Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukan semua impian dan misi mengembara 2013 tercapai tetapi banyak kenangan manis yang dikecapi terutama apabila impian yang sudah dipahat di hati bertahun-tahun dapat digapai. Bertahun-tahun menyimpan impian untuk mengembara di bumi New Zealand yang digambarkan ramai kawan-kawan ibarat syurga dunia.
Beberapa tahun lepas teman kembara Yusri yang pernah menuntut di New Zealand telah berjanji untuk membawa aku mengembara ke destinasi impian tetapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan impian terus menjadi impian. Alhamdulillah dengan izin ALLAH impian untuk mengembara ke New Zealand menjadi kenyataan pada tahun 2013 dan lebih manis lagi kami bukan pergi berdua tetapi dengan keluarga masing-masing.
Mengembara selama 10 hari merentas bumi New Zealand bermula dari Auckland, Rotorua, Hobitton, Wellington, Picton, Christchurh dan berakhir di Queenstown memang kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali menonton filem “Lord of the ring” dan yang terbaru “The Hobbit” pasti mengimbau kembali kisah unexpected journey kami ke New Zealand. Masih teringat dalam kepenatan memandu ke Christchurch setelah mabuk ketika dilanda ombak besar ketika menyeberangi Selat Cook kami dihujani salji yang pertama kali turun di New Zealand untuk musim sejuk 2013. Dah macam budak-budak semua keluar dari kenderaan bermain salji. Keindahan New Zealand memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan atau penulisan entri tetapi mesti dilalui sendiri.
Penutup 2014 kami akhiri dengan menziarahi tempat ketiga tersuci untuk umat Islam iaitu Baitulmuqqadis dan beberapa makan Rasul, Nabi dan Sahabat Nabi di Palestine dan Jordan. Memang tidak pernah termimpi untuk menjejaki Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock yang sentiasa dikawal rapi oleh tentera Israel. Lebih manis apabila dapat membawa keluarga bersama bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa yang menjadi impian ramai umat Islam seluruh dunia.
Perjalanan kembara Palestine selama 7 hari bermula dari Amman, Jordan ke bumi Palestine melalui sempadan Allenby yang dikawal oleh Israel ke Jericho kemudian ke Baitulmuqaddis, Hebron, Bethlehem, Tel Aviv, Haifa, Tiberias dan keluar kembali melalui sempadan Allenby ke Laut Mati dan tamat di Amman, Jordan meninggalkan seribu kenangan. Masih banyak lagi lokasi sejarah Islam yang belum sempat di jejaki terutama di Jordan membuatkan hati berkata untuk datang lagi. Semuga perjuangan saudara ku Palestine akan dipermudahkan dan pasti akhirnya Islam akan menang juga.
2013 memang banyak kenangan mengembara ke negara orang Singapore, Indonesia, Macau, Arab Saudi, Hong Kong, Jordan, New Zealand, Palestine dan Kemboja semuga semuanya akan menjadi motivasi untuk memperbaiki diri. Sejauh mana pun kita jejaki tetap Malaysia yang terbaik berbanding dengan kebanyakan negara lain yang dijejaki maka sabahat-sahabat semua sayangi dan hargailah Malaysia sebelum ALLAH tarik semua kesenangan yang ada di bumi bertuah ini. Kisah pengembaraan aku ke merata ceruk dunia boleh di baca di travelog denaihati.
[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]
Terima kasih Allah kerana telah memilih aku mengembara di bumi Mu yang luas pada tahun 2013 semuga ALLAH pilih lagi aku mejejaki banyak lagi negara yang belum dijejaki pada tahun 2014. Kepada yang merasai duit sebagai alasan untuk tidak mengembara mungkin tidak lagi kalau tak percaya tanyalah Rayyan Haries.
73 Comments
Untunglah dapat ke New Zealand. Tengok gambar-gambar tentang tempat pelancongan di negara tersebut memang memukau… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Bestnya dapat merantau seluruh dunia..teringin sangat nak merantau, tapi belum ada rezeki lagi..aduhh lagi seronaok dapat melancong ke korea..hii..ataupon negera yang ad salji.teringin juga nak merasa
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
bestnya dapat merantau luar negara..kene kumpul duit ni..harap ada rezeki pergi luar negara tahun depan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Alhamdulillah dan tahniah kepada tuan denaihati.com kerana diberi peluang untuk melawat ke negara jiran dan berkongsi kepada para pembaca disini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
seronoknya dapat mengembara ke negara orang. rasanya wawa ikot turut serta sekali bila melihat gambar dan membaca entri tuan denaihati.com.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Kembara ku di blog denaihati seumpama aku mengembara bersama dh didalam pengebaraan yg sebenar. Begitu dekatnya segala catatan dan gambar2 yg diselitkan sehingga meresap ke hati dan minda…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Seronok dapat mengembara ke negara lain. Aku belum berpeluaung lagi melancong ke luar negara. Dalam negara pun belum habis di jelajahi lagi.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Tuan DH jangan lupa travel ke korea atau Jepun pula. Bolehlah cerita di blog nanti.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Hoo..tentu seronok kalau dapat datang ke negara asia yang dah maju ni. Macam2 kita boleh belajar apabila sampai di sana.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Seronok sangat bila dapat pergi ke negara orang. Lagi-lagi time kita pergi tu sedang musim sejuk. Dapat jugalah merasa main salji.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Betul tu, aku sempat main salji kat genting highland je he..he..he…. Itu dah seronok.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Seronok dapat travel ke negara orang. Hanya mampu membaca entri tuan DH betapa indahnya bumi New Zealand yang diceritakan.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Semoga murah rezeki, semoga dapat pergi new zealand suatu hari nanti.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Seronok membaca kisah kembara Tuan Denaihati yang berpeluang melawat ke tempat-tempat yang menarik ni. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Giveaway 2014 Mialiana.com
Bila membaca kisah orang yg seronok-seronok. Ia boleh memotivasikan kita.
aku cuma tumpang seronok membaca kisah pengembaraa bro DH di segenap pelosok dunia…semoga bro DH terus diberikan kesihatn dan kelapangan untuk terus berkunjung ke tempat2 menarik diseluruh dunia
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Semoga blogger lelaki juga murah rezeki dan di beri peluang untuk melancong ke negara orang.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Ini antara kenangan terhebat yang dikongsikan bersama blogger-blogger lain.
Terasa teringinnya untuk pergi melawat ke Palestin apabila ada peluang kelak.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Ya. Mahu melihat Palestin dengan mata kepala sendiri. Nak juga melawat Masjid al-Aqsa yang ingin sekali yahudi merampasnya.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Masha Allah, dapat ke tanah Palestine juga, jujur saya sendiri tak tahu bagaimana prosuder mahu menjejaki negara tersebut, sudahlah ada kawalan oleh pihak Israel pula.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Alhamdulillah, impian Tuan untuk ke sini tercapai juga akhirnya. Saya pun mahu memasang impian ke New Zealand juga. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Comments are closed.