2013 mengembara merata ceruk rantau dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukan semua impian dan misi mengembara 2013 tercapai tetapi banyak kenangan manis yang dikecapi terutama apabila impian yang sudah dipahat di hati bertahun-tahun dapat digapai. Bertahun-tahun menyimpan impian untuk mengembara di bumi New Zealand yang digambarkan ramai kawan-kawan ibarat syurga dunia.

Beberapa tahun lepas teman kembara Yusri yang pernah menuntut di New Zealand telah berjanji untuk membawa aku mengembara ke destinasi impian tetapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan impian terus menjadi impian. Alhamdulillah dengan izin ALLAH impian untuk mengembara ke New Zealand menjadi kenyataan pada tahun 2013 dan lebih manis lagi kami bukan pergi berdua tetapi dengan keluarga masing-masing.

peta new zealand

Mengembara selama 10 hari merentas bumi New Zealand bermula dari Auckland, Rotorua, Hobitton, Wellington, Picton, Christchurh dan berakhir di Queenstown memang kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Setiap kali menonton filem “Lord of the ring” dan yang terbaru “The Hobbit” pasti mengimbau kembali kisah unexpected journey kami ke New Zealand. Masih teringat dalam kepenatan memandu ke Christchurch setelah mabuk ketika dilanda ombak besar ketika menyeberangi Selat Cook kami dihujani salji yang pertama kali turun di New Zealand untuk musim sejuk 2013. Dah macam budak-budak semua keluar dari kenderaan bermain salji. Keindahan New Zealand memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan atau penulisan entri tetapi mesti dilalui sendiri.

solat di new zealand

Penutup 2014 kami akhiri dengan menziarahi tempat ketiga tersuci untuk umat Islam iaitu Baitulmuqqadis dan beberapa makan Rasul, Nabi dan Sahabat Nabi di Palestine dan Jordan. Memang tidak pernah termimpi untuk menjejaki Masjid Al Aqsa dan Dome of the rock yang sentiasa dikawal rapi oleh tentera Israel. Lebih manis apabila dapat membawa keluarga bersama bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa yang menjadi impian ramai umat Islam seluruh dunia.

peta palestine

Perjalanan kembara Palestine selama 7 hari bermula dari Amman, Jordan ke bumi Palestine melalui sempadan Allenby yang dikawal oleh Israel ke Jericho kemudian ke Baitulmuqaddis, Hebron, Bethlehem, Tel Aviv, Haifa, Tiberias dan keluar kembali melalui sempadan Allenby ke Laut Mati dan tamat di Amman, Jordan meninggalkan seribu kenangan. Masih banyak lagi lokasi sejarah Islam yang belum sempat di jejaki terutama di Jordan membuatkan hati berkata untuk datang lagi. Semuga perjuangan saudara ku Palestine akan dipermudahkan dan pasti akhirnya Islam akan menang juga.

Menjejaki Baitulmuqadis pertama kali

2013 memang banyak kenangan mengembara ke negara orang Singapore, Indonesia, Macau, Arab Saudi, Hong Kong, Jordan, New Zealand, Palestine dan Kemboja semuga semuanya akan menjadi motivasi untuk memperbaiki diri. Sejauh mana pun kita jejaki tetap Malaysia yang terbaik berbanding dengan kebanyakan negara lain yang dijejaki maka sabahat-sahabat semua sayangi dan hargailah Malaysia sebelum ALLAH tarik semua kesenangan yang ada di bumi bertuah ini. Kisah pengembaraan aku ke merata ceruk dunia boleh di baca di travelog denaihati.

[box type=”shadow”]Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). – Surah Al-Mulk ayat 15 [/box]

Terima kasih Allah kerana telah memilih aku mengembara di bumi Mu yang luas pada tahun 2013 semuga ALLAH pilih lagi aku mejejaki banyak lagi negara yang belum dijejaki pada tahun 2014. Kepada yang merasai duit sebagai alasan untuk tidak mengembara mungkin tidak lagi kalau tak percaya tanyalah Rayyan Haries.


Spread the love

73 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!