Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Dah baca ke entri sebelum ini “Pakar Kelulut Malaysia“. Kali ini Abang nak berkongi kisah panas dunia yang sudah lama Abang tidak menulis.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Memang lama sangat Abang tidak menulis kisah pergolakkan dunia terutama yang kena mengena dengan gelombang akhir zaman. Tengahari 5/6/2017 dunia dikejutkan dengan berita Arab Saudi bersama Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Lewat petang Yemen, Libya dan Maldives juga mengikut jejak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Berita terbaru kelab bola sepak Saudi Al Ahli telah menamatkan penajaan Qatar Airways, tentera Qatar telah digugurkan dari pakatan perangi pemberontak di Yemen dan Eithad Airways telah mengantung semua penerbang keluar dan masuk dari Qatar. Pasti banyak lagi berita-berita mengemparkan akan diumumkan dalam seminggu dua ini dari berbagai negara seluruh dunia.
Siapa sangka Arab Saudi akan memutuskan hubungan dengan Qatar tetapi ini bukan berita baru yang memeranjatkan bagi mereka yang mengikut secara dekat kisah Arab Spring yang telah menumbangkan banyak Kerajaan Arab antaranya Libya dan Mesir. Qatar dituduh menjadi pusat kepada gerakkan Arab Spring dan terkini pusat kepada keganasan kerana menyokong kumpulan muslim Brotherhood, Daish, Al Qaedah serta menyokong Iran musuh ketat Arab Saudi.
Pengumuman Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar hanya sehari selepas berlaku serangan di Kota London yang mengorbankan enam orang yang katanya didalangi kumpulan pengganas Daish. Selang seminggu sebelum ini kumpulan pengganas maute yang dikatakan disokong kumpulan Daish menyerang kota Marawi di Filipina. Selang dua minggu sebelum ini kemenangan Hassan Rouhani sebagai presiden baru Iran telah mengkritik lawatan Presiden Trump ke Arab Saudi. Dua minggu sebelum ini buat pertama kali dalam sejarah Amerika, Presiden Trump yang baru dilantik sebagai presiden USA melawat Arab Saudi kemudian melawat Israel kerana sebelum ini semua presiden baru USA akan melawat Israel sebelum melawat mana-mana negara di dunia. Kehancuran Syria sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Teringat ketika berbual kisah dunia akhir zaman dengan beberapa orang ustaz. Ustaz kata sudah banyak sangat kejadian akhir zaman yang sudah berlaku. Askar Dajjal berusaha menyediakan pengikut-pengkitnya sementara menunggu kedatangan Dajjal. Itu semua sudah ketentuan manusia tiada kuasa untuk mengubah ketentuan kerana semua kejadian sudah ditetapkan ALLAH tidak boleh diubah. Semua tragedi dan peristiwa terbaru yang berlaku dan bakal berlaku adalah antara kronolgi akhir zaman. Yang penting buka peristiwa demi peristiwa yang bakal berlaku tetapi persiapan dan persediaan kita untuk menemui ALLAH apabila dunia ini berakhir.
Kenapa Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar?
Sebab musabah pasti akan terbongkar satu demi satu tidak lama lagi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
54 Comments
Kadang-kadang rasa confuse dengan bangsa Arab ni. Kaya raya tapi suka bergaduh berpuak-puak. Bila di fikir balik semua yang jadi ni hanyalah mengikut turutan dunia. Kita kena bersedia je.
Curahan rasa rahimah majid @ ..5 Sebab Baju Sejuk Wanita V05 Menjadi Pilihan Ramai
Nak tengok orang orang Arab yang kaya raya sampai membazir, boleh pergi ke Dubai. Kereta paling biasa adalah Ferrari bersepah di jalan raya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
keluarga Arab saudagar minyak..
ingin juga kaya dan tak nak membazir
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
mudah-mudahan negara negara yang mayoritas muslim tidak terpecah belah dan bisa bersatu agar umat islam di dunia menjadi kuat lagi..
