Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila melangkah sahaja 1 Syawal umat Islam sudah memasuki bulan haji. Kalau di Mekah sudah tidak ada lagi visa umrah dikeluarkan untuk persiapaan menerima jutaan jemaah haji. Ibadah haji merupakan Rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajiban kepada semua umat Islam yang mampu.
MAMPU menjadi kata kunci kepada ibadah haji juga menjadi alasan kepada ramai umat Islam yang belum menyempurnakan rukun Islam kelima. Berapa ramai di kalangan umat Islam yang menjadi ibadah Haji sebagai matlamat paling utama dalam senarai kejayaan hidup mereka. Ramai yang menjadikan kereta idaman, rumah impian dan lokasi pelancongan sebagai keutamaan sebagai tanda kejayaan sebuah kehidupan.
Berapa ramai pula di kalangan umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan demi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ramai di kalangan umat Islam mengutamakan impian dunia sebagai keutamaan berbanding ibadah haji sebagai keutamaan terakhir dengan alasan usia muda dan belum sampai seru. Tidak ramai yang berfikir bahawa ibadah haji adalah pembuka berbagai pintu rezeki kerana lebih ramai menyangka ibadah haji akan menyebabkan berkurangan duit simpanan.
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam – Surah Al Imran ayat 97
Adalah lebih baik kita sama-sama membetulkan matlamat hidup dengan mengutamakan mengerjakan haji sebagai keutamaan sebelum impian lain seperti rumah banglow, kereta mewah dan melancong ke destinasi idaman. Kita kena mengubah cara fikir bahawa ibadah haji hanya untuk mereka yang sudah berusia tua sahaja. Di negara lain majoriti jemaah haji ramai yang berusia muda kerana haji sememangnya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.
Sekarang untuk pakej muassasah Tabung haji kita perlu menunggu berpuluh tahun untuk mendapat giliran tetapi itu bukan sebagai alasan. Selain pakej muassasah Tabung Haji ada pakej travel haji yang disediakan setiap tahun cuma kos perbelanjaan lebih mahal. Kalau kita boleh menghabiskan beratus ribu untuk cita-cita dunia kenapa tidak kita habiskan nilainya sama untuk menjadi tetamu ALLAH.
Mungkin kita terlupa sekali kita melangkah dekat pada ALLAH beribu kali langkah ALLAH mendekati diri kita. Begitu juga apabila ibadah haji menjadi keutaman hidup kita sudah pasti ALLAH akan melihat niat kita untuk menjadi insan yang sempurna dengan memberi berbagai pulangan yang tidak pernah kita sangka-sangka.
Kita boleh bagi seribu alasan untuk melambat-lambatkan ibadah haji tetapi ingat pesan Rasulullah SAW seperti di bawah …..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- “Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Riwayat – Turmizi)
Selamat mengerjakan haji kepada yang bakal terpilih menjadi tetamu ALLAH kepada yang belum ada niat, pasang niat dari sekarang dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat menjadi tetamu ALLAH. Jangan sesekali memberi berbagai alasan pada diri sendiri.
214 Comments
InsyaAllah, sangat teringin nak menunaikan haji. Semoga berkesempatan.
Curahan rasa Nurul @ ..Kita Milik Tuhan
pasang niat dan azam bersungguh-sungguh InsyaAllah berkesempatan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
insylallah kalau umur panjang sampai lah kita suatu hari nanti di sana..
Curahan rasa nornazliana @ ..Tips Sihat Mudah Gaya Rasullullah
aminnn. semoga dipermudahkan menjadi tetamunya nanti. InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
ya betul tu, tapi pasti semuanya ada cita2 nak ke sana…
Curahan rasa hafiz @ ..Perlawanan JDT vs ATM Piala Malaysia 2014
mesti nak adakan cita-cita besar supaya bersusaha bersungguh-sungguh untuk tambah rezeki, boleh guna pakej.
Curahan rasa Denaihati @ ..Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah
Harap2 one day sampai juga kawe ke Tanah Suci, insya-allah..
Curahan rasa Ismail N @ ..How to Set Up WiFi Hotspot in Windows 8
semoga dijemput dan dipermudahkan menjadi tetamunya nanti, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
Kena masukkan dalam wishlist sebagai salah satu yg perlu dicapai dalam hidup..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Kelantan Demam Piala Malaysia 2014 bermula
tidak boleh tidak, dan berada di posisi teratas dalam senarai dan mari kita usahakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
Insya-Allah akan sampai satu hari nanti
Curahan rasa Zairi.MY @ ..After 132 Days…
Semoga dipermudahkan nanti, mari usaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan rukun Islam kelima ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
Buat yang lebih wajib.
Solat 5 waktu sehari semalam.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan MobiCow
Solat mesti jaga, Fardhu Haji wajib sekali seumur hidup, sekali pergi sentiasa rindu untuk menjadi tetamuNya lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Kena hati hati ngn package luar takut kena tipu
Curahan rasa weschairs @ ..Asal-usul nama negeri Selangor
betul, cari yang review baik dari jemaah yang dah ada pengalaman.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
saya pun nak pasang niat menunaikan haji…
Curahan rasa Hero Borneo @ ..5 Gambar Perodua Axia Yang Cun
Alhamdulillah, kalau belum, bolehlah mendaftar dan buka akaun kat tabung haji.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
saya setuju, memang ramai yang cari benda lain sblm mengimpikan nak pergi haji, itu hakikat, nasihat kepada diri ini juga
Curahan rasa myrujukan @ ..Silent Hills Video Game 2015
ladang-kadang asyik kejar dunia lupa akhirat, peringtan untuk diri sendiri juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Saya sendiri sudah ubah impian hidup. Sebelum ini kereta rumah dan lain-lain di tulis paling atas. Sekarang tunaikan haji berada di tempat teratas.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Sambunganâ¦Banyak Tulis Tidak Terbit
Terbaiklah dan mudahan akan dijemput menjadi tetamuNya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
sedang kumpul duit untuk bawa family ke umrah. inshaAllah, ada rezeki tahun depan nak bawa family ke sana. doakan dipermudahkan untuk kami ke sana 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Alhamdulillah dan semuga dipermudah untuk menjadi tetamunya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
moga kita sama-sama tanamkan cita-cita untuk mengerjakan ibadah haji itu…
Curahan rasa KiD @ ..Menang RM40,000 dengan Shell Easy Win
Jom pasang niat untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
tapi ada jugak yang jadikan haji untuk mendapat lebih kepercayaan dari org ramai..dan orang tak sangka dia tu tak baik sebab dh dpt title haji..
Curahan rasa Famili Ceria @ ..Mesir Enggan Membenarkan Rakyat Palestin Yang Cedera Berlepas Melalui Airport Kaherah (16 Gambar )
Salah niat orang yang macam ni… mesti betulkan niat dan yang penting untuk dapatkan haji yang mabrur.
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
Comments are closed.