BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK?

Assalamualikum dan salam 1Dunia, semalam aku terima tweet pendek penuh makna dari Kak Jie tuan punya blog Hidup Biar Sedap yang banyak jasa kepada blog denaihati. Kak jie tidak akan foward tweet ini seandainya ianya tiada erti tertentu.

@kujie @denaihati http://bit.ly/f65vU5

[ad#Adsense234x60]

Maka bergegaslah aku ke link yang telah di tweet oleh Kak Jie. Link ini menghala ke ruangan forum laman Gengblogger yang dibuat oleh salah seorang member yang katanya baru dalam dunia blogger. Tajuk “Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke?” mengundang banyak perdebatan. Aku tak mahu mengulas lanjut sebab segalanya telah diulas oleh Kak Jie di thread yang lain @ http://www.gengblogger.com/thread.php?t=4124 cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja.

Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atau Kak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging.

Sebenarnya tiada jalan singkat untuk pergi jauh dalam dunia blog ini. Apabila aku mula memahami teknikal blogging baru aku tahu kenapa tiada link back atau comment back dari top blogger ini yang mempunyai Pagerank dan Backlinks yang tinggi. Dalam situasi ini sebenarnya blogger newbie yang memerlukan kuasa Pagerank dan Backlinks yang ada pada Top Blog. Jadi aku ambil keputusan untuk selalu link back ke entri Top Blog dan komen di Top Blog tanpa mengharap mereka link back atau komen back. Hasilnya sangat lumayan apabila Pagerank dan Backlinks blog denaihati meningkat. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sebenarnya ada berbagai cara menghargai pelawat tidak semestinya membalas komen atau lawatan balas antaranya seperti Emilayusof.com yang buat special entri “Top commenter of The Month“, Kulanzsalleh.com dengan entri “Blogger Terbaik Sepanjang Bulan“, Kujie2.com dengan “Teman Terhangat“di sidebar dan aku yang memang kurang masa membalas komen memberi token untuk 3 top commentator setiap bulan. Dulu aku memang sentiasa pastikan ada di top 10 carta Teman Terhangat Kujie2.com dan hasilnya sangat lumayan apabila mendapat ramai kenalan baru dan lempahan trafik dari blog tersebut. Apa lagi yang kita nak kan!!

Sangat digalakan blog mempunyai button Retweet, FB share, FB Like, Digg, Stumbleupon dan sebagainya yang ianya boleh diklik oleh visitor selain meninggalkan komen. Dalam penjelajahan di semua blog untuk projek “5 Blog Paling Kerap diLawati”  masih banyak blog yang tiada button tersebut  dan hanya bergantung ruang komen dan shoutbox. Dunia blogging berubah jadi blogger pun kena berubah seiring dengan perubahan terkini.

Setiap hari beratus blogger newbie timbul dan beratus juga blogger tenggelam ditelan keperitan dunia blogging. Hanya blogger yang ada daya tahan, kreatif dan sanggup belajar dan terus belajar akan bertahan dan sebahagian kecil akan berjaya menempa nama terkenal 1Dunia. Semuga kita menjadi salah seorang darpada mereka.

note : Projek 5 Blog Paling Kerap diLawati bukan projek mencari blog popular tetapi projek untuk menghargai blog yang paling kerap dilawati samada baru atau lama.

[ad#facebook]

Comments

  1. namia says

    ilmu yang di berikan lagi bermakna dari mengharapkan top blogger berkunjung semula … :)

Trackbacks

  1. […] 1. BLOGGER POPULAR TAK PANDANG NEWBIE. BETUL TAK? Setiap blogger yang dikatakan “POPULAR” atau ‘TERKENAL” bermula dari seorang blogger newbie bukan terus jadi terkenal. Aku bukanlah terkenal seperi Paultan atauKak Jie atau Justkhai atau Hanis Zalikha atau Kenny Sia atau Hong Kiat, aku hanya blogger biasa yang cuba mencipta aliran yang berbeza. Pada awalan berblog memang ada perasaan kecewa apabila lawatan aku di Kujie2.com tidak dibalas, komen aku di Paultan.org tidak dibalas tetapi semakin lama aku semakin faham dunia blogging. Read More… […]

  2. […] baru ini bro denaihati ade kupas isu blogger popular tak pandang newbie ? dan ana rasa sangat la superb entry itu..superb dari segi menusuk ke jantung…haha..u guys […]

  3. […] aku baca entry Denaihati ni. tiba-tiba berasa panas sampai ke kepala. HAHAHA. mula2 ingat nak PM mama kat FB. dah type […]