Air Spritzer diragui kesuciannya

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kesihatan adalah aset paling penting dalam kehidupan tetapi ramai yang tidak memberi perhatian. Bila sudah sakit barulah kenal erti sihat yang selama ini dibiarkan bagai tidak ada nilai. Untuk menjaga kesihatan kita wajib minum 8 gelas air kosong sehari tetapi berapa ramai yang ambil kisah dengan jumlah air yang diminum. Tidak ramai yang tahu dengan segelas air kosong boleh menyembuhkan penyakit apatah lagi kalau diamalkan 8 gelas sehari pasti sangat bagus untuk kesihatan.

Cerita kisah air mineral ini aku tertarik dengan jemputan daripada syarikat Spritzer kerana dah lama sangat dengar isu tentang air minuman Spritzer yang dikatakan “air mineral mayat” kerana lokasi kilangnya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur cina). Cerita dah tersebar luas melalui khabar angin dan desas desus di sosial media antaranya Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya. Tapi tak ada bukti kukuh setakat ni yang mengatakan air minuman Spritzer mengandungi mineral mayat.

Baru-baru ni team Denaihati Network join sekaki trip lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping, Perak bersama beberapa orang rakan blogger. Dengan peluang yang diberi tu boleh pergi tengok sendiri keadaan kilang Spritzer dan dapatkan info sebenar berkaitan isu sumber air yang dikatakan.

Blogger melawat kilang Spritzer

Kilang Spritzer ni boleh tahan juga besarnya. Kawasan kilang dikelilingi hutan tropika di tanah seluas 330 ekar (bersamaan luas 330 padang bola sepak). Masa kami pergi hari tu pihak Spritzer bawa kami tengok sendiri dari mana punca air yang menjadi sumber air minuman Spritzer. Lokasinya di atas bukit dan sumber air yang digunakan adalah air bawah tanah.

Air bawah tanah tu disalurkan ke kilang melalui paip khas yang dari sumber air bawah tanah sedalam lebih 400 kaki di bawah tanah. Paip tu ditempatkan dalam sebuah rumah pam dan dijaga dengan baik. Jumlah rumah pam untuk penyaluran air bawah tanah ada 9 buah dan terletak di 9 lokasi berbeza di atas bukit. Dari atas bukit tu boleh nampak kawasan empangan Lembaga Air Perak (LAP).

Blogger tengok sumber air Spritzer

Ada juga terdengar cerita air keluaran Spritzer menggunakan air dari empangan LAP. Pihak Spritzer beritahu mereka tak gunakan air dari empangan LAP tu sebab Spritzer hanya menggunakan air dari rumah pam mereka iaitu air yang disedut dari bawah tanah. Air bawah tanah yang diproses menjadi air minuman Spritzer kaya dengan kandungan Asid Ortosilisik (OSA).

Mengikut kajian yang dibuat, OSA mampu mengurangkan kandungan aluminium dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit alzheimer (kurang daya ingatan). Selain dari tu, OSA juga dapat bantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Rumah pam air Spritzer

Pam air Spritzer

Tentang isu “air mineral mayat” tu kami dah pun tengok sendiri jirat cina yang dikatakan dekat dengan kilang Spritzer. Betul, memang dekat. Tapi tak lah dekat sangat. Jarak antara kilang dan jirat cina tu lebih kurang 5 kilometer. Dekat ke jauh? Kita pun kena faham cara orang Cina kebumi mayat tak sama dengan cara orang Islam, biasanya di jirat yang dikebumikan hanya abu mayat yang telah dibakar di tempat lain.

Rasanya tak perlu timbul isu tentang ni sebab yang dekat dengan jirat cina tu hanya kilangnya, tapi sumber airnya jauh di atas bukit dan memang jauh dari lokasi jirat cina. Boleh tengok sendiri lokasi kilang Spritzer, sumber air Spritzer dan lokasi jirat cina dalam peta di bawah. Peta diambil dari Google Map (Kredit kepada HafizRahim.com)

Kilang Spritzer berhampiran kubur cina

Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak percaya ataupun tidak. Rasanya pihak berkaitan mesti dah fikir sebaik-baiknya tentang lokasi kilang, lokasi empangan dan lain-lain sebelum ianya mula beroperasi. Takkan lah mereka nak bagi kita minum air mayat.

Gambar di bawah ni menunjukkan lokasi sumber air Spritzer yang terletak di atas bukit. Memang sangat jauh dari lokasi jirat cina.

Kilang Spritzer berhampiran jirat cina

Kami juga dibawa meninjau kawasan dalam kilang Spritzer dan dapat tengok sendiri macam mana produk-produk air minuman Spritzer diproses. Bahagian dalam kilang penuh dengan mesin canggih yang sentiasa dipantau oleh pekerja mereka sepanjang proses penyediaan air minuman.

