Hidupkan Untuk Memberi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berulangkali ALLAH SWT berfirman di dalam Al-Quran meminta hamba-Nya Memberi kepada yang memerlukan dan terlalu banyak kelebihan yang diperolehi oleh hamba-Nya yang suka memberi secara ikhlas. Ganjaran bukan sahaja rezeki yang berlipat ganda juga kesihatan, kebahagian, ketenangan jiwa, kejayaan hidup dan sebagainya. Yang paling besar mendapat HIDAYAH dari ALLAH SWT. Bayangkan kalau duit 1billion skim cepat kaya di berikan kepada yang memerlukan.

Antara Firman ALLAH SWT menyeru hambanya memberi dan kelebihan amalan memberi :

“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” Al-Baqarah : 265.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Al-Baqarah : 215.

Melabur Saham Akhirat

1. Taska Pasti Sg Panjang, Sabak Bernam – Bank Islam 12056010025780 atas nama Pasti Nadwah Hasanah Pasir Panjang.

2. MADRASAH TAHFIZ AN NUR MUAR – Bank Islam 01023010061392 atas nama Madrasah tahfiz Al-Quran An-Nur, Muar

3. Tabung Kemboja – Maybank atas nama Aslaniah Jamali 162263150925.

4. Sekolah Menegah Agama Arabiah, Kluang – Bank Islam atas nama Tabung Kebajikan SMA Arabiah, Kluang no akaun 01050010013002

Sila tinggalkan nama, nama bank dan no akaun kepada mana-mana organisasi atau individu persendirian yang memerlukan bantuan untuk disenaraikan di sini.

Kepada yang bermurah hati telah memberi  sila maklumkan jumlah kepada email Saya [at] denaihati [dot] com atau kirimkan personal message ke @Facebook Denaihati untuk makluman penerima. 

Baca kisah bagaimana ALLAH SWT malu dengan hamba-Nya yang suka memberi kepada yang memerlukan @ Kisah hamba yang miskin menjadi kaya di zaman Nabi Musa.

Amalan memberi mesti dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian sebagaimana kita mengerjakan Solat Fardu 5 waktu sehari semalam. Berapa jumlah tidak penting tetapi IKHLAS. Hidupkan Untuk Memberi.


Spread the love

130 Comments

  1. klo denai hati dapat memberi kisah sebenar ttg kelebihan bersedekah lagi bagus.. biar org buka mata dan bersedekah ikhlas kerana Allah….

  2. banyak contoh2 yang kita boleh buat, banyak cerita2 yang menunjukkan keajaiban bersedekah…. tq denai hati, bg saya buku ttg ajaibnya sedekah… =)

    1. Janganlah kita tangguh-tangguhkan kemampuan untuk bersedekah itu walaupun ianya hanyalah sebiji kurma. Jika semua umat Islam hari ini dapat mengamalkan sedekah nescaya umat Islam serata dunia akan dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan tenteram. Tiada lagi fakir miskin tiada lagi orang miskin.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

    1. marilah kita perbanyakkan sedekah kerana sedekah itu banyak manfaatnya di dunia dan di akhirat. Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara : Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), Ilmu yang berguna dan diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

  3. ayat ni saya suka

    “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

    1. Dalam suatu riwayat oleh segolongan ulama Hadis disebukan : “Pada malam diisrakkan, aku melihat di atas pintu syurga bertuliskan: Sedekah dilipatgandakan lapan belas kali seumpamanya dan memberi hutang dilipatgandakan lapan belas kali. Barangsiapa memudahkan orang yang kesulitan, Allah akan memudahkan di dunia dan di akhirat”
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!