Hidupkan Untuk Memberi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berulangkali ALLAH SWT berfirman di dalam Al-Quran meminta hamba-Nya Memberi kepada yang memerlukan dan terlalu banyak kelebihan yang diperolehi oleh hamba-Nya yang suka memberi secara ikhlas. Ganjaran bukan sahaja rezeki yang berlipat ganda juga kesihatan, kebahagian, ketenangan jiwa, kejayaan hidup dan sebagainya. Yang paling besar mendapat HIDAYAH dari ALLAH SWT. Bayangkan kalau duit 1billion skim cepat kaya di berikan kepada yang memerlukan.

Antara Firman ALLAH SWT menyeru hambanya memberi dan kelebihan amalan memberi :

“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” Al-Baqarah : 265.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Al-Baqarah : 215.

Melabur Saham Akhirat

1. Taska Pasti Sg Panjang, Sabak Bernam – Bank Islam 12056010025780 atas nama Pasti Nadwah Hasanah Pasir Panjang.

2. MADRASAH TAHFIZ AN NUR MUAR – Bank Islam 01023010061392 atas nama Madrasah tahfiz Al-Quran An-Nur, Muar

3. Tabung Kemboja – Maybank atas nama Aslaniah Jamali 162263150925.

4. Sekolah Menegah Agama Arabiah, Kluang – Bank Islam atas nama Tabung Kebajikan SMA Arabiah, Kluang no akaun 01050010013002

Sila tinggalkan nama, nama bank dan no akaun kepada mana-mana organisasi atau individu persendirian yang memerlukan bantuan untuk disenaraikan di sini.

Kepada yang bermurah hati telah memberi  sila maklumkan jumlah kepada email Saya [at] denaihati [dot] com atau kirimkan personal message ke @Facebook Denaihati untuk makluman penerima. 

Baca kisah bagaimana ALLAH SWT malu dengan hamba-Nya yang suka memberi kepada yang memerlukan @ Kisah hamba yang miskin menjadi kaya di zaman Nabi Musa.

Amalan memberi mesti dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian sebagaimana kita mengerjakan Solat Fardu 5 waktu sehari semalam. Berapa jumlah tidak penting tetapi IKHLAS. Hidupkan Untuk Memberi.


Spread the love

130 Comments

  1. Alhamdulillah. Semoga Denaihati terus mengajak rakan2 blogger menambah amalan seperti ini. Mari bersedekah dengan ikhlas InsyaAllah .

  2. sedekah tanda syukur pada rezeki Dia kurniakan….lagipun sedekah mampu memanjangkan umur.mampu menolak bala dan banyak lagi manfaat sedekah.jangan lokek nak bersedekah 🙂
    Curahan rasa izwannizam @ ..Misi 12 BulanMy Profile

        1. Benda berkaitan amalan tidak sepatutnya dijanjikan dengan ganjaran. Kita sendiri tahu bahawa setiap perkara yang baik itu akan beroleh keistimewaan. Bila dah disemai dengan mentaliti ganjaran nanti ramai yang salah anggap konsep dan tujuan melakukan amalan itu.
          Curahan rasa yusenze @ ..Bukan Cinta Mukabuku Najwa LatifMy Profile

    1. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah pun berzakat tetapi masih mempunyai harta yang berlebihan maka ini sangatlah digalakkan untuk berinfaq dan bersedekah.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

      1. Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Sekecil dan sedikit mana sedekah yang dihulurkan, ianya cukup bermakna kepada si penerima yang hidup dalam serba kekurangan malah sedekah yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman dan kegembiraan walaupun hanya untuk sementara.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

  3. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar-benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq itu sendiri iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keistimewaan Bulan SyawalMy Profile

  4. tolong macem mane kite dapat film malaysia drama….trimekasi…salam kena dari jambi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!