Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila melangkah sahaja 1 Syawal umat Islam sudah memasuki bulan haji. Kalau di Mekah sudah tidak ada lagi visa umrah dikeluarkan untuk persiapaan menerima jutaan jemaah haji. Ibadah haji merupakan Rukun Islam yang kelima yang menjadi kewajiban kepada semua umat Islam yang mampu.
MAMPU menjadi kata kunci kepada ibadah haji juga menjadi alasan kepada ramai umat Islam yang belum menyempurnakan rukun Islam kelima. Berapa ramai di kalangan umat Islam yang menjadi ibadah Haji sebagai matlamat paling utama dalam senarai kejayaan hidup mereka. Ramai yang menjadikan kereta idaman, rumah impian dan lokasi pelancongan sebagai keutamaan sebagai tanda kejayaan sebuah kehidupan.
Berapa ramai pula di kalangan umat Islam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari sumber kewangan demi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ramai di kalangan umat Islam mengutamakan impian dunia sebagai keutamaan berbanding ibadah haji sebagai keutamaan terakhir dengan alasan usia muda dan belum sampai seru. Tidak ramai yang berfikir bahawa ibadah haji adalah pembuka berbagai pintu rezeki kerana lebih ramai menyangka ibadah haji akan menyebabkan berkurangan duit simpanan.
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam – Surah Al Imran ayat 97
Adalah lebih baik kita sama-sama membetulkan matlamat hidup dengan mengutamakan mengerjakan haji sebagai keutamaan sebelum impian lain seperti rumah banglow, kereta mewah dan melancong ke destinasi idaman. Kita kena mengubah cara fikir bahawa ibadah haji hanya untuk mereka yang sudah berusia tua sahaja. Di negara lain majoriti jemaah haji ramai yang berusia muda kerana haji sememangnya memerlukan tenaga dan fizikal yang kuat.
Sekarang untuk pakej muassasah Tabung haji kita perlu menunggu berpuluh tahun untuk mendapat giliran tetapi itu bukan sebagai alasan. Selain pakej muassasah Tabung Haji ada pakej travel haji yang disediakan setiap tahun cuma kos perbelanjaan lebih mahal. Kalau kita boleh menghabiskan beratus ribu untuk cita-cita dunia kenapa tidak kita habiskan nilainya sama untuk menjadi tetamu ALLAH.
Mungkin kita terlupa sekali kita melangkah dekat pada ALLAH beribu kali langkah ALLAH mendekati diri kita. Begitu juga apabila ibadah haji menjadi keutaman hidup kita sudah pasti ALLAH akan melihat niat kita untuk menjadi insan yang sempurna dengan memberi berbagai pulangan yang tidak pernah kita sangka-sangka.
Kita boleh bagi seribu alasan untuk melambat-lambatkan ibadah haji tetapi ingat pesan Rasulullah SAW seperti di bawah …..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- “Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji,maka tidak ada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya sebagai yahudi atau Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah”. (Riwayat – Turmizi)
Selamat mengerjakan haji kepada yang bakal terpilih menjadi tetamu ALLAH kepada yang belum ada niat, pasang niat dari sekarang dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat menjadi tetamu ALLAH. Jangan sesekali memberi berbagai alasan pada diri sendiri.
214 Comments
saya ada akaun tabung haji. tapi masih jauuuuhhhh lagi nilainya utk mampu ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
memang pun Nikkhazmi, kalau ada akaun Tabung Haji, dapat tarikh menunaikan haji bukan kejap-kejap tu jugak kan.. lama giler tarikh yang diberi.. tapi yelah.. sempat lah nak kumpul2 duit kan..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
ada yang mampu tapi buat2 tak mampu. sebab lebih pentingkan dunia.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Haji dan umrah memang patut jadi keutamaan dalam hidup kita umat islam
Sekali seumur hidup pun jadilah.
Semoga Allah swt bukakan jalan insyaallah. Kita usaha sungguh sungguh
Curahan rasa Hasnul Mutawif @ ..Kebaikan dan Kekurangan Pakej Umrah Andalusia Travel Part 1
Yea.. sekali seumur hidup pun jadilah.. janji dapat jejak kaki ke tanah suci Allah dan dapat menunaikan segala Ibadah yang sempurna disana.,
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
As salam. Tn. mohon guna gambar2 dan info brkaitan haji utk assignment multimedia saya ya. Terima kasih Tn. Hj. Amir
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Manfaatkan medium sosial yang ada
Syukur dah dapat cukupkan simpanan Tabung Haji mak dan saya. InshaAllah kalau dapat peluang boleh mengerjakan haji bersama mak.Tunggu tawaran dari Tabung Haji saja
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..WW | KARNIVAL ORANG MUDA YSB 2014
Nor Ariffin Hamzah, kalaulah teman pun dapat pergi bersama emak teman kan bagus.. seronok pergi bersama keluaraga..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Emm betul tu Tuan..ramai yang kejar hok dunia yang berniali juta-juta ni..haha…saya dah daftar dengan TH..ada rezeki leh la..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #91 âIsteri Asyik Kentut
tahniah dah daftar, tambah kuat niat dan azam, semoga dipermudahkan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jenazah Hasni Hardi masih sempurna
Tahniah dah daftar yea Hafizul.. insyaAllah.. nanti akan tiba giliran hafizul pulak.. aamiinn
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Lagi 2 bulan nak masuk Zulhijjah. Teringin sangat nak Mekah Madinah.
