Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Mengembara di muka bumi menyaksikan bagaimana kesudahan orang terdahulu“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Siapa di sini yang tidak mahukan kejayaan, pasti semua berusaha untuk berjaya tapi lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya. Ramai yang kecewa dalam berumahtangga dan sangat ramai yang kecewa dalam berkerjaya serta berniaga.
Nak tak kalau Abang kongsikan tips untuk berjaya? syaratnya bila sudah Abang bongkar rahsia ini kawan-kawan mesti kena amalkan.
Rahsianya begini
Abang dapat rahsia ini ketika berguru dengan seorang ustaz, itu pun setelah Abang hampir-hampir kecewa dalam hidup setelah berusaha siang dan malam untuk selesaikan masalah hutang yang sangat banyak kira-kira 15 tahun yang lalu.
Mungkin pembaca di sini tak ramai yang ada masalah hutang sebab zaman sekarang mudah nak mencari pendapatan kedua, ketiga, keempat dan sebagainya. Kepada yang tiada masalah hidup mungkin tips ini kurang berkesan.
Kepada yang memerlukan ini rahsianya
Ustaz minta Abang baca maksud ayat 55 surah Ghafir sebanyak 40 kali berturut untuk membongkar dan mencari rahsia amalan harian yang terdapat dalam ayat ini untuk diamalkan dengan istiqomah. Masa susah apa sahaja yang ustaz buat, Abang akan buat. Jadi Abang baca maksud ayat ini lebih daripada 40 kali.
(Setelah engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam); sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.
Dah baca 40 kali?
Apakah tiga amalan yang mesti kita buat untuk keluar daripada masalah dan menjadi insan yang berjaya?
Tiga amalan yang mesti kita buat setiap hari secara istiqomah adalah :
- Istifar sekurang-kurang 70 kali sehari
- Baca zikir pagi selepas Suboh
- Baca zikir petang selepas Asar
Tiga amalan inilah antara magnet rezeki paling hebat yang pernah Abang belajar. Kalau tak percaya amalan zikir pagi dan petang setiap hari selama 40 hari berturut-turut dengan sabar pasti kawan-kawan akan merasai hasil yang sangat hebat. Jangan lupa beristifar paling sikit 70 kali setiap hari. Kelebihan amalan zikir pagi dan petang setiap hari memang sangat menakjubkan.
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam. Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang. Surah Qaf, 39 – 40
Amalan yang diamalkan oleh Baginda SAW pasti ada barokahnya. Amalan zikir pagi dan petang setiap hari dengan istiqomah pasti keajaiban akan berlaku dalam hidup kita.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
42 Comments
Masih dalam fasa percubaan untuk amalkan dengan konsisten ilmu ini. Semoga akan terus konsisten di samping mengharapkan keajaiban berlaku. Allah Maha Penolong. Allah Maha Pendengar yang terbaik. Semoga Allah beri petunjuk terhadap masalah yang kita hadapi.
Curahan rasa Faezah @ ..Mengapa Shaklee Patut Menjadi Perniagaan Pilihan Anda?
baca juga entri yg saya tulis bawah ni kebaikan amalan yassin pasti dapat menambah bantu untuk kehidupan yg lebih baik
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
Tips yang sangat bermanfaat dan mudah untuk diamalkan bagi mereka yang menyedari kelebihan istighfar dan zikir-zikir ini yang mana ianya mampu mempengaruhi kehidupan kita seharian.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
amalan yang mudah tetapi ramai yg tak dapat istiqomah. kepada yg dapat amalkan dgn istiqomah berbagai bantuan mereka perolehi
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
amalan seperti ini sebenarnya mudhah tuk kita terapkan setiap hari tapi tak tau kenapa masih banyak saja orang yang lupa untuk mengamalkan nya
ilmu yang sangat bermangfaat semoga saya bisa tuk mengamalkan amalan ini setiap hari amin
Curahan rasa icp capsule @ ..Agen ICP Capsule Kudus
kita selalu amalkan apabila diuji dengan kesusahan apabila senang datng terlupa dan leka untuk istiqomah
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
Amalan ni nampak mudah dan ringkas je nak buat. Tapi nak istiqamah tue yang payah kan. Mudah-mudahan Allah beri rezeki untuk kita sentiasa istiqamah dekatkan diri dengan amalan-amalan yang baik. Terima Kasih untuk tips ni.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Luangkan Masa Hujung Minggu Dengan Anak-anak
istiqomah yg susah sebab tu guru selalu kata buat amalan yg mudah tetapi mesti istiqomah kerana dalam istiqomah ada barokahnya
Curahan rasa denaihati @ ..Kelebihan amalan membaca Yassin setiap hari
Peringatan yang baik.
