Giveaway Extravaganza Lazada Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, minggu lepas 2 orang Team Denaihati telah hadiri majlis anjuran Lazada Malaysia yang meraikan ulang tahun pertamanya. Lazada Malaysia merupakan gedung membeli-belah secara online yang utama di Malaysia.

Sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini, Lazada Malaysia mengumumkan peraduan Giveaway Extravaganza sebagai tanda penghargaan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang memberi sokongan atas kejayaan tahun pertamanya yang hebat di pasaran Malaysia. Lazada Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dengan meluaskan pangkalan pelanggannya sebanyak 20 peratus bulan ke bulan.

Igor Pezelli CEO Lazada Malaysia
Igor Pezelli, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia memberi ucapan sambutan kepada tetamu

Igor Pezzilli, Chief Executive Officer Lazada Malaysia berkata, “Kami sedar bahawa Lazada Malaysia tidak akan berada di sini sebagai jenama yang berjaya jika tidak kerana sokongan yang berterusan daripada para pelanggan yang kini semakin mempercayai kami.

Oleh itu, sempena Ulang Tahun Pertama, kami telah menganjurkan Giveaway Extravaganza sebagai satu inisiatif untuk menghargai para pelanggan di Malaysia yang telah bersama kami sehingga kini. Inilah cara kami mengucapkan ‘Terima Kasih’ atas segala sokongan yang telah diberikan melalui pendekatan yang menyeronokkan.”

Lazada Giveaway Extravaganza
Lazada “Giveaway Extravaganza” – 20 Mei hingga 20 Jun 2013

“Giveaway Extravaganza” yang bermula dari 20 Mei hingga 20 Jun 2013 bakal menghadiahkan para peserta bertuah dengan barangan bernilai lebih RM120,000 termasuk hadiah utama sebuah kereta Mazda2 Hatchback.

Igor Pezelli Mazda 2 Hatchback Lazada Giveaway Extravaganza
Igor Pezelli bergambar dengan Mazda2 Hatchback – Hadiah Utama untuk Lazada “Giveaway Extravaganza”

Lazada Giveaway Extravaganza tak memerlukan borang penyertaan, hanya mensyaratkan para peserta yang berminat untuk mendaftar dengan Newsletter Lazada di laman web mereka untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah harian baucar shopping Lazada yang bernilai sehingga RM300.

shakiddo-mazda2-hatchback

Mereka yang berbelanja dari jumlah minimum RM25 berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai sehingga RM2,799 manakala peserta yang berbelanja RM50 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah utama Mazda2 Hatchback. Selain itu, pemegang BCard turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain apabila menggunakan kad tersebut semasa tempoh peraduan.

Syoknya Raya bersama Lazada

Bagi menyambut musim perayaan tak lama lagi, Lazada Malaysia akan menambah ganjaran untuk pelanggannya melalui kempen “Syoknya Raya Bersama Lazada” yang menawarkan pelbagai produk bermutu untuk mereka yang menyambut Hari Raya. Antara barangan yang ditawarkan termasuklah barangan bilik tidur, peralatan dapur, buku agama, buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik.

Rangkaian produk Raya Lazada yang eksklusif akan mula dijual pada 1 Jun 2013 bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat tanpa perlu risau untuk menikmati kemeriahan Hari Raya nanti.

Maklumat lanjut tentang peraduan Giveaway Extravaganza dan Lazada Malaysia boleh didapati di http://www.lazada.com.my, atau ikuti laman Facebook Lazada, https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.


Spread the love

32 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!