Kalau memiliki uang yang cukup untuk ber-haji memang tidak boleh ditunda – tuda toh ini akan menjadi keuntungan bagi kita di akhirat kelak ya…
Curahan rasa Toni @ ..Cara Menghilangkan Minyak, Lemak, Gosong, Kerak dan Bau Amis Saat Mencuci Piring & Peralatan Dapur
bila sudah berkemampuan, boleh ambil pakej dan tak perlu menunggu lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Insyaallah Tuan. Semuanya bermula dengan niat di hati
USaha dan azam untuk kesana pasti akan berhasil
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Beli Tudung Labuh Koshibo Dari Kota Kinabalu
Insyaallah kalau semua perkara sudah cukup dan ikut syarat, saya akan pergi. kalau nak menunaikan haji, semua benda kena selesaikan dahulu terutama hutang piutang.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
semuga dipermudahkan nanti. hutang besar dan jangkamasa panjang macam hutang rumah mungkin tak perlu tunggu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
insyaallah akan berjaya kalau ada niat yg baik. Allah akan permudahkan..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ye.. betul tu Sobri Mansor.. hutang piutang samaada dengan manusia atau hutang perbuatan (sekiranya ada buat salah dengan orang lain, mohon maaf sebelum berangkat ke tanah suci)
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Semua orang nak kesana. Namun mereka yang di pilih oleh Allah sahaja yang layak jadi tetamuNYA. Semoga Allah mudahkan urusan kita nak pergi buat haji.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
ya, cuma kalau hutang rumah dengan jangkamasa panjang, sampai umur agak lanjut, elok teruskan je. lagi pun rumah ada insurance, waris dapat …heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
giliran saya masa saya umur 70 tahun. tapi kalau dah cukup duit saya nak merayu jugak la.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Isu Gaza Perlukah Boikot Shaklee?
Kalau ikut list memang lama. Kena tunggu nampaknya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
tu lah…ada orang umur 80 tahun gilirannya, kalau sihat pun tenaga dah kurang. semakin hari gilirang ni semakin jauh dengan umur bila lambat daftar dengan tabung haji.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan
entri tuan DH buat teman rasa teruja sangat2 nak ke sana.. Ya Allah.. kabulkanlah permintaanku.. hemm.. tapi tak daftar lagi.. aduhhhh..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
terima kasih di atas perkongsian yang menarik ini. Sebagai umat islam memang satu impian iaitu menyempurnakan rukun Islam kelima.
Curahan rasa Laman Perkongsian Wanita @ ..Rahsia Tak ‘MakanTua’ Selain Daripada Diet Sihat
Betul tu. Teringin nak pergi buat haji waktu muda lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
sama-sama. menunaikan rukun Islam kelima semestinya kita usahakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
tunaikan haji diwaktu muda dikala badan masih sihat.. aduh.. teman tak daftar lagi rupanya..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Follower ke 2300
Aaamiinn.. semoga Allah permudahkan semuanya.. permudah urusan mendaftar teman ke Tabung Haji, pemrudahkan urusan teman untuk dipilih ke tanah suci, permudahkan teman untuk melakukan ibadah haji dengan sempurna
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Bila Update Blog, Baru Pageview Naik
Insyaallah suatu hari nanti akan sampai saya ke sana. Kalau boleh nak sampai ke sana waktu muda2 lagi. Taknaklah masa tua baru nak ke sana.
Curahan rasa Ammar @ ..BANK MANA BAGI LOAN SENANG?
Betul tu. Waktu yang masih bersemangat nak buat amal.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
kalau tua dan sihat tapelah, takut-takut kesihatan pun kurang baik nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
InshaAllah kalau ada rezeki yang lebih dan umur yang panjang, saya akan cuba pergi umrah dan haji.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Buat Aku Panas Hati
semuga dipermudahkan nanti hendaknya. kalau belum daftar bolehlah daftar dulu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Scholl Velvet Smooth Express Pedi untuk tapak kaki pecah
semoga hasrat ke sana tercapai… inshaa Allah.
Curahan rasa yangbaik @ ..Keputusan untuk hari ini
Semuga suami isteri terpilih menjadi tetamunya nanti, InsyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan
In sha Allah..kalau dah berniat..pasti akan dimudahkan segala urusan andai diizinkan-Nya..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Comments are closed.