Proses penyediaan air dalam kilang dibuat dengan penuh teliti, dikawal dengan rapi dan terjaga kebersihannya. Sebelum kami masuk ke dalam kilang pun kena patuh beberapa prosedur yang telah ditetapkan untuk tujuan keselamatan dan juga bagi menjaga kualiti air yang diproses.

Blogger trip melawat kilang Spritzer

Sepanjang lawatan kami di kilang Spritzer mereka beri penerangan ringkas tentang sejarah kilang Spritzer, bagaimana air Spritzer diproses, penerangan kandungan mineral dalam air, kebaikan air mineral Spritzer dan lain-lain lagi.

Kat situ baru aku tahu rupanya Spritzer bukan saja keluarkan air mineral tapi ada banyak lagi produk-produk lain keluaran mereka seperti Spritzer + FIBRE, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Spritzer Pop dan Spritzer Tinge.

Selain tu, kilang Spritzer juga memproses air mineral untuk air minuman jenama lain antaranya air mineral Mesra, air mineral Cactus, dan banyak lagi.

Produk air minuman keluaran Spritzer

Produk keluaran Spritzer Taiping

Untuk pengetahuan semua, Spritzer disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yang disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia takkan lah ada air mayat, betul tak? Untuk mengesahkan lagi rakan blogger Shakiddo.com telah bertanya dengan pihak JAKIM tentang status sumber air Spritzer.

Spritzer status halal JAKIM

Oleh sebab cerita tentang air Spritzer air mineral mayat dah lama tersebar, ramai yang was-was dan mempersoalkan status halal haram air keluaran Spritzer. Dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM ni diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Boleh juga semak status halal produk Spritzer di Halal Directory.

“Salam.. Sumber air yang diambil adalah terjamin selamat dan suci. Mendapat pengesahan Kem Kesihatan Malaysia dan mepunyai status halal yang sah” – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Kepada rakan-rakan yang ada perasaan was-was kena tanya pada diri sendiri adakah perasaan was-was masih ada walaupun produk sudah mempunyai status halal Jakim. Seandainya meragui status halal Jakim maka anda seperti meragui Jakim sebagai badan yang memberi status halal. Was-was dengan kehalalan makanan dan minuman sangat penting kerana mempengaruhi sumber makanan yang kita ambil. Kalau was-was dengan makanan atau minuman tertentu cara terbaik jangan ambil makanan atau minuman tersebut tetapi kalau was-was dengan badan yang memberi status halal itu bahaya sebab mungkin kita tak boleh makan semua makanan yang mendapat status halal dari bandan tersebut. Paling baik rujuk dengan ustaz jangan buat andaian sendiri soal haram haram.

Spritzer juga telah menerima banyak anugerah antaranya Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut-turut, anugerah Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (botol yang tak membahayakan pengguna) dan anugerah Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate.

Anugerah yang diterima oleh Spritzer

Blogger trip lawat kilang Spritzer di Taiping

Selama ni aku pun hampir-hampir percaya dengan khabar angin berkaitan air Spritzer ni. Bila dah tengok sendiri depan mata sumber air yang digunakan oleh Spritzer dan macam mana air bawah tanah tu dipam dan diproses barulah rasa yakin sikit.

Air Spritzer memang bersih dan selamat untuk diminum. Isu tentang “air mineral mayat” tu ternyata salah! Diharap cerita palsu tu dapat dihentikan lah.

Untuk maklumat lanjut tentang Spritzer boleh layari laman web rasmi Spritzer di www.spritzer.com.my atau Facebook Spritzer dan juga @SpritzerWater di Twitter.


Spread the love

137 Comments

  1. susah lah orang melayu zaman sekarang ni. x tau nak cakap apa dah dengan tahap kebodohan secara mental diorang ni. ada sja isu bukan2 yg di besar2kan. entahlah. patutlah masih negara dunia ke3. bangsa yg sentiasa memalukan bangsa sendiri.

  2. peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) – Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
    YURAN PAKEJ

    AGENT (RM30.00)
    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

  3. Masalahnya fakta diatas masih boleh diragui kalau korang belajar geological…yang masih nak back up kilang barua n beria support air ni buat apa? Byk lg air berkualiti brand buniputera boleh korang minum…air gau n anugerah misalnya…common man…buka skit mata korang tu luas2…yg pegi lawat kilang ni mesti dah dirasuah or dibayar oleh toke kilang ni utk bersihkn nama diorg kan..wtf…..malu gua beb!!!