Curahan rasa ade sunandar @ ..Kenapa Tasly Ginseng RH2 Capsule Bisa Menyembuhkan kanker
cara untuk melemahkan kuasa besar ial;ah jangan suruh mereka bersatu padu..
bila dah bertelagah senang nak serang dari luar..
serangan dari dalam pula kenakan dengan aktiviti sosial..
lupakan akhirat tetapi cintakan dunia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Urmm, angkara tangan-tangan gelap ke ni yang ingin memecah belahkan umat islam? Scapegoat kan ke Qatar pula selepas Iraq,etc
Curahan rasa eyriqazz @ ..JomKurus – 89.1Kg June 2017
Cara nak melemahkan kuasa besar Islam di tanah Arab..
jangan suruh bersatu padu ..
kita ambik iktibar..
jangan macam mereka
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
oo pasal ni ke, saya pun pening fikir kenapalah arab ni nak gaduh-gaduh. harapnya tak panjanglah
Curahan rasa raihanah @ ..Rawat Luka Melecur Dengan Collagen
Keluarga bani Saud (Arab Saudi hari ini) pernah berperang dengan saudara sendiri untuk merebut tampuk pemerintahan, ya Islam lawan Islam.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
Dah akhir zaman. Makin di baca makin takut rasanya. Bersedialah kita dengan amal sebanyak yang boleh sementara masih hidup lagi ni.
Kita lihat, negara Qatar adalah salah satu contoh negara yang tidak mengenakan cukai pada rakyatnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
apa agaknya yang akan berlaku selepas ini? kita doakan yang baik-baik…
Curahan rasa zik @ ..Beli belah di Jiharuby small Shop (biskut murah choclate raya, kuih kapit viral dan macam2 ada)
emm..
dah pening lalat dah tengok orang arab nih.
kita tengok dulu permainan depa macam mana.
Curahan rasa titan @ ..Cashback kelima dari Shopback.my
Meski pun Arab Saudi penjaga kota Mekah, mereka memihak kepada Amerika Syarikat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Sudah Kerja Tapi Perlu Pendapatan Sampingan
ini perlu bukti saudara jangan memfitnah tanpa bukti tak ada negara yang sedamai dan tauhid ditegakkan sebagaimana arab saudi payah bila membaca media asing dan komentar tentang arab saudi
Curahan rasa blogger newbie @ ..Cara Memasak Ikan Asam Manis
berat jugak kes ni sehingga memberi impak kepada ekonomi dunia. akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Raya Bedroom Makeover
Baru terbaca ni di akhbar. Pastinya perbalahan antara kuasa Arab ni akan memberi tempias juga kepada negara Islam yang lain
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bahaya! Produk Shaklee TIDAK Mendapat Kelulusan KKM?
Bila ada orang tanya Rasulullah SAW tentang bila hari kiamat dulu, jawapannya sangat betul
Buka bila yang penting
Tapi apa persediaan kita
Sebab kalau hidup kita tak lama
Semua orang akan hadapi kiamat kecil juga iaitu kematian
Curahan rasa Ibu Zaid yey pose @ ..Jambatan Ke 3 Klang Dah Siap Di Bina. Ibu suka
masa sekarang la masa paling bagus untuk bersedia..
bulan ramadan al mubarak.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita Solat Terawih Di Malam Ramadan
jika sesiapa yang ada mengkaji kisah Dajjal akan faham bagaimana peristiwa begini dikonspirasikan untuk tujuan yang amat jelas…
Umat Islam berpecah belah maka dunia akan huru hara
Sebab ajaran Islam sahaja yang membawa kedamaian dan keharmonian secara total dari dunia ke akhirat..
Kuasa-kuasa besar dari negara Islam dilaga-lagakan dan dalam masa yang sama anasir-anasir militan diprovokasikan supaya imej Islam dikelirukan untuk mengelirukan masyarakat dunia yang ingin kedamaian.
Amat jelas fitnah Dajjal untuk akhir zaman..
Yang betul jadi salah dan yang salah seakan-akan betul..
Manipulasi pemikiran begini menyerang semua orang tak kira pemimpin dunia atau rakyat biasa..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita Solat Terawih Di Malam Puasa
Sejak akhir-akhir ni ada sahaja berita yang memeranjatkan.. mungkin betul juga sekiranya ketentuan takdir telah ditentukan oleh Allah S.W.T..
Curahan rasa anuar @ ..Pakar Copywriting terus Mengganas!!!!
Mendebarkan juga bila baca berita ni..
Tak sabar nak tahu berita yang selanjutnya…
Curahan rasa anuar @ ..Pakar Copywriting terus Mengganas!!!!
Comments are closed.