi ada masalah maka selagi itulah kehidupan yang mesti kita lalui..
bertahan dan kuatkan semangat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura
Masalah datang untuk menguji kekuatan dan kesabaran kita, selesai satu masalah, Allah aan hantar lagi masalah untuk menguji 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Usah Berhenti Kerja Sebab Nak Buat Bisnes
in shaa Allah saya akan amalkan ilmu ini…
saye berdoa agar diberi kekuatan untuk mengamalkan secara konsisten.
aamiin
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ilmu Dari Balai Polis Kota Samarahan
Terima kasih atas pesanan dan peringatan ini, amalan kerohanian pastinya ada kesan baik untuk kehidupan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Untuk Lebih Masa Dengan Famili
memang betul tuan…
semoga kita diberi kekuatan untuk melaksananya kelak…
aamiin
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun
perkongsian yang menarik. mana tahu boleh jadi mcm DH satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Babak Gay Dipotong, Beauty And The Beast Lulus
Alhamdulilah , perkongsian ini dapat juga mengigatkan saya kembali apa yang selalu kita tahu tapi agak kurang untuk kita amalkan
Curahan rasa onlajer @ ..Beli produk Nestle dengan Harga yang terbaik
Ramai yang tahu, dan ramai jugak yang susah nak konsisten, Tuan. Saya salah seorang. Tapi bila dapat konsisten, Subhanallah, kesan memang hebat.
Thanks share ilmu ni. Boleh buat tambah amalan rohani.
Curahan rasa Sithy Harjieah @ ..Rawat Fibroid Dan Cyst Tanpa Buang Rahim
tahniah.. bukan senang nak konsisten dlm bisnes. apatah lagi bila banyak persaingan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
alhamdulilah. selalu dapat ilmu yang bermanfaat dekat blog abang. alhamdulilah. semoga abang terus berjaya dan berkongsikan pelbagai lagi ilmu yang bermanfaat kepada semua. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Hai..senangnya dalam hati..
sangat menarik! tapi semua tip ni saya dah amalkan. tetap tak berjaya pun. boleh huraikan?
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/02/27/tip-cukai-tahun-2017-siri-5-beli-tablet/
Abang, zikir pagi dan petang tu ialah Mathurat kah?
Terima kasih untuk perkongsian ayat. Tekad nak amal 40 kali sehari, 40 hari demi nak istiqomah.
Curahan rasa Faezah @ ..Suplemen Asas Shaklee Untuk Anda Yang Bebas Penyakit Tapi Nak Jaga Kesihatan
perkongsian yang sangat menyentuh perasaan yeop.
boleh juga dilaksanakan pada bila-bila masa.
Curahan rasa Yeop Maz @ ..9 Tip Mencari Rumah di Malaysia
Amalan yang bagus apabila istiqomah dilaksanakan. Karena istiqomah itu mahal, bahkan lebih mahal daripada karomah.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tujuh Tempat Wisata di Bogor yang Memanjakan Mata
Terima kasih atas tips ini DH. Mendekatkn diri kepada Allah adalah jalan terbaik untuk bebas hutang
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..7 AKTIVITI YANG BOLEH IBU BAPA BEKERJA LAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK KETIKA HUJUNG MINGGU
boleh cuba ni, sebenarnya bila kita lebih mengingati Allah itulah kunci kejayaan
Curahan rasa raihanah @ ..Tips Atasi Masalah Hati Berlemak / Fatty Liver
amalkan dengan istiqomah insyaa Allah kehidupan harian kita akan dipermudahkan, kalau pun diuji hanya yang kita termampu sahaja
Curahan rasa denaihati @ ..Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu
Comments are closed.