    1. salam… aku nk perbetul skit apa yg anda katakan…
      sebenarnya apa yg blogger tue tulis semuanya betoi… aku sendiri org taiping dan duduk dekat dgn kilang tue…
      jarak kilang dgn jerat cina tue mmg jauh. lgpn kilang tue ddk atas bukit dan aku sendiri pernah p kilang tue byk kali.

      tak salah kita nk support produk bumiputera tp jgn sampai jatuhkn produk lain (lain la kalo produk yahudi laknatullah). itu lah masalahnya org melayu nie… sentiasa ada perasaan PHD.
      kalo kita xnk minum spritzer,jgn beli… kita sbg rakyat ada kuasa membeli…

      lastly, apa yg aku tulis nie bkn nk support produk bukan bumiputera tp nk mperbetulkan apa yg salah. lgpn toke kilang tue x bg satu sen pun kat aku @ rasuah aku…

      sekian….

    2. The truth:

      Sekurang-kurangnya artikel ni, kalau tipu pun (saya tak pun rasa macam tu) dia dah bagi banyak bukti yang kukuh. Anda ni hanya komen menyalak secara paranoid kat sini tanpa bukti untuk menyokong tuduhan anda bahawa penulis telah ‘dirasuah’, ‘dibayar’ dll. Kalau boleh, terangkan sekali apa prinsip geological yang anda pakar sangat tu yang membuatkan anda ragu sangat dengan bukti-bukti ni. Lagipun, geological apa tu, geological science? geological engineering? geological oceanography? Ayat tergantung, mengeja pun salah sana-sini, boleh buat orang salah faham tu!

      *Ke arah membuang PHD dan paranoia dalam kalangan masyarakat bawah tempurung seperti anda ni. Agama kita tak ajar kita membenci tak tentu pasal. Semua kena rasional, ada bukti, dan logikal bukan ikut perasaan*

      Sekian

  4. abu mayat cina haiya di buang d laut atau sungai tp ni jarang berlaku di malaysia.biasanya. abu mayat akan d simpan d tempat khas utk abu mayat dan akan d simpan di petak2 4 segi macam almari di tempat perkuburan.. .

  5. oh JAKIM dan Malaysia ku,selamat menyambut kemerdekaan.
    kepada yg tau,mari kita doakan yg terbaik untuk Jakim,supaya dpt menjalankan amanah dengan sebaiknya..fikir fikirkanlah amanah ini.kesian rakyat yg dok fikir Jakim adalah tmpat bergantung..Oh Malaysiaku,entah bila lah lagi..

  6. JAKIM ITU MMG BADAN YG MEMBERI STATUS HALAL YG TELAH DILANTIK.
    TAPI ERMMM ERMMMM.TAKMOHLAH CAKAP NNTI KENA C4.
    APAPUN kepada Jakim,dan org yg memegang kuasa dalam jakim,harap dpt memegang amanah ini,saya boleh melihat harapan dan komen yg mengharapkan jakim menjalankan kerja dengan sempurna kepada pengguna islam.Ingat kita masih ada fasa seterusnya,akhirat.tq

  7. air ni mmg aku jamin boleh bantu pencernaan aku .. aku mmg xpilih air lain dah . mmg spritxer siap beli sekotak buat stock kat rumah …. mmg mahal tapi mmg produck die berkualiti .. mmg rasa air bukit … xmcm air minerla jenama lain .. rasa air paip atau air suling … pahit .. aku kalau lepas minum air manis atau makan aku akan carik air spritzer untuk cuci balik dalam badan hehehe

  8. Alhamdulillah . syukur . Risau juga sebab lama dah saya minum air ni ..
    Thank’s admin

  9. Nasib baik sebab memang spitzer ja saya minum..terima kasih bagi maklumat yang berguna

  10. Ygni bkn nk condem mana2 parties… tp cuma nk perbetulkn sikit tntg ayat ” jauh di atas bukit”… mmg la rumah pam tu jauh di atas bukit, tp die gerudi pam air bawah tanah, jauh di dasar bukit… kalau kita belajar hydrological cycle, sbnrnye air dlm tanah tu mengalir… dr precipitation jatuh kt bumi, pstu meresap dlm tanah jd deep percolation, then masuk kt dlm tnh ade water flow… samada air yg kene abu mayat tu pn akn meresap ke dlm tanah dan bercampur dgn water flow dlm tanah, then rumah pam tu pn sedut air bwh tanah drpd water flow tu… itu hnya logical thinking based on ape yg saya tau, samada dlm realiti air tu bercampur dgn sumber yg spritzer sedut tu cek xtau na… peace… ^_^

    1. Masalahnya fakta diatas masih boleh diragui kalau korang belajar geological…yang masih nak back up kilang cina n beria support air ni buat apa? Byk lg air berkualiti brand buniputera boleh korang minum…air gau n anugerah misalnya…common man…buka skit mata korang tu luas2…yg pegi lawat kilang ni mesti dah dirasuah or dibayar oleh toke kilang ni utk bersihkn nama diorg kan..wtf…..malu gua beb!!!

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!