Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
kadang-kadang keliru, kadan-kadang tak faham..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
kena banyak membaca kalau nak belajar pasal seo ni
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Permainan Minda
SEO perlukan praktis. Practice makes perfect.
Tapi setuju juga dengan figure – figure yang Tuan tonjolkan.
Mereka ada follower tersendiri, dengan gaya penulisan tersendiri
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
prektis, prektis dan terus prektis, barulah perfek ye..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
betul tu. kalau awal-awal ni kite still tak faham, lama kelamaan insyaAllah kita akan maju dalam seo
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
pembaca tahu apa yang mereka suka. blog yang mereka suka mesti akan dikunjungi selalu
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Permainan Minda
banyak ebook SEO dipasaran. how far does it help?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Yang terbaik jika kita turut bertemu Sifu bertalaqqi secara offline.
Apa yang kurang jelas, terus tanya.
Bukan apa, kadang bila membaca, boleh jadi ada yang kita salah faham.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
betul tu. ebook ni lebih kepada bacaan tambahan. berguru dengan cikgu yang tu baru betul.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
memang banyak, tapi better berguru dengan mereka yg betul2 tahu..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
ebook seo ni mungkin boleh membantu pada siapa yang cepat pick up
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
ebook membantu sebagai bacaan tambahan. lebih afdal kalau berguru dengan cikgu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
masih lagi belajar ilmu SEO. harap saya sebagus tuan 🙂
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cabaran Review Entri Denaihati
samalah kita. masih belajar dan mengkaji..
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
saya jugak walaupun kadang-kadang pening jugak nak memahamkannya
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
betul tu. ramai yang nak balajar tentang seo ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Boikot Produk Yahudi Dengan Cara Yang Betul
maksudnye entri tu berkenaan dengan SEO atau entri yang ditulis dengan SEO?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine
kalau boleh, dua-dua bro..baru lagi mantap hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Since SEO ni membantu meningkatkan trafik blog, ramai blogger yang gigih belajar pasal SEO ni. tapi bila lama-lama tak faham, lebih selesa menulis ikut hati.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack
Tapi kan, saya sendiri pun kadang-kadang rasa macam bosan pula kalau blog yang ada tema tertentu, tiba-tiba syok pos entri SEO aje, sedangkan orang lain pun dah buat.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Saya Sedang Menulis Manuskrip!
maksudnye entri tu berkenaan dengan SEO atau entri yang ditulis dengan SEO?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine
Saya sendiri masih cuba mendalami teknik SEO ni. Yalah, sebagai blogger yang masih belum menonjol di sisi ramai (ecewah), SEO ini mungkin salah satu inisiatif untuk meningkatkan trafik blog.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Sedang mencuba untuk mendalami SEO ini. Kadang-kadang baca banyak kali pun tak faham-faham..”kebebalan”nya terlebih disitu..hehe.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
Itulah. Masih dok pening-pening lalat. Harap-harap dapatlah memahami konsep ini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Kimia Matrik : Susah atau Senang?
Kadang-kadang tak cukup sekadar membaca je. Kena ade guru yang menerangkan pada kite. tu cara belajar yang paling betul. cuma susah nak cari guru tu lah.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Ukraine
Comments are closed.