Jomlah kita istiqamah selama 40 hari dan teruskan sampai bila-bila.
Curahan rasa Ros @ ..Tubuh Lebih Bertenaga Walaupun Sibuk Bekerja Di Pejabat Dan Di Rumah
Bila kita berzikir mengingati Allah SWT, hati tak lalai untuk buat kerja yang sia sia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat RM30 Ribu Dalam 5 Bulan
Terima kasih tuan Denaihati. Saya sangat sangat perlukan tips ini sekarang
.
Semoga Allah swt bukakan jalan penyelesaian seluas luasnya
saya pun sama..
malah pembaca pun sama..
jadi sama-sama kita mengamalkannnya ..
supaya semua boleh berjaya
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Siapa Hero Borneo Yang Sebenarnya ?
semoga kita diberi kekuatan untuk beramal perkara tersebut…
biarpun sedikit…
tetapi konsisten
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Betul, amalan yang sedikit tapi istiqmah lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tapi sekali sekala
Curahan rasa Mazni & Fairul @ ..12 Jenis Sakit Perut Semasa Mengandung & Cara Atasi
terima kasih atas perkongsian ini. Insyaallah akan diamalkan dari semasa ke semasa
Curahan rasa umiadam @ ..Anak Jadi Malu Dengan Orang Sekeliling Sebab Mak Perokok Tegar
Sama sama kita amalkan. Allah saja tempat kita mengadu. Mengadu pada manusia akan jemu
walaup sekuat mana kita usaha jangan pernah lupa pada yang memberi rezeki da yang menentukan segalanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Terima kasih tuan DH. Ingatan untuk diri. Kadang leka. Wajib untuk kita percaya Allah ada jalan penyelesaian..
InsyaAllah cuba amalkan..walaupun kdg2 tertinggal atau terlupa. istiqamah tu penting kan tuan
Curahan rasa JMR @ ..Day 1: Travel ke Hong Kong Dengan Dayyan & Danish.
saya pun nak cuba dan amalkan ..
semoga ia menjadi tabiat yang hebat dan menjadi dorongan kepada diri untuk terus berjaya…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun
Setuju dengan abe Sabree Hussin. Amalan tu nampak ringkas kadang2 kita lalai dengan dunia.
Doa tu penting.
Orang bijak mengatakan, DOA TANPA USAHA ADALAH BOHONG dan USAHA TANPA DOA ADALAH SOMBONG.
Doa dan usaha tidak dapat dipisahkan. Doa adalah permohonan, pengharapan seorang hamba.
Dibalik kelebihan-kelebihan yang kita miliki, kita menyimpan kelemahan-kelemahan yang tidak dapat kita tutupi. Untuk itu, kita perlu meminta kepada Allah SWT.
Berdoalah dengan penuh kekhusyukan, penuh harapan, tulus, pasrah dan ikhlas.
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Paradoks Yang Membingungkan. Dan Maksud Paradoks.
Terima kasih untuk peringatan tersebut. Amalan-amalan tersebut tidaklah begitu susah untuk dilakukan, namun kadang-kadang kita sebagai manusia ni yang tetap lalai.
Curahan rasa sabree hussin @ ..TheDeparment menawarkan khidmat sewa bilik seminar dengan Pakej yang menjimatkan
Comments are closed.