5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 update

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih ingat lagi dengan projek “5 blog paling kerap dilawati 2011“. Ni update kedua senarai 5 blog paling kerap dilawati oleh rakan blogger, nak tengok update pertama sila ke @ link. 9 blog ini disenaraikan berdasarkan jumlah paling banyak dilawati mengikut pilihan 117 rakan  blogger Malaysia dan Indonesia.

1. Benashaari.com (28)

2. Ariffshah.com (17)

3. Kujie2.com (16)

4. Amanz.my (12)

5. Redmummy.com(11)

(Terima kasih kepada 29 rakan blogger yang kerap singgah blog denaihati)

Selain daripada blog di atas ada lebih 100 blog Malaysia dan Indonesia  paling kerap dilawati oleh 117 rakan blogger setiap hari seperti di senarai “Blog Paling Kerap Dilawati” (mungkin blog anda antara yang paling kerap dilawati).

Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia membuat entri 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook.

Untuk mencapai matlamat ini aku memohon kerjasama rakan blogger yang belum join untuk buat entri khas bertajuk “5 blog paling kerap dilawati 2011” dengan menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati sepanjang 2011. Di dalam entri tersebut sila senaraikan juga 10 rakan blogger yang ingin anda jemput untuk ikut serta dalam projek ini. Tinggalkan link setiap entri tersebut di commentLuv di ruangan komen entri ini. Kepada yang kurang faham nak buat entri boleh contoh entri blog Anarm. (Jangan ambil peluang iklan blog sendiri yang lain kerana ini tidak akan membantu mencapai matlamat asal). Kod untuk banner 5 blog paling kerap dilawati boleh diperolehi @ link.

Projek ini memang kecil dan simple tetapi akan memberi kesan viral trafik yang sangat menakjubkan jika semua blogger ikutserta… joom tengok blog mana yang sering dilawati oleh teman-teman blogger @ Blog Paling Kerap diLAWATI.

Nota : Jika ada rakan blogger yang nak sponsor hadiah untuk 5 blog paling kerap dilawati 2011 sila tinggalkan pesanan di contact, sekecil mana sponsor pun ianya sangat bernilai kepada yang terpilih kelak.

---

  1. Mudah2an nanti blog saya yang ada di atas.
    Entri terbaru Ibang S R – Stokke High ChairMy Profile

  2. salam…nak sertai ini juga..
    http://www.are-fey.blogspot.com..
    Entri terbaru Hafifa Razak – Apa Maknanya Kita sebagai seorang Islam menyambut Hari Lahir???My Profile

Trackbacks

  1. […] ni teringin nak join 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011 yang dianjurkan oleh otai termasyhur iaitu Denaihati. Sape la yang tak kenal dengan Denaihati ni. Tagline dia cukup popular dalam kalangan bloger-bloger […]

  2. […] 5 blog yang paling kerap dilawati […]

  3. 5 blog paling kerap dilawati 2011 says:

    […] si Ariff .Entah di mana silapnya.Blog Ariff menjadi rujukan aku tentang SEO dan lain -lain .2. DenaihatiAku kenal blog Denaihati pun melalui Ariffshah .Prinsip hidup untuk memberi yang dibawanya menarik […]

Artikel pilihan...close